Khamis, 13 Ogos 2009

SOAL JAWAB AGAMA

Assalamualaikum...
Ustaz saya ingin bertanyakan tentang macammana kedaan seseorang itu yang suka melakukan amalan sunat tetapi amalan wajib dilengahkan contohnya hadir kelas lambat kerana menunaikan solat Dhuha dan mengaji...

Jawab Ustaz:
Di sebut dlm kitab fiqh aulawiyyat-yusuf qardhawi menganai mana yg perlu didahulukan wajib atau sunat??

Mengenai persoalan tuan, belajar hukumnya fardhu ain (wajib), manakala solat dhuha hukumnya sunat..oleh itu dia mesti hadir kuliah tepat masa krn wajib.. solat dhuha waktunya bermula slps matahari naik satu galah (dlm kul 8) sehingga sebelum matahari rembang (lbh kurang 11.50pg)..buatla solat dhuha tu dimasa lain..
“Tidak hampir kepadaku orang yang ingin hampir kepadaKu sebagaimana apabila mereka melaksanakan amalan fardhu / wajib mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…”
(Riwayat Al-Bukhari)
Amat jelas hadis ini menjelaskan amalan fardhu atau wajib lebih utama di sisi Allah SWT dari yang sunat, walau sehebat mana sekalipun yang sunat itu.

0 comments: