Ahad, 9 Mei 2010

IBU, IBU, IBU,,,engkaulah ratu hatiku...

Andainya dapat kuungkapkan
rimbunan bahasa kesyukuran
akan aku persembahkan seluruh taat setia
kerana betapa dari berjuta benih
aku telah dipilih-Nya
menuai tangkai hayat
di rimba rahim seorang ibu.

Andainya dapat kusimpul
aura bahasa pengorbanan
akan aku perhambakan seluruh kudrat
kerana betapa dari degup nadi persenyawaan
aku telah dilimpahi-Nya segala keberkatan
pada takhta hati seorang ibu
meletakkan aku di daerah hijau kehidupan.

Andainya dapat kutenun
fajar musim yang berlalu
akan aku pohonkan takzim
flora bahasa keampunan
kerana walau seluruh perkebunan nurani
mengalir zikrullah dan mujahadah
namun lazatnya syurga
hanya pada ladang bakti
untuk seorang ibu. 
Nukilan:Ibnu

p/s: puisi ini dinukilnkn oleh ibnu kpd insan yg bgtu istimewa di hti dan dlm doanya..al-fatihah kpd arwah ibu ibnu, Hjh Norimon...smga arwah tmasuk dklngn mreka yg beriman dan antra mrk yg brda disisi kekasih Allah..
ana juga nk ucapkn slmt hr ibu pd MA ana,yg mmbesarkn kmi 10 bradik dgn pnuh ksh syg..pngrbanan MA xkn kmi siakn..Ya Allah lindungilah ibuku dr azab api neraka dan sayangilh ibuku sbgaimna die mnyanygiku smsa aku kecil..tak lupa juga pd kakak2  ana(along,kakta n kaklah), kak zakiah, dan semua insan yg brgelar ibu...Ibu, ibu, ibu,,engkaulah ratu hati kami...




0 comments: