Selasa, 7 September 2010

Kurma/ Kismis / Madu

Sabda Rasulullah s.a.w
"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu
yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan
buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu
menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta
cerdas pemikirannya."

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin
Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan
buah kurma semasa mengandung kerana ini akan
memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan,
buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma
semasa melahirkan nabi Isa a.s.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan
malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w.
Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing
manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang
lain puan jauhkanlah.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya
mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada
kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang
sehat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma
pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab
yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi
seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah
satu buah yang berasal dari syurga dan dapat
mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah
kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu
dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak
diganggu setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa
memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing
yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan
kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum
sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa
penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan
kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan
(empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir,
menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf
dan menghilangkan letih".

Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji
kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada
jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan
jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas
dan memulihkan kesehatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan
bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan
menyehatkan jiwa".

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu
setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an,
maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin
memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum
madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah
madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan
menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan
berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat
dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70Nabi".

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah obat
dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia
dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Rasul saw sangat menyenangi madu".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum
madu dan membaca Al-Quran".

0 comments: