Ahad, 9 Januari 2011

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan
mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan
khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta
kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara
pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku,
bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk
syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan
mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persat

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun
menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali
menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah
tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat
kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di
dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas
menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari
mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti
akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang
di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang
berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan
salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya
masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan
badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata
sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"
tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan
pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah
anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan
kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah
malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril
tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya
sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya
Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah
terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar
menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan
Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang
mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana
nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah
mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja,
kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh
Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,
urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya
menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau
melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada
Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah=20
direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah
memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian=20
maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.=20
"Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak
lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera
mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku",
peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.Fatimah
menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke
bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" -
"Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi
sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli
'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Jumaat, 7 Januari 2011

Universiti lancar kempen galak siswi pakai hijab

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***

MAKKAH: Universiti Umm Al-Qura di Makkah akan mendenda pelajar perempuannya yang tidak memakai hijab sebagai sebahagian kempen ’Hijab adalah ibadahku’ Sumber universiti itu berkata, tiada spesifikasi tertentu dalam cara pemakaian hijab itu selain daripada ‘penutupan secara wajar dan tidak menarik perhatian’.

Kempen yang dilancarkan Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti itu adalah susulan daripada program dianjurkan Suruhanjaya Menggalak Kebaikan dan Mencegah Maksiat dalam usaha menggalakkan kewajipan menutup aurat.

Dekan Pengajian Universiti, Nour Qarout ketika melancarkan kempen menekankan kepentingan kewajipan itu diamalkan wanita Muslim.

“Kehormatan wanita Muslim dipelihara kerana ibadah bukan sebagai kegemaran,” ujarnya. “Kempen ini bertujuan menyedarkan pelajar perempuan kepentingan pemakaian hijab mengikut tuntutan agama dan sosial, di samping mempraktikkan budaya ini,” tambahnya.

Menurut Nour, satu pertandingan merangkumi kategori visual, slogan dan lukisan terbaik juga dirancang untuk dianjurkan dengan hijab sebagai tema utamanya. - Agensi Harian Metro

Selasa, 4 Januari 2011

Pesan Rasulullah s.a.w: 7 Golongan akan mendapat naungan di akhirat

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sebilangan manusia yang dinaungi Allahdibawah naungannya pada hari kiamatiaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; diantaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih saying kerana Allah dimana kedua-duanya berkumpuldan berpisah untuk mendapat keredoaan Allah, orang yang di pujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu dia menolak dengan berkata: Aku takut kepada Allah, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak di ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jahal dan sifat Jamal Allah.(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di akhirat kelak iaitu:-

Pemerintah yang adil:
Ini kerana tanggungjawab dipikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat dan bukannya mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyat.Sekiranya keadilan ini Berjaya ditunaikan,ganjaran adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat.

Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadah kepada Tuhannya:
Ini kerana sebail-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja remaja kerana pada usia muda seseorang berbagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang Berjaya melepasi rintangan itu.

Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid:
Sesungguhnya terdapat hadis menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar disisi Allah SWT dan dikategorikan sebagai satu sedekah.

Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah:
Dimana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredoan Allah. Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama, adab kesopanandan sebahagiannya adalah hubungan yang menjurus kea rah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih saying yang dijalinkan sesame manusia mestilah iklas kerana Allah agar perhubungan itu mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.

Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina:
Lalu dia menolak dengan berkata: Aku takut kepada Allah! Ini menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar Berjaya menangkis segala bentuk godaan yang mendatang. Hal ini bukan mudah kerana tanpa kekuatan Iman seseorang itu pasti akanmudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhiratnya terjebak dalam perbuatan zina.

Orang yang bersedekah secara bersembunyi:
Sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Ia menggambarkan mengenai kaiklasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan dilakukannya melainkan akan terdapat perasaan riak dan ingin menunjuk supaya mendapat pujian atau sanjungan dari orang ramai.

Orang yang menyebut atau mengingati Allah:
Dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan Jamal Allah. Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati. Fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara yang melalaikan.

Ahad, 2 Januari 2011

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***

Dari Abi Umamah r.a katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “Bacalah olehmu akan Al-Quran, sesungguhnya dia datang pada Hari Kiamat kelak memberi syafaat kepada tuannya”. Hadis Riwayat Muslim.

Bacalah Al-Quran kerana ia akan muncul pada Hari Kiamat dan datang kepada pembacanya untuk memberi syafaat. Ini kerana Al-Quran adalah bersih dan suci. Merupakan Kalam Allah. Kalam adalah sifat Allah. Membacanya dikira ibadah.

Berlaku khilaf dikalangan ulama yang mana lebih afdhal di antara membaca Al-Quran dengan berzikir menyebut nama-nama Allah. Pendapat ulama tentang membaca Al-Quran lebih afdhal adalah kerana A-Quran adalah Kalam Allah (kata-kata Allah). Manakala ulama yang berpendapat zikir lebih afdhal adalah kerana zikir menyebut nama-nama Allah.

Al-Quran adalah kitab mulia yang suci sehinggakan jumhur ulama (kebanyakan) berpendapat tidak boleh menyentuh Al-Quran (mushaf) melainkan mereka yang berwudhuk. Maksud mushaf Al-Quran di sini adalah Al-Quran tanpa tafsir atau terjemahan. Mazhab Azzohiriyyah dan mereka yang bersependapat dengannya mengatakan tidak mengapa menyentuh Al-Quran tanpa wuduk.

Larangan menyentuh Al-Quran ini hanya tertakluk kepada keadaan yang biasa. Ini tidak termasuk dalam bab darurat yang mana memerlukan tindakan segera kepada menyentuh atau memegangnya. Sebagai contoh jika Al-Quran dilihat berada di tempat yang tidak sesuai seperti terjatuh di jalanan, maka perlulah segera mengalihkannya.

Dari Nawwas bin Sam’an r.a katanya, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “Dibawa di Hari Kiamat nanti Al-Quran dan ahlinya, yang beramal dengannya di dunia. Mendahuluinya oleh Suratul Baqarah dan Ali Imran, kedua-duanya berhujah membela tuannya”.

Hadis Riwayat Muslim (dengan riwayat yang sahih)

Pada Hari Kiamat, Al-Quran akan menemui ahli-ahlinya di padang mahsyar. Ahli-ahli Al-Quran itu terdiri daripada para pembacanya mahupun yang menghafalnya serta mereka yang beramal dengan Al-Quran. Al-Baqarah dan Ali Imran akan menjadi pembela kepada ahli Al-Quran bagi berhadapan dengan Allah SWT.

Ini menunjukkan betapa adilnya Allah Taala. Walaupun segala perlakuan, amalan dan tindak tanduk kita di dunia ini dalam ilmu dan pengetahuan Allah, tetapi Allah Taala tidak menghukum hambanya dengan pengetahuannya. Sebaliknya membenarkan berlakunya proses penghakiman dan pengadilan ke atas hambanya.

Ini samalah dengan proses penghakiman dalam syariah Islam yang mana tidak membenarkan hakim menghukum hanya dengan pengetahuannya semata. Perlu ada saksi, ada pembela (peguam) walaupun terbukti seseorang itu telah bersalah. Orang yang jelas bersalah juga perlu diwakili peguam kerana ini akan ‘membersihkan mahkamah’. Supaya setiap hukuman itu tepat kepada si pesalah.

Dalam perundangan Islam, membebaskan si pesalah itu adalah lebih baik daripada menghukum orang yang tidak bersalah. Ini berdasarkan hadis nabi yang bermaksud “Sesungguhnya kesilapan seorang hakim membebaskn seorang pesalah adalah lebih baik dari kesilapan seorang hakim menghukum seorang yang tidak bersalah”.

Dari Saidina Usman bin Affan r.a katanya, berkata Rasulullah s.a.w “Sebaik-baik kamu ialah seorang yang belajar Al-Quran dan mengajarnya”

Hadith riwayat Bukhari.

Dari Aisyah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w “Seorang yang membaca Al-Quran sedang dia mahir dalam membacanya, bersamanya malaikat utusan Allah yang baik. Dan orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap (berkeadaan payah), maka baginya dua pahala”

Hadith Riwayat Muslim.

Orang yang membaca Al-Quran sedangkan dia seorang yang mahir dalam bacaann Al-Quran dijanjikan kepadanya akan bersama-sama dengan malaikat yang mulia iaitu pemimpin para malaikat. Adapun mereka yang membaca Al-Quran dengan susah payah, tergagap-gagap, dijanjikan kepadanya dua pahala. Iaitu satu pahala untuk bacaannya dan satu lagi untuk kesungguhan dia berusaha membaca Al-Quran.

Ada hadith yang lain menyebut pahala membaca Al-Quran adalah pada setiap huruf. Setiap huruf itu dijanjikan 10 ganjaran pahala. Membaca Al-Quran pula tidak dihadkan cukup sekali khatam sahaja malah hendaklah berterusan dan dijadikan amalan. Bahkan ada ulama khatam Al-Quran sebulan sekali dan ada juga yang khatam dalam masa 2, 3 hari sahaja.

Orang yang memahami Al-Quran pula akan senantiasa mendapat ilmu dan pengetahuan yang baru dari berkat Al-Quran. Inilah kelebihan mukjizat Kitab Al-Quran yang tiada pada kitab-kitab sebelumnya. Rasulullah s.a.w juga pada setiap Ramadhan akan bertadarrus Al-Quran bersama-sama malaikat Jibrail. Saling mendengar bacaan dan saling membetulkan bacaan.

Wallahua’lam

Malaikat

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***


Kata malaikat merupakan jamak dari kata Arab malak (ملاك) yang bererti kekuatan. Jadi malaikat adalah kekuatan-kekuatan yang patuh pada ketentuan dan perintah Allah.

Malaikat dalam Islam, merupakan hamba dan ciptaan Allah yang dijadikan daripada cahaya lagi mulia dan terpelihara daripada maksiat. Mereka tidak berjantina, tidak bersuami atau isteri, tidak beribu atau berbapa dan tidak beranak. Mereka tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma kepada rupa yang dikehendaki dengan izin Allah. Sebagai contoh malaikat datang kepada kaum Lut menyerupai lelaki yang kacak (Surah Hud 11, ayat 78). Malaikat dikatakan mempunyai sayap dan mampu terbang dengan laju (sesuai dengan dengan cahaya yang bergerak laju).

Muslim wajib beriman kepada malaikat dengan tafsil (تفصيل) dan ijmal (إجمال).

Beriman dengan tafsil

Beriman dengan tafsil adalah beriman akan setiap satu daripada mereka secara berasingan dan bukan mempercayai mereka itu sebagai satu (contoh: satu kumpulan) dan percaya yang tiap satunya adalah malaikat. Berikut adalah sepuluh malaikat yang wajib diketahui secara tafsil.

Malaikat wajib

Di antara para malaikat yang wajib setiap orang Islam ketahui sebagai salah satu Rukun Iman adalah :-

Nama Arab Tugas

Jibrail
جبرائيل/جبريل
 Menyampaikan wahyu Allah.

Mikail
ميكائيل
 Menyampaikan/membawa rezeki yang ditentukan Allah.

Israfil
إسرافي
 Meniup sangkakala apabila diperintahkan Allah di hari Akhirat[1]

Izrail
عزرائيل
 Mencabut nyawa.

Munkar
منكر
 Menyoal mayat di dalam kubur.[2]

Nakir
نكير
 Menyoal mayat di dalam kubur.[3]

Ridhwan
رضوان
 Menjaga pintu syurga dan menyambut ahli syurga.

Malik
مالك
 Menjaga pintu neraka dan menyambut ahli neraka.

Raqib
رقيب
 Mencatat segala amalan baik manusia.

Atid
عتيد
 Mencatat segala perlakuan buruk manusia.

Dari nama-nama malaikat di atas hanya tiga yang disebut dalam Al Qur'an, yaitu Jibril (QS 2 Al Baqarah : 97,98 dan QS 66 At Tahrim : 4), Mikail (QS 2 Al Baqarah : 98) dan Malik (QS Al Hujurat). Sedangkan Israfil, Munkar dan Nakir disebut dalam Hadits.

Nama Malaikat Maut, Izrail, tidak ditemukan sumbernya baik dalam Al Quran mahupun Hadits. Kemungkinan nama malaikat Izrail didapat dari sumber Israiliyat. Dalam Al Qur'an dia hanya disebut Malaikat Maut.

Walau namanya hanya disebut dua kali dalam Al Qur'an, malaikat Jibril juga disebut di banyak tempat dalam Al Qur'an dengan sebutan lain seperti Ruhul Qudus, Ruhul Amin dan lain lain.

Selain dari sepuluh malaikat ini terdapat beberapa malaikat yang tidak diketahui berapa banyak bilangannya melainkan Allah s.w.t.Salah satu daripada mereka diberi nama Zabaniyah yang merupakan malaikat Allah s.w.t yang ditugaskan untuk membawa ahli neraka ke neraka dan menyeksa mereka serta menyeksa dan menangkap Iblis ketika ketibaan sakaratulmaut Iblis,umumnya malaikat Zabaniyah diberikan tugas untuk melakukan azab-azab tertentu dengan perintah Allah s.w.t.Malaikat-malaikat juga diturunkan Allah s.w.t ketika umat Islam berperang membantu tentera Islam sehingga tentera kafir gentar melihat bilangan tentera Islam yang banyak.

Beriman dengan ajmali

Beriman kepada malaikat yang ajmal ialah percaya akan wujudnya malaikat yang lain selain daripada sepuluh malaikat yang wajib diketahui tersebut dan wujudnya beberapa malaikat lain yang tidak diketahui berapa bilangannya melainkan Allah.

Antara malaikat yang wajib diketahui secara ajmal ialah malaikat pemegang atau yang menanggung Arasy iaitu empat malaikat dan pada hari akhirat akan ditambah sebanyak empat lagi menjadikannya lapan malaikat penanggung arasy. Juga diketahui akan wujudnya malaikat penjaga manusia atau Hafzah.Ia juga sering digelar Qarin. Qarin turut wujud dalam bentuk syaitan. Berikut merupakan malaikat lain selain daripada 10 yang wajib diketahui ialah:

• Malaikat Zabaniyah - malaikat penyeksa didalam neraka yang banyak bilangannya sehingga ada riwayat menyebut bilangan mereka sehingga 70,000.

• Hamalatul Arsy - empat malaikat penanggung Arasy Allah (pada hari kiamat jumlahnya akan ditambah empat menjadi lapan)

• Malaikat Rahmat (kitab Daqoiqul Akhbar)

• Malaikat Kiraman Katibin - pencatat amal baik dan buruk

• Malaikat Harut dan Marut

Dalam Islam, Iman kepada malaikat adalah salah satu Rukun Iman. Beriman kepada malaikat adalah percaya dan membenarkan dengan hati bahawa malaikat Allah SWT benar-benar wujud. Malaikat bersifat ghaib, tidak dapat dilihat oleh mata kasar, tetapi dapat diketahui dan difahami secara majaz(metafora), seperti adanya wahyu yang diterima oleh para nabi dan rasul. Para nabi dan rasul menerima wahyu melalui perantara malaikat Allah SWT.

Iman kepada malaikat merupakan Rukun Iman yang ke-2. Rukun Iman yang 6 merupakan kesatuan yang tidak dapat dipisah-pisahkan, juga tidak dapat dipilih-pilih. Sehingga tidak disebut orang beriman jika tidak meyakini salah satu dari Rukum Iman tsb. Dalam H.R. Muslim, Rasulullah bersabda:

Iman itu ialah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari akhirat, serta engkau beriman kepada takdir baik mahupun buruk. (Hadis Riwayat Muslim)

Sejarah Malaikat

Malaikat telah lama wujud atau diciptakan sebelum kewujudan Adam sebagai manusia pertama. Malah, malaikat juga yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mengambil tanah di bumi untuk dijadikan acuan kepada penciptaan Adam.Malaikat pertama yang diutuskan Allah s.w.t untuk mengambil tanah adalah Jibril kemudian Mikail namun kedua-duanya gagal dan pulang ke hadrat Allah s.w.t kerana tanah menangis memohon agar tidak mengambil mereka sebaliknya mengambil bahan-bahan lain untuk dijadikan manusia.Kemudian Allah s.w.t mengutus Izrail,dengan taat dan tanpa menghiraukan tangisan tanah,maka Izrail merentap mereka dan membawanya kepada Allah s.w.t.Sempena peristiwa ini Allah s.w.t telah melantik Izrail sebagai malaikat pencabut nyawa-"Malaikatul Maut".Tugas ini ditolak Izrail kerana sekiranya manusia akan mengutuk serta membencinya namun Allah s.w.t memberi jaminan kepada Izrail dengan menjadikan setiap maut pasti ada penyebabnya agar Izrail tidak dipersalahkan.

Sebelum Iblis direjam dan dilaknat oleh Allah s.w.t,Iblis merupakan ketua yang memimpin para malaikat di syurga.Terdapat juga malaikat seperti Harut dan Marut yang telah sesat akibat mempelajari dan mengamalkan sihir. Walau bagaimanapun mereka telah diberi keampunan oleh Allah s.w.t