Selasa, 6 Julai 2010

"Prabayar"


Maaf,baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan"..
Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit. Selalunya,apabila kita ingin membuat panggilan,lebih-lebih lagi kepada insan yang tersayang,dan mendengar perkataan ini keluar dari telefon, kita akan berasa kecewa dan terus bergegas mencari bekalan 'top up'. Kita akan memastikan bahawa kredit sentiasa penuh.Tetapi, pernah tidak kita aplikasikan ini kepada sesuatu yang lain?


Mari bersama kita renung-renungkan....


Cuba kita bayangkan, satu hari,satu suara berkata kepada kita...

"Maaf,pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga"...


Pernahkah kita berfikir seperti itu?


Bayangkan di hari kebangkitan nanti, perkataan itu diucapkan kepada kita.


Bagaimana agaknya perasaan kita ketika itu?


Apakah kita masih boleh men 'top up' pahala kita di saat pahala amalan kita yang terlampau sedikit ini dihitung.Bayangkan rasa kecewa yang menyelebungi diri kita,melebihi segala kekecewaan kita gagal dalam peperiksaan dunia,kecewa dalam interview,kecewa dalam kerja dan segala-galanya...


Kita selalu menangis apabila kita kehilangan sesuatu yang amat berharga dalam diri kita..tetapi,pernah tidak sekali kita menangis mengenangkan dosa-dosa silam kita.Pernah tidak kita mendengar kisah-kisah para alim ulama',tabi'tabii'n dahulu menangis mengenangkan dosa mereka yang sedikit.


Sedangkan kita?


Dosa kita terlalu sedikitkah berbanding mereka yang menyebabkan terlalu sukar untuk kita menitiskan air mata.Tetapi,apabila kekasih kita meninggalkan kita,sampai bengkak mata kita menangis.Betapa lemahnya iman kita....


Mari kita bersama-sama menghayati dan bermuhasabah diri kita yang lemah ini.Semoga dapat dijadikan pengajaran dan peringatan dalam diri ana dan atum semua....

0 comments: