Selasa, 29 September 2009

SELAMAT BERJUANG DI MEDAN ILMU



Alhamdulillah dikesempatan ini ana ingin mengucapakan selamat berjuang wahai para sahabat sekalian. Dalam meniti hari-hari yang cukup indah di medan menuntut ilmu,ada masanya kita terleka, kita merungut dengan kerja-kerja yang berkoyan-koyan,test yang hanya menungu turn untuk dijawab dan yang paling menghantui pelajar2 tahun akhir 4SGS, PSM...

Mnggu ini dah mggu ke-13, final exam pun akan kunjung tiba, diakhir masa ini, memerlukan pengorbanan masa lapang, tido dan rehat kita untuk mensetelkan mana yang patut dan mereadykan diri untuk final exam.. kadang-kadang sikap putus asa dan stress hadir dalam diri kita...

"Daripada Anas bin Malik ia berkata:Sabda Rasulullah SAW: Menuntut ilmu adalah satu kefarduan keatas setiap Muslim'. (Riwayah Ibnu Majah)

Jelaslah disini Islam menganjurkan umatnya agar sentiasa berusaha menuntut ilmu pengetahuan kerana ilmu pengetahuan sangat penting dalam kehidupan manusia, tanpa ilmu pengetahuan kita berada dalam kemunduran dan kejahilan.Dalam medan menuntut ilmu, memerlukan pengorbanan dan komitmen padu diri kita..jika tidak, sikap malas dan putus asa menyelubungi diri kita..

Selain itu, dalam kesibukan diri, marilah sama-sama kita meningkatkan iman ketaqwaan kita kepaad Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan dan keyakinan dengan melakukan segala suruhanNYA dan meninggalkan segala laranganNYA.Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan akhirat....Wallahualam..

P:selamat berjuang kpd warga 4SGS...semoga kita dapat grad ikut waktunya bersama-sama..Sekian..

0 comments: