Sabtu, 28 November 2009

TAUBAT NASUHA

Assalamualaikum...

Ana baru lepas tengok citer TAUBAT NASUHA sempena Aidiladha...cter ni ditayangkan di TV3 dan ana yakin ramai yang tengok..jalan ceritanya yang begitu simple, pelakon dewasa yang berpengalaman seperti Shiela Rusli,Fauzi dan Jalaluddin..tetapi di sini ana begitu tertarik dengan pelakon kanak-kanak yang membawa watak Aimin, Aiman dan Amirul..Kerana apa?begitu tersendiri dan memberi kesan yang cukup mendalam pada ana..Tahniah diucapkan kepada Shiela Rusli dan Jinggo kerana telah membawa cerita yang mempunyai nilai2 murni yang begitu memdalam..contohnya pendekatan mendidik anak-anak mengikut lunas-lunas ISLAM dan tangungjawab ibu bapa dalam melahirkan anak yang soleh dan solehah..Dalam cerita ini juga kita dapat lihat ditekankan Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik dalam kita menharungi kehidupan sebagai hambaNYA di muka bumi ini..

Kisah silam yang menghantui diri kerana menjadi mangsa dera dan kemarahan seorang ayah memberi kesan kepada si anak Mizi(fauzi) sehingga sikap itu terbawa-bawa dalam dirinya sehinggalah dewasa dan menjadi bapa..kesan kisah silamnya bukan sahaja menghantui dirinya, tetapi turut memberi kesan kepada anak2 dan isterinya..cerita ini turut memberi penekanan betapa kasih sayang antara keluarga perlu dipupuk dan dilahirkan bukan untuk disimpan dalam hati.Bukan untuk disimpan dalam hati sahaja, tetapi perlulah diselami hati2 insan yang kita sayang dan insan yang dalam tangjawab kita..tetapi cerita ini menunjukkan sikap Ego yang tinggi dan tidak memberi kebaikan akhirnya memakan diri sendiri.

Aimin sebagai abg ditonjolkan sebagai abg sulung yang menjadi anak yang baik dan bijak menjadi contoh pada adik-adiknya dimana ianya dihormati adik2nya dan menjadi tempat luahan ibunya yang didalam keresahan dan kesedihan kerana kecewa dengan sikap suaminya..Si kecil Amirul pula ditonjolkan dengan kepetahan dan kecerdasannya dimana dapat dilihat semasa die membaca doa makan dan maksudnya sekali..nilai yang ingin ditonjolkan ialah ilmu mendidik anak hendakklah dari kecil dan perlu dipraktikkan serta diamalkan dalam kehidupan seharian. Al-Quran, hadis sebagai pegangan dan panduan dan Rasulullah sebagai role model terbaik...Zikir. membaca alQuran dan bermusabah diri ditekankan dalam cerita ini agar kita dapat mnjadi mukmin yang sejati dan bertaqwa..

Akhirnya, dengan sifat ego dan pentingkan diri seorang ayah menyesal kerana telah kehilangan anak-anak dan Isterinya kerana dibunuh perompak,,,Penyesalan yang tidak terhingga,,,"mereka hanya dipinjamkan sementara, kerana kita tidak menjaga dan mendidk dengan baik, maka mereka dikembalikan balik kepada Allah..dari Allah manusia datang dan kepadaNYA Jualah kita kembali"...setiap percaturan didunia, adalah kuasa Ya Rabb...jika kita leka dan berdosa, kita telah disediakan pintu taubat olehNYA...itulah kasih sayang Allah S.W.T pada umatnya...Ermm inilah nilai yang dan ilmu yang diterapkan dan diselitkan dalam cerita ini...

*Kita akan menghargai apabila kita kehilangan*

2 comments:

DiNa RiaNa berkata...

adaptasi dari cerpen "Kalau Tak Suka Pulangkan"

Nur Mawaddah Mahdiyah berkata...

ptt laaa dr nvel..tp bgus cter