Rabu, 1 September 2010

ZAKAT FITRAH

 JENIS ZAKAT

1. Zakat Fitrah
 ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat  yang ditetapkan.

2. Zakat Harta

TAKRIF PENDAPATAN (AL-MUSTAFAD)

Harta pendapatan bermaksud semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau sekali sekali.

DALIL WAJIB ZAKAT
Firman Allah s.w.t:
“Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu."  Surah al-Baqarah (ayat 267)

Jenis-jenis harta yang dikenakan zakat adalah seperti berikut:

a.     Zakat Pendapatan
b.     Zakat Perniagaan
c.     Zakat Binatang Ternakan
d.     Zakat Pertanian
e.     Zakat Wang Simpanan
f.      Zakat Emas dan Perak
g.     Zakat Saham
h.     Zakat Ma'adin, Kunuz dan Rikaz ***

***
Ma'adin
Ialah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut.

Kunuz
Ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).

Rikaz
Ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah)
  
SYARAT WAJIB ZAKAT

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
1.  Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
2.  Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari. 
3.  Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya. 
4.   Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan 


KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya" - Riwayat Muslim


KADAR FITRAH
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
 

WAKTU MENGELUARKAN FITRAH 
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5: 

WAKTU WAJIB - Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
WAKTU YANG PALING AFDHAL - Sebelum sembahyang Hari Raya
WAKTU SUNAT - Sepanjang bulan Ramadhan
WAKTU MAKRUH - Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
WAKTU HARAM - Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosa nya. 

ASNAF (YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT)

Allah SWT telah mnetapkan kemana arah zakat akan dberikan iaitu sasarannya telah ditentukan dlm  surah At-Taubah ayat 60 iaitu:

“ Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.

Secara ringkasnya..dari surah At-Taubah ayat 60 menyatakan sasaran2 yang layak untuk diberikan dan menerima zakat adalah:
1. Fakir miskin
2. Amil (pengurus zakat)
3. Mualaf
4. Membebaskan hamba
5. Orang yang berhutang (Gharim)
6. Berjuang di jalan Allah (Sabilillah)
7. Ibnu Sabil (musafir)

Sumber:
2.       Ringkasan dan rujukan dari Buku Feqah Untuk Wanita –Muhammad Thiriq Akhyar Al Medani 

0 comments: