Jumaat, 3 September 2010

USIRLAH KESEDIHAN ITU........

Assalamualaikum wbt...

Sumber: FB kak seripagi (http://duriansodap.blogspot.com/) sharing is loving-sumber buku rujukan...buku hadiah buat muslimah ( dr. 'aidh bin abdullah al-qarni)

TIADA SUATU KEBAHAGIAAN PUN YANG LENGKAP BAGI SESEORANG DAN TIADA SUATU KEBAIKAN PUN YANG SEMPURNA BAGI SESEORANG.

Usirlah semua kesedihan dengan menyebut nama Allahyang bregantung padaNya segala sesuatu dan hindari serta jauhilah hawa nafsu yang melenakan

    Sesungguhnya, anda keliru bila beranggapan bahawa hidup ini harus sepenuhnya melayani keinginan anda. Sebab hal ini tidak akan tercapai melainkan hanya di syurga. Sedangkan, di dunia ini seluruh urusan itu bersifat tidak mutlak. Segala yang anda inginkan tidak mungkin semuanya tercapai. Anda harus menyedari bahawa di sana pasti ada bencana, sakit, musibah, dan ujian yang datang menimpa.

    Jadilah wanita yang selalu bersyukur ketika senang, dan bersabar ketika tertimpa musibah. Jangan bermimpi hidup di alam khayalan, yang tidak ada sakit, tidak ada kemiskinan, tidak ada kesedihan, suami yang tanpa cela, dan teman tanpa 'aib. Hal seperti itu tidak akan tercapai selamanya.

    Oleh kerana itu, pejamkanlah pandangan anda terhadap hal-hal yang negatif,kekeliruan dan kesalahan yang oleh orang lain, dan tujukanlah pandangan anda hanya pada sisi-sisi potitif lagi baik yang ada pada mereka. Tetaplah anda berbaik sangka, berpura-pura tidak mengerti, dan berpegang teguh hanya pada Allah. Jangan sampai anda berpegang pada manusia, kerana sesungguhnya mereka tidak layak untuk dijadikan pegangan dan sandaran dalam menyelesaikan urusan Allah swt.

"Sesungguhnya mereka sekali-kali tidak akan dapat menolak dari kamu sedikitpun dari (seksaan) Allah..."
[Al-Jathiyah:19]


JANGAN BIARKAN ADA SUDUT GELAP DALAM KEHIDUPAN ANDA, KERANA CAHAYA ITU SUDAH ADA DAN ANDA HANYA PERLU MEMICIT SUIS UNTUK MENYALAKANNYA.

0 comments: