Jumaat, 2 Julai 2010

KEPADAMU ALLAH

Saya tidak mampu untuk menahan sedih dalam hati. Galau rasanya dalam hati ini, ditambah dengan bisikan syaitan dan desakan ammarah. Namun jiwa yang sedih bertuhan. Allah tuhan kepada jiwa yang sedih ini.

Lalu ada satu doa yang bagus untuk jiwa yang sedang bersedih semacam saya.

Ya mnqzal gharqa (Wahai yang menyelamatkan orang yang tenggelam)

Wa ya munjiyal halka (Wahai yang menyelamatkan yang binasa)

Wa ya shaahida kulli najwa (Wahai yang menyaksikan setiap aduan)

Wa ya muntaha kulli syaqwa (Wahai yang menamatkan segala penderitaan)

Wa ya daaima ma’ruf (Wahai yang berterusan kebaikannya)

Wa ya qadiimal ihsan (Wahai yang berkekalan ihsan)


Hanya kepada Allah kita mengadu. Apa lagi buat masa sekarang, saya tidak punya sesiapa yang mampu mengubati resah ini melainkan Tuhan saya.

4 comments:

Ady berkata...

Hai nisaa ape yg sdh sgt sampai keluar doa ni.

Nur Mawaddah Mahdiyah berkata...

huhu,,pnulis yg updte blog kali ni...bkn ana

Solihin berkata...

Penulis dgn nisaa ni mcm satu je nampak. Org yg sama atau suami isteri.Kenapa perlu sdh2. Perjalanan masih jauh. Hidup perlu diteruskan

Nur Mawaddah Mahdiyah berkata...

solihin...:P penulis insan yg byk membimbing ana...antra insan istimewa dlm hdp ana..

“Allah menjadikan kunci pembuka solat adalah bersuci, kunci pembuka haji adalah ihram, kunci kebajikan adalah kejujuran, kunci syurga adalah tauhid, kunci ilmu adalah bertanya dan mendengarkan, kunci kemenangan adalah kesabaran, kunci ditambahnya nikmat adalah syukur, kunci kewalian adalah mahabbah dan zikir, kunci keberuntungan adalah takwa, kunci taufik adalah harap dan cemas kepada Allah ‘Azza wa Jalla.