Jumaat, 21 Mei 2010

BASIROH

Jika ALLAH Azza wa Jalla menginginkan kebaikan bagi seseorang, ia akan membuat orang itu dapat melihat
aib-aibnya. Orang yang memiliki basiroh (mata hati) yang tajam akan mengetahui aib-aibnya. Jika ia telah
mengetahui aib-aibnya, maka ia dapat mengubatinya. Namun kebanyakan orang tidak mengetahui aibnya
sendiri. Manusia dapat mengetahui kotoran yang terdapat di mata temannya, tetapi ia tidak mampu melihat ranting di depan matanya.

Barangsiapa hendak mengetahui aib-aibnya, maka ia hendaklah menempuh empat jalan berikut :

1. Duduk di hadapan seorang guru yang mampu mengetahui keburukan hati dan pelbagai bahaya yang
tersembunyi di dalamnya. Kemudian ia mempasrahkan dirinya kepada guru dan mengikut petunjuknya
dalam bermujahadah membersihkan aib itu. Ini adalah keadaan seorang murid dengan syeikhnya dan seorang pelajar dengan gurunya. Guru akan menunjukkan aib-aibnya dan cara merawatnya, tetapi di zaman ini guru seperti ini amat sukar dicari.

2. Mencari seorang teman yang jujur, memiliki basiroh (mata hati yang tajam) dan berpegang pada agama.
Ia kemudian menjadikan temannya itu sebagai pengawas yang mengamati keadaan, perbuatan serta semua aib batin dan zahirnya sehingga ia dapat memperingatkannya. Demikian inilah yang dahulu dilakukan oleh orang-orang yang cerdik, orang-orang yang terkemuka dan para pemimpin agama.

Umar RadiyaLlahu ‘anhu berkata : “Semoga Allah merahmati orang yang dapat menunjukkan aib-aib
kepadaku.”

Ketika Salman mengunjunginya, beliau berkata : “ Cuba sebutkan perilakuku yang tidak engkau sukai.”
Salman menolak dengan halus. Tetapi beliau terus memaksa. 

Akhirnya Salman berkata : “Aku mendengar
engkau makan dengan 2 lauk dan memiliki 2 pakaian: satu engkau memakainya di siang hari dan satu lagi
engkau memakainya di malam hari.”
“Selain itu adakah hal lain yang engkau tidak sukai?” Tanya Saidina Umar.
“Tidak”

“Sesungguhnya dua perbuatan yang engkau sebutkan tadi telah kutinggalkan,” ucap beliau.
Beliau (Saidina Umar RadiyaLlahu ‘anhu) pernah bertanya kepada Huzaifah. “Engkau adalah sohibus sir
(orang yang mengetahui pelbagai rahsia. Di antaranya Huzaifah mengetahui siapa yang munafik dan siapa
yang bukan munafik) RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam yang dapat mengenali orang munafik. 

Apakah engkau melihat tanda-tanda kemunafikan pada diriku?” Perhatikan, Saidina Umar dengan kedudukan yang agung dan mulia masih mencurigai dirinya. Semakin cemerlang akal seseorang dan semakin tinggi kedudukannya, ia akan jarang berbangga hati dan semakin sering mencurigai dirinya sendiri. Yang kedua ini juga sudah sukar untuk dicari. Sedikit teman yang mahu berterus terang dan menunjukkan aib kita.

3. Berusaha mengetahui aib dari ucapan musuh-musuhnya. Sebab, pandangan yang penuh kebencian akan berusaha menyingkap keburukan seseorang. Boleh jadi manfaat yang diperolehi seseorang dari musuh yang sangat membencinya dan suka mencari-cari kesalahannya adalah lebih banyak dari teman yang suka bermanis muka, memuji dan menyembunyikan aib-aibnya.

Smber:ibnu..

Khamis, 20 Mei 2010

Perokok=penghisap 'sel babi' ????

Kini heboh seantero dunia dalam gabus (filter) rokok ada sel babi. Namun saya perhatikan perokok tegar tidak ambil 'pot'. Di bahagian beranda surau kampung saya ada tersedia beberapa tempat habuk rokok. Demikian juga di beberapa surau dan masjid lain di seluruh negara. Ramai orang veteran gemar duduk-duduk di tangga atau beranda surau dan masjid,menghembuskan asap penuh kenikmatan, terutama selepas solat asar dan isyak. Jadi, tidakkah 'asap babi' bertebaran di ruang surau dan masjid. Apakah hukum perbuatan ini?

Di sini sukacita saya menjalankan amanah menegur perbuatan merokok berdasarkan 'Fatwa Semasa Mengenai Hukum Merokok' yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka.

1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.

3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.

4. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.

6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.

Sehubungan itu saya berharap, penghisap rokok menghentikan tabiat buruk itu terutama di beranda serta tangga surau dan masjid. Dibimbangi anda menghebus dan menebarkan asap zat babi dalam masjid dan surau. Tentulah ini kesalahan amat serius dan suatu dosa besar.

Kepada pengurusan masjid dan pihak penguat kuasa agama, saya berpendapat tidak cukup dengan hanya meletakkan papan tanda DILARANG MEROKOK atau MEROKOK ADALAH HARAM di dinding atau ruang depan masjid.

Tangkap saja orang merokok di kawasan masjid terutama di berandanya dan hadapkan mereka ke mahkamah. Apabila berita mereka tersiar di dada-dada akhbar, barulah penghisap 'sel babi' di kawasan sekitar masjid akan takut dan lama kelamaan akan insaf.

Kepada penanam tembakau, marilah kita bersama-sama menukar kepada tanaman lain untuk mendapat keberkatan Ilahi. Sekian, harap dimaaf teguran saya dan terima kasih.

      gambar hiasan: dr saudra afiq(photoqrafiq)...katakan xnak atau ktakan haram pd rokok?

Sumber: http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100000352205191
Kredit: http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=7304

HADITH-HADITH SAHIH TENTANG HARAMNYA MUZIK Oleh Drs. Ab. Ghani Azmi b. Hj Idris (Rahimahullah)


Para Imam Mazhab Empat telah sepakat mengharamkan semua alat-alat muzik, dengan beberapa pengecualian (rebana dalam majlis-majlis perkahwinan dan dua hari raya), berdasarkan hadith-hadith yang warid daripada Rasulullah(saw) mengenainya.  Akan tetapi ada sebahagian ulamak yang memfatwakan hukum yang berlawanan seratus peratus darjah dengannya.  Yang terkenal diantaranya ialah Ibn Hazm , tokoh besar Mazhab Ad Zhahiri dalam bukunya yang terkenal “Al Muhalla”.  Pada zaman moden ini lahir pula beberapa orang ulamak yang mengeluarkan fatwa yang serupa itu.  Diantaranya yang sangat menonjol ialah Dr. Yusuf Al Qardhawi didalam bukunya “Al Halal Wal Haram Fil Islam”.  Beliau telah berkata:  Adapun hadith-hadith nabi yang warid mengenainya (muzik) semuanya penuh dengan  tajrih (kecacatan) dan tidak ada satu hadith pun yang terselamat dari kritikan ulamak dan fuqaha hadith.  Al Qadhi Abu Bakar Ibn Al Arabi telah berkata: tidak ada satu hadith pun yang sahih mengenai pengharaman bunyian, manakala Ibn Hazm pula berkata: semua hadith yang warid mengenainya adalah baatil dan maudho’ belaka”. (Al Halal Wal Haram Fil Islam ms. 282)

Pendapat Dr. Yusuf Al Qardhawi ini tersebar di seluruh dunia Islam melalui bukunya yang terkenal dan sangat besar pengaruhnya di kalangan   umat   Islam sekarang ini di mana ia di terima  pakai dalam kebanyakan pendapat yang diutarakan dalam masyarakat umat , tanpa menoleh lagi kepada pendapat imam mazhab empat dan kepada dasar-dasarnya, seakan-akan pendapat tersebut adalah baatil, manakala pendapat Dr. Yusuf Al Qardhawi adalah suatu kebenaran mutlak yang tidak perlu di kaji dan di ragui lagi. 

Sesungguhnya pendapat yang mengatakan semua hadith-hadith yang bersangkutan dengan bunyian, muzik dan alat-alat muzik adalah baatil dan maudho’ belaka, adalah keterlaluan.  Ia bukanlah hasil dari satu kajian ilmiah yang mendalam dan matang, tetapi ia tidak lain dan tidak bukan dari satu taqlid buta kepada Ibn Hazm dan orang-orang yang serupa dengannya.  Ini adalah kerana menurut kajian yang di buat oleh ulamak-ulamak dan pengkritik hadith yang muktabar ternyata bahawa sebahagian hadith mengenai masalah ini adalah benar-benar sahih dan bukanlah samuanya baatil atau maudho’ seperti yang dikatakan.

Di antara hadith-hadith yang sahih ialah:

1.  Imran ibn Husain  meriwayatkan bahawa Rasulullah(saw) telah bersabda mafhumnya: “ Akan berlaku kemusnahan, penukaran rupa (penjelmaan) dan lontaran dalam umat ini.  Seorang lelaki dari kaum muslimin berkata: Bilakah yang demikian itu akan berlaku wahai Rasulullah(saw)?  Beliau bersabda mafhumnya: “ Apabila lahir biduanita-biduanita, alat-alat muzik dan di minum khamr (arak)”. (Hadith Sahih riwayat Tirmidhi dan Ibn Abiddunya.  Lafaz hadith ini menurut riwayat Tirmidhi. Lihat Sahih Sunan At Tirmidhi 1801-2323, Sahih Al Jaami’ As Sagheer 4273 dan Silsilatul Ahadeeth As Saheehah  - Syaikh Mohd Naasiruddin Al Albaani)


2.   Anas ibn Malik (rad) meriwayatkan bahawa  Rasulullah(saw) bersabda mafhumnya : “ Pasti akan berlaku kemusnahan, lontaran dan pengubahan rupa dalam umat ini, iaitu apabila mereka meminum khamr, mengambil biduanita-biduanita dan membunyikan alat-alat muzik.
(Hadith ini sahih riwayat Ibn Abiddunya dalam “Dzam Al Muhalli” Juz 1/1530 . Hadith ini juga diriwayatkan oleh Tirmidhi dan Ibn Abiddunya daripada Imran ibn Husain.  Imam Ahmad dan Ibn Abiddunya meriwayatkan juga daripada Abi Umamah dan ia diriwayatkan juga daripada Abu Hurairah oleh Tirmidhi dan Ibn Abiddunya.  Sila lihat Saheeh Al Jaami’ As Sagheer 5467 dan Silsilatul Ahadeeth As Saheehah 2023  As Syaikh Al Albaani)

3.   Imran ibn Husain dan Abu Saaid (rad) meriwayatkan bahawa Rasulullah(saw) bersabda mafhumnya: “Akan berlaku kemusnahan, lontaran dan perubahan rupa di akhir zaman iaitu lahir alat-alat muzik, biduanita-biduanita dan apabila khamr dihalalkan”
      (Hadith ini saheeh - Riwayat Tirmidhi dan Thabarani

4.   Abu Maalik Al Asyaari (rad) meriwayatkan bahawa Rasulullah(saw) bersabda mafhumnya: “    Orang-orang dari umat ku  pasti akan meminum khamr yang mereka namakannya dengan bukan nama khamr, di mainkan alat-alat muzik keatas kepala mereka dan biduanita-biduanita.  Allah akan musnahkan bumi bersama-sama mereka dan menjadikan sebahagian mereka sebagai kera dan babi.  (Hadith ini saheeh - Riwayat Ibn Maajah, Al Baihaqi dan Ibn Asaakir, Ibn Hibban dan Thabarani.  Sila lihat Saheeh Al Jaami’ As Sagheer 5454, Silsilatul Ahadeeth As Saheehah  90, 91 dan Saheeh Ibn Maajah 3247 – 4020)   

5.  Abu Maalik Al Asyaari (rad) meriwayatkan bahawa Rasulullah(saw) bersabda mafhumnya: “ Akan  ada  beberapa kaum dari umatku yang menghalalkan zina, sutera (bagi lelaki), khamr dan alat muzik dan beberapa kamu akan turun/berhenti di sudut sebuah bukit yang tinggi.  Para penternak datang kepada mereka di waktu petang dengan membawa haiwan-haiwan ternakan mereka kerana sesuatu keperluan, lalu mereka berkata:  Datanglah semua menemui kami esok.  Lantas Allah(swt) memusnahkan mereka pada waktu malam dan menjatuhkan bukit yang tinggi itu ke atas mereka dan sebahagian yang lain lagi Allah mengubah rupa mereka menjadi seperti kera dan babi sampailah ke hari kiamat.
(Hadith ini saheeh – Ri. Al Bukhari dalam kitab saheehnya (4/30).  Sila lihat  Silsilatul Ahadeeth As Saheehah 1/91/139-147  dan Saheeh Al Jaami’us Sagheer 5466.)
Hadith ini diriwayatkan oleh Bukhari di  dalam saheehnya secara ta’lik.


Semua hadith tersebut dengan jelas dan tegas mengatakan keharaman zina, sutera (bagi lelaki) , khamr dan alat muzik .  Terhadap kaum yang menghalalkan  akan di timpakan Allah dengan kemusnahan, perubahan rupa sampailah ke hari kiamat.  Tidak ada hadith – hadith sahih yang mengecualikannya kecuali penggunaan rebana dalam majlis-majlis perkahwinan dan pada dua hari raya.  

Penggunaan alat-alat muzik adalah sebahagian dari adat/tradisi orang-orang kafir yang tidak beriman dengan Allah dan hari akhirat dan tidak pula mengharamkan apa –apa yang  telah di haramkan Allah dan RasulNya dan tidak pula beragama dengan agama yang benar.

Justeru, kita tidak harus menyerupai mereka, terutamanya dalam perkara-perkara yang di haramkan Allah secara umum seperti muzik ini.

(article ini pnjng lg sbnarnyanya...ttpi ana ltak yg ni jer,,,jika ada pra tetamu ingn yg lbh pnjng bleh inform ana nti ana emailkan ..insyaALLAH.mtk maaf pd kelewatan entri ini dipublishkan....)




Rabu, 19 Mei 2010

MAHAR ( MAS KAHWIN ) MENURUT PERSEPEKTIF ISLAM

Persoalan: Ustaz sy nk th psal mas kwin...wajib ada ms akad nkh ker?bleyy x byr ansur2??

Jawapan: Ustaz Naim(Ibnu Muslim.blogspot)

1. Definisi Mahar

Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd.

Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.

Mengikut Tafsiran Akta Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan )1984 menyatakan “ mas kahwin “ bererti pembayaran perkahwinan yang wajib dibayar di bawah Hukum Syara’ oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang, menurut Hukum Syara’, dapat dinilai dengan wang.
Terdapat banyak dalil yang mewajibkan mahar kepada isteri antaranya firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 4 :
“ Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan ( isteri ) akan mas kahwin mereka itu sebagai pemberian ( yang wajib ). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnnya, maka makanlah ( gunakanlah ) pemberian tersebut sebagai nikmat yang baik lagi lazat “
Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Nisa ayat 24:

“ Mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya ( setelah dia menjadi isteri kamu ) maka berikanlah mereka maharnya ( ajr ) sebagai satu ketetepan yang difardhu ( diwajibkan oleh Allah Taala )”

Pemberian mahar suami sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri. Selain itu ianya mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga. Ia juga merupakan penghormatan seorang suami terhadap isteri. Walau bagaimanapun mahar tidaklah termasuk di antara rukun-rukun nikah atau syarat sahnya sesuatu pernikahan. Sekiranya pasangan bersetuju bernikah tanpa menentukan jumlah mahar, pernikahan tersebut tetap sah tetapi suami diwajibkan membayar mahar misil ( yang sepadan ). Ini berdasarkan satu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. di mana seorang perempuan telah berkahwin tanpa disebutkan maharnya. Tidak lama kemudian suaminya meninggal dunia sebelum sempat bersama dengannya ( melakukan persetubuhan ) lalu Rasulullah mengeluarkan hukum supaya perempuan tersebut diberikan mahar misil untuknya.

2. Pemberian Mahar


Memberi mahar kepada isteri hukumnya wajib. Menurut Abu Hanifah, isteri berhak mendapat mahar apabila akad nikahnya sah. Manakala dalam mazhab Syafi’e pula diwajibkan mahar bukan disebabkan akad nikah yang sah sahaja tetapi juga dengan persetubuhan. Sekiranya akad nikah tersebut fasid ( tidak sah ), suami tidak wajib memberi mahar kepada isteri melainkan setelah berlakunya persetubuhan.

3. Mas Kahwin Dan Pemberian Menurut Peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam
Mengikut peruntukan seksyen 21 ( 1 ) dan ( 2 ) dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan ) 1984 ( Akta 303 ) berbunyi seperti berikut :

(1) Mas kahwin hendaklah biasanya dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya kepada pihak perempuan atau wakilnya di hadapan orang yang mengakadnikahkan itu dan sekurang-kurangnya dua orang saksi lain.

(2) Pendaftar hendaklah, mengenai tiap-tiap perkahwinan yang hendak didaftarkan olehnya, menentu dan merekodkan :-
a) nilai dan butir-butir lain mas kahwin;
b) nilai dan butir-butir lain pemberian;
c) nilai dan butir-butir lain apa-apa bahagian mas kahwin atau pemberian atau kedua-duanya yang telah dijanjikan tetapi tidak dijelaskan pada masa akadnikah itu, dan tarikh yang dijanjikan untuk penjelasan; dan
d) butir-butir cagaran yang diberi bagi menjelaskan mas kahwin atau pemberian.

4. Kadar Mahar

Islam tidak menetapkan kadar serta had yang paling maksima dan minima dalam menentukan mahar bagi seseorang wanita. Ianya bergantung kepada uruf iaitu keadaan semasa dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Sungguh pun demikian, Islam menganjurkan agar kita mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Rasulullah s.a.w. menggalakkan kita agar mempermudahkan mahar sebagaimana dalam sabdanya :

" اعظم النساء برآة أيسرهن مؤنة "
Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah ( rendah ) tentang perbelanjaan ( mahar ). ( Riwayat Ahmad dan al-Hakim )

Walau bagaimanapun suami boleh memberikan mahar yang tinggi kepada isteri berdasarkan kepada ayat al-Quran dalam surah al-Nisa’ ayat 20 :

“ Kamu telah memberikan kepada salah seorang daripada mereka harta yang banyak “
Di Malaysia pemberian mahar diberikan oleh suami kepada isteri dalam bentuk wang ringgit yang kadarnya berbeza dari satu negeri dengan negeri yang lain.
5. Jenis Mahar
a. Mahar Musamma
Mahar yang disebut dengan jelas jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah seperti yang diamalkan dalam perkahwinan masyarakat kita pada hari ini. Ulama’ telah bersepakat bahawa mahar musamma wajib dibayar oleh suami apabila berlaku salah satu daripada perkara-perkara berikut :-


1) Berlakunya persetubuhan di antara suami isteri.
2) Kematian salah seorang di antara mereka sama ada suami atau isteri.

b. Mahar Misil ( mahar yang sepadan )

Mahar yang tidak disebut jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah. Sekiranya berlaku keadaan ini, mahar tersebut hendaklah diqiaskan ( disamakan ) dengan mahar perempuan yang setaraf dengannya di kalangan keluarganya sendiri seperti adik beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau ibu saudaranya. Sekiranya tiada, maka diqiaskan pula dengan mahar perempuan-perempuan lain yang setaraf dengannya dari segi kedudukan dalam masyarakat dan sekiranya tiada juga, terpulang kepada suami berdasarkan kepada adat dan tradisi setempat.

Selain daripada itu terdapat perkara-perkara lain yang perlu diambil kira dalam menentukan mahar misil iaitu dari sudut rupa paras, kekayaan, keadaan setempat, keagamaan , ketakwaan, keilmuan, kecerdasan fikiran , keluhuran budi serta status perempuan tersebut sama ada gadis atau janda dan perkara-perkara yang boleh dijadikan penilaian. Ini kerana kadar mahar berbeza dengan berbezanya sifat-sifat di atas.
6. Mendapat Separuh Mahar Atau Tidak Berhak Mendapat Langsung

Sebagaimana yang kita sedia maklumi , apabila berlakunya suatu akad nikah yang sah, maka wajib bagi suami membayar mahar kepada isteri sama ada berupa mahar musamma atau pun mahar misil kerana ia merupakan hak isteri.

Walau bagaimanapun terdapat keadaan yang menyebabkan isteri hanya berhak mendapat separuh sahaja daripada mahar tersebut atau pun tidak mendapat apa -apa mahar langsung daripada suami iaitu :-

a) Isteri hanya mendapat separuh sahaja daripada mahar apabila berlakunya perceraian sebelum persetubuhan. Ini berdasarkan kepada firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 237 :


“ Dan jikalau kamu menceraikan mereka itu ( isteri-isteri ) sebelum kamu menyetubuhi mereka walhal kamu telah menetapkan mahar kepada mereka, maka diwajibkan ( bayarannya ) separuh daripada yang kamu tetapkan kecuali jika mereka sendiri memaafkan atau orang yang mempunyai kuasa perwalian memaafkannya “

Ayat di atas menyatakan bahawa sekiranya mahar isteri telah disebutkan ketika akad nikah dan berlakunya penceraian sebelum persetubuhan, maka suami hanya wajib membayar separuh sahaja daripada mahar tersebut. Tetapi sekiranya mahar tidak disebut ketika akad nikah, suami wajib membayar mahar misil kepada isteri.
Menurut pendapat Imam Syafi’e dan Imam Malik sekiranya berlaku perceraian sebelum persetubuhan, suami hanya wajib membayar separuh sahaja mahar kepada isteri sama ada mahar tersebut disebut semasa akad nikah atau sebaliknya.

b) Isteri tidak berhak langsung untuk mendapat pemberian mahar daripada suami apabila berlakunya perceraian disebabkan fasakh ( dari pihak isteri ) sebelum berlakunya persetubuhan.
7. Kesimpulan

Mahar adalah hak isteri yang diberikan oleh suami dengan hati yang tulus ikhlas tanpa mengharapkan balasan sebagai pernyataan kasih sayang dan tanggungjawab suami atas kesejahteraan rumah tangga. Ianya bertujuan untuk menggembira dan menyenangkan hati isteri agar isteri merasa dihargai dan bersedia untuk menjalani kehidupan bersama suami.

Mahar adalah menjadi hak milik isteri. Sekiranya ia tidak disebut sekalipun Para mujtahidin telah sepakat mengatakan bahawa tidak kadar dan had yang tertentu dalam meletakkan kadar mahar yang paling maksima. Terdapat satu peristiwa yang berlaku yang berlaku di zaman Umar al Khattab (r.a) di mana beliau melarang orang ramai dari meninggikan kadar mahar iaitu tidak boleh lebih daripada empat dirham katanya, “ Janganlah kamu meninggikan mahar perempuan kerana jikalau dia dimuliakan di dunia, atau mahu bertaqwa kepada Allah, maka yang lebih utama ialah contoh daripada Rasulullah yang tidak menetapkan mahar kepada isterinya mahu pun bagi puteri-puterinya melebihi dua belas auqiah. Oleh sebab itu sesiapa yang melebihi daripada 440 dirham walaupun lebihannya sedikit maka yang itu dimasukkan ke dalam Baitulmal “. Lantas seorang perempuan Quraisy membantah sambil berkata : “ Allah telah berfirman di dalam al-Quran :

Terjemahan : “ Apabila kamu telah memberikan kepada mereka itu ( isteri ) sepikul mahar, maka jangan kamu ambil walaupun sedikit daripada mahar itu “ ( surah al Nisa : 20 )



AFA 4: HUKUM QADA HAJAT

Qada Hajat atau Buang Air terbahagi kepada tiga hukum:
1.   Cara yang haram.
2.   Cara yang makruh.
3.   Cara yang sunat.



Cara Qada Hajat yang diharamkan.
1. Membawa bersama sesuatu yg bertulis ayat2 quran,
hadis atau nama2 para Rasul ketika qada hajat.
2. Menghadap atau membelakangkan kiblat ketika qada 
hajat di tempat lapang. Sekiranya qada hajat di tempat 
yg berdinding maka tidaklah diharamkan.
3. Membuang air di tempat ibadat sprti surau , masjid, 
musalla dan sebagainya.
4. Qada hajat di atas kubur.
5. Membuang air di atas kitab2 agama
6. Membuang air di atas makanan.
7. Membuang air besar atau kecil dalam lubang yg 
diketahui di dalamnya ada haiwan
8. Membuang air di tempat perhentian org ramai atau 
jalan raya.

Cara Qada Hajat Yang Dimakruhkan.  
1. Membuang air sambil berdiri kecuali dgn keuzuran 
atau darurat yang tidak membolehkan seseorang itu 
duduk contohnya disebabkan sakit.
2. Bercakap-cakap ketika buang air pada perkara 
yang tdk penting , kecuali dalam keadaan darurat.
3. membuang air di dalam luabang yg tidak diketahui 
di dalamnya ada binatang atau tidak.
4. Membuang air di bawah pokok buah-buahan.
5. Membuang air di dalam air tenang yang tidak 
mengalir.
6. membuang air berhampiran dengan kawasan 
perkuburan.

Cara-cara Qada Hajat yang disunatkan.
1. Membuang air di tempat terlindung dari
orang ramai 
seperti di dalam tandas atau di sebalik batu.
2. Memulakan masuk ke dalam tandas dengan 
mengguanakan kaki kiri.
3. Ketika hendak masuk , baca doa ini: 

Ertinya : "Wahai Tuhanku, aku berlindung padaMU dari 
kejahatan syaitan jantan dan betina".

4. Memakai alas kaki seperti selipar, dan kasut ketika 
masuk tandas.
5. Memakai penutup kepala seperti tudung, semutar 
atau sebagainya ketika qada hajat.
6. Beristibak , iaitu berdehem-dehem supaya najis habis 
keluar.
7. Ketika keluar dari tandas, mulai langkah dgn kaki
kanan dahulu.
8. ketika keluar tandas, membaca doa ini:

Ertinya: "Wahai Tuhanku, hilangkan dariku segala
kekotoran dan beri kesihatan kepadaku".
Hal-hal yang harus dilakukan sebelum buang air.
1. Hendaklah mencari tempat sunyi dan jauh dari 
pandangan orang(kiranya tdk menggunakan tandas)
2. Jangan memasuki tandas atau tempat buang air dgn
membawa sesuatu yg ada kalimah Allah.
3. Jangan membuka pakaian sblm berada dekat tempat
buang air, ini adalah bagi mempastikan agar dgn apa 
yg diperinyahkan oleh hukum syariat.
4. Mendahulukan kaki kiri waktu masuk ke tandas dan 
disunatkan membaca doa.

"Ya Allah hamba berlindung padaMU dari segala yang kotor 
dan keji".

5. Janganlah buang air dgn menghadap ke arah kiblat 
atau membelakanginya jika sekiranya di tempat2 yang 
tdak berdinding.
6. jangan membuang air besar atau kecil (berak atau 
kencing) di tempat org yg biasa berteduh, di jln2, di 
tempat mandian atau di bawah pokok yg berbuah.
7. jangan bercakap-cakap sewaktu buang air

Adab buang air
1. Sunat mendahulukan kaki kiri ketika masuk ke 
tandas , dan mendahulukan kaki kanan ketika keluar 
tandas.
2. Jangan membawa sesuatu kalimat Al-Quran , atau hadis 
atau zikrullah ke dalam tandas.
3. Hendaklah memakai sepatu, atau terompah atau 
seumpanya.
4. Hendaklah jauh dari org sehingga bau kotoran 
tdak sampai kepadanya.
5. janganlah berkata-kaat selama berada dalam tandas, 
kecuali apabila keperluan yg sgt penting yg tdak dpt ditangguhkan.
6. jangan buang air di air yg tenang, kecuali jika air 
tenang itu terbentang luas seperti tasik yg luas atau laut.
7. jangan buang air di lubang tanah, krn kemungkinan 
ada binatang yg mendapat kesakitan di dalam lubang itu.
8. jangan membuang air di ats kubur.
9. jangan membuang air besar atau kecil di tempat2 
beribadat spt masjid, surau,dan sebagainya (kecuali 
di tands yg disediakan di tempat tersebut).
10.Jangan membuanga air di ats kitab2 agama atau 
atas makanan.
11. jangan buang air di mana2 perhentian(kecuali
di tnds yg disediakan di kwsan itu)

Modul: Ibnu