Ahad, 1 November 2009

MIMPI YANG TERINDAH

BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM"...."Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya..1 November 2009 adalah menjadi makna buat ana.Kenapa??Kerana malam tadi ana mimpi paling indah dalam hidup ana...Terima kasih Ya ALLAH, hanya padaMU aku bersyukur dan sujud.Tidak sedar mengalir air mata ana saat ana menaip catatan ini.

Setiap manusia mempunyai impian dan keinginan yang tersendiri.Tapi impian dan keinginan tidak akan datang bergolek dan muncul didepan mata kita dengan sekelip mata sahaja. Semuanya dengan izin dari Dzat Pencipta kita dan semua makhluk ciptaanNYA.

"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNYA kami akan kembali"...Doa bangun dari tidur.

Hari ini ana bangkit dari tidur yang lena dengan azam dan semangat yang makin kuat..Kuat untuk berjuang perhambakan diri ana pada Yang Maha Esa, Subhanallah..Allah tidak putus-putus memberi ana petunjuk untuk ana..walaupun ana sentiasa leka dalam mengingatiNYA..malunya, kerdilnya ana disisiMU Ya Allah..Ya Rahman YA Rahim..Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Malam tadi ana mimpi, ana mimpi mengunjungi tempat yang paling mulia yang menjadi kiblat umat ISLAM.Tempat mulia dan suci yang hanya layak dan boleh dikunjungi oleh muslimin dan muslimat untuk beribadat dan melaksanakan rukun Islam iaitu menunaikan haji ke Baitullah (Mekah).



Ana rasa bukan ana sahaja yang mempunyai impian untuk kesana..tapi semua saudara-saudara SeIslam kita..Setiap kali doa, ana akan berdoa semoga diberi peluang untuk menunaikan umrah dan haji dengan membawa bersama kedua ibu bapa ana..bila sahabat dan mendengar mereka yang telah kesana membuatkan ana lagi semangat untuk kesana, tapi layakkah ana yang kerdil ini, YA Allah?yang masih leka dalam memperhambakan dan mengabdikan diri padaMU??yang terlalu banyak dosa dilakukan?

Sayunya rasa hati, tapi ana tidak putus asa, ana pernah dengar cerita ada seorang hamba Allah yang terlalu teringin dan berhajat untuk ke tanah suci, jadi die selalu berdoa dapat kesana walaupun hanya melalui mimpi..Dan Allah telah perkenankan mimpinya dan dia juga telah menjadi tenaga kerja Tabung Haji untuk membawa para jemaah kesana..Ya Allah bertuahnya saudara kita itu, bukan hanya bermimpi, tetapi mendapat peluang menunaikan haji setiap tahun...Allah S.W.T telah berfirman:

Dialah telah memberikan sesuatu kepada tiap sesuatu bentuk kejadiannya, kemudian memberikannya petunjuk.(Thaha:50)

Jadi ana berdoa, sebelum ana mempunyai kemampuan dari segi kewangan dan telah bersedia untuk menjadi tetamu disana, ana teringin untuk bermimpi berada disana. Ana beli buku manasik haji dan umrah smasa ana menjalani latihan praktikal untuk dibaca walaupun buku itu hanya sekali sekala dibelek ana.Semasa bulan ramadhan yang lepas, ana berdoa semoga akan dapat bermimpi berada disana,tak putus ana berdoa,walaupun doa ana tidak dimakbulkan juga pada bulan puasa aritu, ana terus berdoa dan berdoa,,kerana sapa kita untuk mendesak Yang Maha Pencipta jika kita masih alpa dan sombong denganNYA.

"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."

Alhamdulillah, walaupun tidak terus dimakbulkan, semalam doa ana dimakbulkan..ana tidak terasa macam mimpi, kerana macam separuh sedar..ana berbicara dan ana bergerak kehulu hilir semasa disana. Dalam mimpi ana pergi bersama ibu ayah, dan adik-beradik ana yang lain bersama sepupu serta abg angkat ana dan keluarga yang betul-betul akan ke tanah suci 17.11.nanti.Ya Allah..walaupun hanya melalui mimpi tetapi ana bersyukur dan terharu sangat..

Tetapi dalam mimpi itu ana ada kemuskilan samaada ini sebagai pengajaran, peringatan atau petunjuk kepada ana???Atau peringatan ini juga boleh diambil iktibar oleh ukhti muslimah semua???Mungkin sahabat-sahabat yang membaca catatan ini boleh memberikan pandangan masing-masing mengenai apa yang ana alami.,

Cerita, ana kesana dengan tidak memakai tudung walaupun disini ana memakainya tapi ana tidak tahu kenapa apabila disana ana tidak memaikai tudung. maka disana sebelum bermulanya ibadat umrah yang akan ana lakukan, ana tercari-cari tudung, ana cakap dekat semua yang ada kenapa tidak menegur ana tidak memakai tudung???semua diam??maka ana dan keluarga pun tercari-cari kedai yang ada menjual tudung untuk ana pakai..dalam mencari terjumpa seorang pelajar malaysia disana ..mulanya dia cakap tidak ada tudung untuk dijual, tetapi, bila tengok ana yang tidak bertudung dan kelam kabut mencari die sedekahkan tudungnya pada ana...alhamdulillah betapa mulianya hati pelajar itu,,jadi walaupun dah ada 1, tapi ana mencari lagi dan terus mencari tanpa putus asa,,,walaupun semua orang menungu ana untuk menunaikan ibadat umrah..dalam fikiran ana masa tuu, sape suruh tak bagitau dan tegur ana tak pakai tudung dari awal. sedangkan yang bersama ana ustaz dan ustazah pun ada..setelah mendapat 3 tudung,untuk menutup aurat ana, ana pun memulakan ibadat umrah bersama-sama mereka semua.

Setelah selesai menunaikan ibadat umrah ana balik rumah dan semua terkejut tengok ana pakai tudung yang labuh sesuai. kerana sebelum ini ana tidak bertudung dan hanya memakai tudung bawal yang jarang tanpa kita sedar ianya jarang dan menampakkan leher kita dan menampakkan harta yang kita ada..Causin ana yang seorang ustazah, datang kepada ana, memohon maaf, katanya dia tidak menegur ana walaupun itu adalah tangjwabnya sesama muslim.

Pastu tetiba ana tersedar dengan bunyi jam loceng ana, ana beristifar rupanya ana bermimpi,,, tapi peringatan yang ana dapat masa disana buat ana terfikir???mengapa dan kenapa?apa maksud disebaliknya??Jadi ana senaraikan apa yang bermain difikiran ana??
1. adakah pemakain ana masih tidak lengkap dan menepati ciri-ciri yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis.
2.Sebagai pengajaran kepada ana untuk menegur sahabat-sahbat ukhti muslimah ana yang lain???
3. kita kena saling tolong menolong sahabat dan saudara-saudara kita untuk sama-sama menuju kejalanNYA
3.Tanggungjawab sesama saudara seIslam untuk saling tegur menegur agar kesejahteraan bersama dalam menperjuangkan dan mengabdikan diri sebagai hambaNYA????

"Ya Rabb kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa neraka".( Al-Baqarah:201)

Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan"
(Riwayat Al-Bukhari)



Jadi ana sudahi apa catatan mimpi terindah ana dengan ucapan mohon dan maaf kiranya terdapat salah dan silap ana. Yang baik datangnya dari Ya Rabb dan yang lemah datangnya dari diri ana sendiri. semoga mimpi terindah ana akan jadi kenyataan. selamat menunaikan haji kepada semua umat Islam yang sedang dan akan menjai tetamu Allah pada kali ini...Tak lupa juga kepada abg amirul, ida dan keluarga..selamat menunaikan haji semoga Allah memberkati kalian dan mempermudahkan segala urusan untuk menuju kejalanNYA. Ana sudahi kalam ana kali ini dengan kata-kata yang dipetik dari blog Ibnu Muslim(ustaz naim) dimana kata-kata dari iman Al-Ghazali.
Sekian Wassalam

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia.
Yang paling dekat dengan kita adalah MATI. "Sebab itu janji Allah bahawa yang hidup pasti akan mati" (Surah Ali Imran :185)

2. Apakah yang paling jauh dengan diri kita didunia.Yang paling jauh dari kita jauh adalah MASA LALU. Walau dengan apa sekalipun kita tak akan dapat kembali kemasa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, esok dan hari-harimendatang dengan perbuatan yang bersesuaian dengan Agama.

3. Apa yang paling besar didunia ini.Yang paling besar didunia ini adalah HAWA NAFSU. "Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke Neraka." (Surah Al A'raf: 179)

4. Apakah yang paling berat didunia.
Yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH. "Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung ganang dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah s.n.w meminta mereka menjadi (khalifah)pemimpin didunia ini.Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupinya dan sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah" (Surah Al-Azab :72).

5. Apakah yang paling ringan didunia.Yang paling ringan didunia adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita dengan mudah meninggalkan solat.

6. Apakah yang paling tajam didunia.Yang paling tajam didunia adalah LIDAH. Kerana dengan lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

3 comments:

Tarhata Kiran berkata...

tahniah buat anti...

walaupun dalam mimpi, tapi itu rasanya satu petanda yang baik.

pengertian yang baik.
Sesungguhnya kita tidak mampu untuk mentafsirkan mimpi tersebut. Adalah sebaiknya ukhti bersolat hajat dan bertanya kepada Allah yang Maha Mengetahui berkenaan khabaran mimpi tersebut.
Jika ianya membawa maksud kebaikan, maka mintalah kemudahan datangnya. Jika ia membawa maksud keburukan, maka mintalah untuk dijauhkan...

Allahu'alam..

ana rindu sangat untuk ke tanah suci...semoga Allah melanjutkan usia untuk tujuan itu..

Nur Mawaddah Mahdiyah berkata...

jazakallah barakallah
hehhe

Nur Mawaddah Mahdiyah berkata...

jazakallah barakallah
hehhe