Rabu, 12 Mei 2010

HATI


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

3 comments:

ibnu berkata...

Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan
sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja,
ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah
menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika
diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian
tersebut. Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang
mewah, yang sedang hidup rehat dibuat kesenangan.

Malaikat maut datang tepat pada waktunya, tanpa mengira orang itu sedang
ketawa riang, atau sedang mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba,
maka kematiannya tidak tertangguh walau sesaatpun.Walau bagaimanapun ada ketikanya Allah jadikan pelbagai sebab bagi sesuatu
kematian, yang demikian itu ada hikmah di sebaliknya. Misalnya sakit tenat
yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi Rahmat bagi
orang beriman dan sabar, kerana Allah memberi peluang dan menyedarkan
manusia agar dia mengingati mati, untuk itu dia menggunakan masa atau usia
yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan
kesilapan serta memperbaiki amalan untuk menambah bekalan untuk akhirat,
jangan sampai menjadi seorang yang muflis di akhirat kelak. Begitu juga
orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia menjadi pengajaran dan
memberi peringatan kepada orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa
waspada dan tidak lalai dari usaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan
dan meninggalkan segala kejahatan.

ibnu berkata...

Di kalangan orang soleh, sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah
sebagai tanda bahawa Allah masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi
pandangan orang-orang soleh itu jika Allah mengambil roh dengan tiba-tiba,
tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah sedang murka
terhadap dirinya, sebab itulah Allah tidak beri amaran terlebih dahulu
kepadanya. Keadaan orang itu ibarat seperti tidak menyedari adanya bahaya di
hadapannya, jika tiada amaran terlebih dahulu, nescaya dia akan terjerumus
ke lembah bahaya.

Malaikat maut mengadu kepada Allah, betapa dirinya tidak disenangi oleh
keturunan Adam, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh
manusia, yang akan menyebabkan orang berdukacita kerana kehilangan keluarga,
sanak-saudara dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.
Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai sebab kepada
kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam, sehingga keturunan Adam itu
akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami
oleh mereka.

Nur Mawaddah Mahdiyah berkata...

Ibnu>>
:) pndangan yg ckp bermakna dan bermnfaat..syukran