Selasa, 12 Oktober 2010

Perbezaan diantara solat lelaki dan solat perempuan

Terdapat enam perkara yang berbeza ketika mengerjakan solat di antara solat lelaki dengan solat perempuan iaitu:-

1.Semasa takbiratur-ihram:Lelaki mengangkat kedua tangan sehingga Nampak ketiak dan tinggisehingga kedua ibu jari bersetentang dengan cupin telinga, manakala perempuan mengangkat tangan sehingga hujung hari hantu bersetentang dengan cuping telinga.

2.Semasa ruku’ dan sujud: Lelaki merenggangkan dua lengan daripada dua lambungnya tetapi perempuan merapatkan kedua lengan dengan kedua lambungnya.

3.Semasa ruku’ dan sujud: Lelaki mengangkatkan perutnya daripada dua pehanya manakala perempuan merapatkan perutnya dengan kedua pehanya.

4.Bacaan dalam solat: Lelaki menyaringkan suara dalam bacaan solatnya pada tempat yg peril dinyaringkan manakala perempuan pula memperlahankan bacaan ketika ada lelaki yang ajnabi(lelaki yang bukan muhrimnya) berhampiran dengannya.

5.Apabila memperingatkan sesuatu ketika solat berjemaah,(imam lupa sesuatu) lelaki hendaklah mengucap tasbih (subhanallah) manakala perempuan hendaklah menepuk tangan kanan keatas belakang tangan kiri.

6.Aurat ketika solat bagi lelaki adalah yang wajib ditutup anggaota badan diantara pusat hingga lutut manakala bagi seorang perempuan pula ialah seluruh anggota badan kecuali muka dan dua tapak tangannya.

0 comments: