Ahad, 16 Mei 2010

Wanita Istihadah(2) : Menjimak Wanita Mustahadah


Assalamualaikum wbt
Sambungan bagi siri kedua mengenai wanita istihadah membincangkan mengenai menjimak wanita mustahadah. Mungkin ramai kalangan muslimah yang masih keliru akan hal ini khususnya bagi mereka yang telah berumahtangga, mengenai persoalan samaada bolehkah seorang suami menjimak mereka(isteri yang mengalami istihadah).
          Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Daud dari Ikrimah berkata:  sabda Rasulullah SAW iaitu:” ummu Habibah menderita istihadah, sedangkan suaminya tetap menjimaknya”.
Melalui hadis diatas menunjukkan bahawa bolehnya berjimak dgn wanita mustahadah, sekalipun darah masih keluar. Demikian bagi pendapat Jumhur, yang diriwayatkan pula oleh Ibn Al-Mundzir dari Ibnu Abbas, Ibn Al-Musayyid, Hasan Al-Bashri, ‘Atha, Sa’id bin Jabir dan lainnya.
          Namun berbeza pendapat pula yang mengharamkan perbuatan tersebut berdasarkan riwayat Al-Khallal dgn sanad sampai ke Aisyah Ra, dimana kata beliau, wanita mustahadah tidak boleh dijimak suaminya.

Hal ini kerana, mereka berpendapat di dalam darah istihadah itu terdapat penyakit, maka haram pula berjimak wanita mustahadah spt wanita haid. Bukankah larangan Allah SWT terhadap suami menjimak di masa haid disebabkan darah haid mempunyai penyakit? Sedangkan kita tahu , penyakit itu terdapat juga dlm darah istihadah. Maka mereka berpendapat, wanita istihadah haram dijimak.
          “Hanya menurut zahir(tersurat) dari hadis di atas, tdk ada larangan utk mnjimak wanita mustahadah. Namun demikian menghindarinya adalah lebih baik. Kerana penyakit yg ada pada darah haid juga terdapat pd darah istihadah, sklipun hanya dgn kadar yg sementara. Maka lebih baik menghindarinyawalaupun sementara demi kebaikan bersama, dan slpas itu bolehlah berjimak krn penyakit itu dtg dan pergi. Dan Allah SWT jualah Yang Maha Mengetahui.
Sumber rujukan: Buku Feqah untuk Wanita(Pustaka Azhar)

0 comments: