Isnin, 12 Julai 2010

AFA 6 (a): Najis dan jenis-jenisnya


Agama Islam amat mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian. Sehubungan itu, setiap manusia wajib membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada najis. Bersih dan suci daripada najis merupakan salah satu syarat untuk menunaikan ibadah serta mengabdikan diri kepada Allah. Najis adalah benda-benda yang kotor dan boleh membatalkan sembahyang. Sebagai umat Islam, kita hendaklah sentiasa berada dalam keadaan suci dan bersih kerana ia mencerminkan keperibadian seseorang.

Bagaimanapun benda yang jijik tapi pada syariat tidak membatalkan solat seperti kahak, hingus dan lain-lain tidak dikira sebagai najis.
Menurut hukum aslinya sesuatu benda itu adalah suci selama tak ada dalil yang menunjukkan bahawa benda itu najis.

Benda-benda Najis

1.  Bangkai haiwan darat yang berdarah. (kecuali mayat manusia tidak najis) bahagian-bahagian bangkai seperti daging, kulit, urat, tulang, bulu dan sebagainya semuanya adalah najis.

2.  Air kencing.

3.  Tahi.

4.  Darah. Semua jenis darah kecuali hati dan limpa.

5.  Nanah. Segala macam nanah adalah najis sama ada ainya berbentuk kental atau cair.

6.  Muntah.

7.  Mazi. Iaitu air putih yang keluar dari kemaluan ketika memuncak syahwat. Ia hanya terdapat pada lelaki dan perempuan. Tetapi lebih banyak pada kaum perempuan.

8.  Wadi. Iaitu air putih kental yang keluar dari kemaluan mengiringi kencing atau kerana letih.

9.  Arak atau tuak ( masam) . Setiap minuman keras yang memabukkan.

10. Anjing dan babi serta keturunannya. 

Segala najis tidak dapat disucikan kecuali arak dan kulit bangkai binatang.

Arak apabila sudah menjadi cuka dengan sendirinya ia menjadi suci. Begitu juga dengan kulit bangkai dapat disucikan dengan cara disamak.

Firman Allah;
" Mengenai pakainmu, hendaklah kamu bersihkan"   Al Muddatstsi ayat 4.
" Sesungguhnya Allah mengisihi orang orang yang taubat, dan mengisihi orang orang yang bersuci."  Al Baqarah ayat 222.


Terdapat tiga bahagian najis iaitu: 

1. Najis mukhaffafah (najis ringan). 
2. Najis mutawassitah (najis pertengahan). 
3. Najis mughallazah (najis berat) 


1.  Najis Mukhaffafah. (Ringan). seperti kencing kanak-kanak lelaki yang belum makan makanan selain daripada susu ibu. Untuk mensuci benda yang terkena najis ini, memadai dengan memercikkan air atas benda itu meskipun tidak mengalir. Adapun kencing kanak-kanak perempuan yang belum makan selain susu hendaklah dibasuh sampai mengalir air di atas benda yang kena najis itu dan hilang zat dan sifat-sifat nya sebagaimana mensuci kencing orang dewasa.

Rasulullah SAW bersabda;
Ertinya : "Kencing bayi lelaki menyucikannya dengan dipercikkan air kepadanya dan kencing bayi perempuan dengan disuci." Riyawat Ahmad 
Dalam satu hadith lain:
Ertinya : " Barang yang terkena air kencing anak perempuan harus disuci, sedang bila terkena air kencing anak lelaki cukuplah dengan merecikkan air padanya. Riwayat Abu Daud dan Nasa'i 

Cara menyucikan najis mukhaffafah: 

- Basuh bahagian yang terkena najis dan lap.
- Percikkan air di tempat yang terkena najis. 
- Lap dengan kain bersih sehingga kering. 


2.  Najis Mutawassitah. (Pertengahan) - Najis ini terdiri dari segala najis kecuali najis yang tergolong kepada najis berat. Yakni Najis Mughaladzah. . Najis pertengahan ini terbahagi kepada dua bahagian.

     2.1  Najis Hukmiah. - iaitu najis yang diyakini adanya tetapi tidak nyata zatnya, baunya , rasanya serta warnanya.  seperti kencing yang sudah lama kering, sehingga sifat-sifatnya sudah hilang. cara mensuci najis ini cukup dengan mengalirkan air di atas benda yang kena itu kemudian dilap hingga kering.

     2.2  Najis Ainiah.  Najis yang nampak dan kelihatan najisnya yang ada rupa, rasa dan baunya seperti tahi, darah dan lain-lain. Membersihkan najis ini ialah dengan membasuhnya sehingga hilang segala sifat sifat nya.


Kotoran manusia, berdasar hadiths Anas bin Malik berkata. " Biasanya Rasulullah SAW pergi kebilek air lalu saya ( Anas bin Malik) dan seorang anak lelaki sebayaku membawakan sebaldi air dan sebuah tongkat. Tetapi baginda beristinjak dengan air " - Bukhari dan Muslim. 
Nabi SAW bersuci setelah buat hajat besar itu menunjukkan bahawa kotoran manusia itu najis.

Kencing Manusia, berdasarkan perintah Nabi SAW kepada sahabat sahabat nya menyiram kencing seorang Arab Gunung yang kencing disudut masjid Nabi SAW. 
Ertinya : Nabi SAW menyuruh mengambil segayuny air, lalu disiramkan diatas tempat yang dikencingi (oleh orang Arab gunung tersebut)".- Bukhari dan Muslim.

Wadi, iaitu air putih kental yang keluar mengiringi kencing. Wadi ini najis berdasarkan ucapan Aisyah: 
Ertinya :- " Wadi itu keluar setelah kencing. Maka hendaklah orangnya mencuci kemaluannya lelaki mahupun wanita dan wuduk, tetapi tidak mandi." Ibnu Mundzir.
Dicucinya kemaluan yang keluar wadi menunjukkan wadi itu najis.

Madzi, iaitu air putih yang bergetah yang keluar kerana mengangan angan jimak atau ketika bergurau dengan perempuan maka is tergolong najis, berdasar hadith Ali, 
Ertinya :- " Saya lelaki yang sering keluar madzi, Maka kusuruh seorang lelaki, kerana akulah suami puterinya. Lalu is bertanya. Maka jawab baginda kepadanya: Wuduklah dan cucilah kemaluanmu". Bukhari.

Darah haid dan darah nifas : Darah haid iaitu darah merah kekuning kuningan atau kuning bercampur coklat yang keluar dari alat perempuan, bukan kerana luka dan cedera. 
Darah nifas iaitu darah perempuan sewaktu melahirkan anak dan berjalan hingga 40 hari. Darah haid termasuk benda najis, berdasarkan hadith dari Asma puteri Abu Bakar, bahawa Nabi SAW bersabda tentang darah haid yang mengenai pakaian.
Ertinya: Hendaklah (perempuan itu) mengeriknya (darah haid tersebut) kemudian menggosoknya dengan air kemudian mencucinya, kemudia ia (boleh) solat dengan kainnya itu." Bukhari dan Muslim
Adanya perintah mencuci kain yang terken dara haid itu menunjukkan najisnya darah haid. Begitu pula darah nifas hukumnya sama dengan darah haid.

Darah :- Baik ia darah yang mengalir atau tertumpah, misalnya yang mengalir dari haiwan yang disembelih, ataupun darah haid. Tetapi dima'afkan kalau hanya sedikit. 
Dari  Aisyah r.a. katanya : " kami makan daging sedang darah nampak merupakan benang benang dalam periuk."  - Bukhari.


3.  Najis Mughallazah. (berat) iaitu anjing dan babi. Benda yang terkena najis ini hendaklah dibasuh tujuh kali, sekali daripadanya hendaklah dicampur dengan tanah.

Sabda Rasullullah (SAW)

cara mencuci bejana seseorang kamu, apabila dijilat anjing hendaklah dibasuh tujuh kali, air pertama hendaklah dicampur dengan tanah." (Riwayat Muslim).

P/S: article akan dtg mngenai cara mnyucikan najis mngkut jns2nya...INSYAALLAH....mga tetamu mmperoleh mnfaat bguna....

Modul: Ibnu

0 comments: