Rabu, 4 November 2009

BAHANA BERCINTA SEBELUM KAHWIN

PERSOALAN: Salam ustaz: satu hari sya ditnya oleh seorang rakan, bolehkan kita bercople?
JAWAPAN:persoalan ini telah dberi dijawab oleh ustaz Naim di dlm blognya..jadi ana copy balik untuk sisipan sahabat2 ana semua..Selamat membaca dan selamat beramal


Menjadi suatu perkara biasa bila bercinta sebelum kahwin atas pelbagai alasan berdasarkan akal. Tidak dinafikan ia ada baik dan buruknya tetapi jika ia dilihat pada pandangan wahyu maka banyak keburukannya terutama dari segi pelanggaran kepada hukum syariat sendiri pada kebiasaannya dan banyak membuka kepada pintu penzinaan.

Oleh kerana ia menjadi suatu kebiasaan menyebabkan kita tidak lagi menghiraukan apa kata syarak cuma kita hanya menjaga agar tidak berlaku maksiat yang lebih besar terutama zina sedangkan kebanyakan muqaddimah atau pintu zina telah pun dihampiri samada dalam keadaan sedar atau tidak. Apakah keseronokan bercinta melebihi pegangan kita terhadap agama. Adakah suatu yang kolot jika tidak bercinta sebelum kahwin. Atau bagaimana cara terbaik untuk bercinta tanpa melanggar adab yang telah ditetapkan oleh syarak.

Biasanya adat bercinta mahu bercakap kemudian mahu bertemu muka seterusnya jika terus hanyut maka perkara lain akan menyusulinya walau pun bukan kesemua yang bercinta melakukannya. Jika hendak bertemu tunang pun ada adab yang perlu dijaga apatah lagi yang belum diikat dengan apa-apa hubungan atau ikatan.

Kita lihat beberapa ayat al-Quran dan hadis nabi yang biasanya dilanggari oleh mereka yang bercinta sebelum kahwin iaitu sebagaimana berikut :

1. Bahaya pandang memandang

a. Dan katakanlah Wahai Muhammad! kepada orang-orang perempuan yang beriman : Hendaklah mereka memejamkan setengah daripada pandangan mata mereka….. ( surah an-Nur ayat 31 )

b. Sh. Buraidah RA berkata : Bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada Sayyidina Ali : Wahai Ali! Janganlah kamu ikutkan satu pandangan yang kedua kerana sesungguhnya hanya pandangan yang pertama sahaja ( terpandang) dan tidak bagi kamu pandangan yang kedua. ( Riwayat imam Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan al-Hakim )

2. Bertemu muka bersendirian tanpa mahram

a. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia bertemu bersendirian di suatu tempat dengan seorang wanita yang tiada sertanya mahram daripadanya kerana sesungguhnya yang ketiganya tentu syaitan. ( Riwayat imam Ahmad dari Sh Jabir r.a )

b. Janganlah seseorang lelaki bertemu sendirian dengan seorang wanita yang tidak halal baginya kerana bahawasanya yang ketiganya tentu syaitan kecuali jika dengan mahramnya. ( Riwayat imam Ahmad dari Sh Amir bin Rabie’ah r.a )

3. Berjabat tangan atau bersentuhan dengan mereka yang halal kahwin

Siti Aisyah r.a berkata : Tidak! Demi Allah! Tidak pernah Rasulullah s.a.w menyentuhkan tangannya dengan tangan seorang perempuan lain. Baginda hanya melakukan bai’ah ( janji setia) dengan mereka (perempuan) dengan percakapan ( Riwayat imam Bukhari, Muslim dan Tirmizi )

Apakah pendapat serta pandangan pembaca sekelian tentang perkara ini. Fikirkan secara baik bukan setakat menggunakan akal sebagai petunjuk sebaliknya hendaklah dijaga batasan yang telah ditetapkan oleh agama. Tidak rugi mengekang nafsu dengan wahyu tetapi betapa rugi men jadi hamba nafsu sehingga menentang wahyu

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

couple bru betoi....cople tu agk x tepat....