Khamis, 18 Februari 2010

AIR ZAMZAM

Zamzam ialah nama sebuah telaga yang terletak di tengah-tengah Masjidil Haram yang dahulunya bersebelahan dengan makam Hambali, tetapi sekarang ini makam ini tiada lagi dan tidak jauh dari bangunan Kaabah di Makkah kira-kira tiga puluh lapan hasta letaknya daripada Kaabah Musyarrafah atau lebih tepat lagi bersetentang dengan Hajarul Aswad yang terletak di bahagian penjuru tenggara Kaabah. Telaga ini sangat dalam dan besar walaupun kelihatan kecil di permukaannya. Buktinya ialah airnya tidak pernah kering walaupun ramai dan setiap masa orang menggunakannya. Telaga ini berdindingkan simen dan berbumbungkan marmar yang bertatah indah dan berwarna-warni, tingginya 1.5 meter dan luasnya kira-kira tiga meter.

Air zamzam digunakan untuk minum dan wudhu dan boleh juga dijadikan sebagai penawar (jikalau diniatkan sedemikian) dan ia boleh mencerahkan pandangan jikalau dimasukkan ke dalam mata kerana airnya sangat hening dan bersih. Air zamzam dianggap air yang suci dan berkat. Penduduk di Makkah sentiasa berbuka puasa dengan air zamzam atau dengan buah kurma sebagai mengikut sunnah Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam. Hampir setiap orang yang menunaikan fardhu haji ke Makkah tidak lupa membawa pulang air zamzam, khususnya orang yang datang dari sebelah timur untuk diagihkan kepada kaum keluarga.

Dinamakan air itu sebagai zamzam kerana terlalu banyak air tersebut. Sebagaimana kita maklumi air itu sudah wujud pada zaman Nabi Isma‘il ‘alaihissalam sehinggalah sekarang. Betapa besarnya kekuasaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Sejarah Air Zamzam

Zamzam adalah sebuah perigi Nabi Isma‘il ‘alaihissalam. Menurut para ahli sejarah, kisah air zamzam itu bermula dari peristiwa yang dialami oleh Siti Hajar dan anaknya Isma‘il ‘alaihissalam. Mereka berdua ditinggalkan oleh suaminya Ibrahim ‘alaihissalam di suatu tempat yang sepi dan tandus. Di tempat itu tidak ada air untuk diminum, tidak ada makanan untuk dimakan dan tidak ada orang untuk meminta pertolongan. Setelah bekalan mereka habis, Isma‘il pun menangis kerana lapar dan dahaga. Melihat keadaan anaknya sedemikian, Siti Hajar pun pergi mencari air. Dia berjalan menuju ke Bukit Safa dan Marwah kira-kira lima ratus meter jarak antara kedua bukit tersebut, dengan harapan menemui kafilah pedagang yang membawa air. Setelah berulang-alik sebanyak tujuh kali antara dua bukit itu, namun Siti Hajar tidak menemui sesiapa pun.

Berkata Ibnu ‘Abbas: "Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Maka itulah sa‘ie manusia (orang haji dan umrah) antara keduanya (Safa dan Marwah)." Apabila Siti Hajar naik ke Bukit Marwah, dia terdengar suatu suara lalu dia berkata di dalam hati: "Sesungguhnya aku mendengarmu, jika engkau dapat memberi pertolongan, maka tolonglah kami." Tiba-tiba dia ternampak Malaikat di samping anaknya Isma‘il. Malaikat itu pun menggali tanah dengan tumit atau sayapnya sehingga terpancutlah air iaitu air zamzam.

Setelah beberapa tahun berlalu, Nabi Ibrahim ‘alaihissalam datang menemui mereka berdua. Pada waktu inilah, Baginda mendirikan rumah suci (Ka‘bah). Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: "Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah, yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayat bagi umat manusia. Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya, di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan siapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah Haji dengan mengujungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkar akan kewajipan ibadah haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk." (Surah Ali ‘Imran: 96-97)

Ketika Makkah didiami oleh kaum Jurhum (kabilah daripada Syam) dengan kemajuan dan kemewahan hidup mereka sehingga tidak mengendahkan kehormatan Ka‘abah tersebut. Menurut ahli sejarah, kaum Jurhum memakan harta Ka‘abah dan melakukan perkara dosa besar sehinggalah perigi zamzam itu kering kontang dan lama kelamaan ia tertimbus dan tidak diketahui lagi kedudukannya.

Setelah pemerintahan daerah itu dipegang oleh Abdul Muthallib (nenek Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam). Suatu ketika beliau telah bermimpi mendapat petunjuk untuk menggali perigi zamzam itu, lalu dia mengarahkan orang lain untuk menggali perigi tersebut sehinggalah kedudukan perigi itu ditemui.

Hukum Meminum Air Zamzam

Para Fuqaha bersepakat bahawa sunat bagi orang-orang yang mengerjakan ibadah Haji dan Umrah minum air zamzam, kerana Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam minum air zamzam tersebut.

Berdasarkan nas asy-Syafi‘eyah, bahawa air zamzam itu sunat diminum dalam apa keadaan sekalipun. Hukum sunat itu tidak hanya khusus selepas mengerjakan tawaf, bahkan ia sunat diminum bagi setiap orang walaupun bukan pada waktu mengerjakan ibadah haji atau umrah. Disebutkan dalam hadis Jabir bin ‘Abdullah katanya:

Maksudnya: "Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Air zamzam itu diminum untuk keperluan apa saja." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Dalam erti kata yang lain, jika ia meminumnya dengan maksud menghilangkan rasa haus, maka Allah akan menghilangkan rasa hausnya, jika ia meminumnya untuk menghilangkan rasa lapar, maka Allah akan mengenyangkannya, dan jika ia meminumnya untuk menyembuhkan penyakit, maka Allah akan menyembuhkan penyakitnya.

Kelebihan Air Zamzam

Banyak kelebihan yang terdapat pada air zamzam itu, sebagaimana disebutkan di dalam hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, antara kelebihan itu:

Ada keberkatan padanya, boleh mengenyangkan seperti makanan dan sebagai penawar penyakit. Disebutkan dalam hadis Abu Dzar Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda tentang air zamzam:

Maksudnya: "Sesungguhnya air zamzam itu penuh berkat, sesungguhnya ia makanan yang mengenyangkan." Dan Abu Daud Ath-Thayalisi menambah dalam musnadnya: "Dan penyembuh penyakit." (Hadis riwayat Muslim)

Perihal air zamzam menjadi penawar penyakit itu, banyak disebut mengenainya, antaranya:

Maksudnya: "Daripada Abu Jamrah Adh-Dhuba‘ie katanya: "Aku duduk bersama Ibnu ‘Abbas di Makkah, lalu aku terkena demam panas. Berkata Ibnu ‘Abbas: "Dinginkanlah panasmu itu dengan air zamzam, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Demam panas itu daripada bahang neraka jahannam, maka dinginkanlah ia dengan air, (atau sabda Baginda: "Dengan air zamzam" , si Hammam syak). (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Kisah seorang perempuan Maghribi yang disembuhkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada penyakit kanser dengan meminum air zamzam. Di mana doktor menyatakan, bahawa dia tidak ada harapan untuk hidup dalam masa tiga bulan. Perempuan itu pun pergi menunaikan umrah, beri‘tikaf di Masjidil Haram, minum air zamzam sepuas-puasnya dan menghabiskan masanya dengan bersembahyang, membaca al-Qur’an dan berdoa. Setelah beberapa hari bintik-bintik merah yang tumbuh di badannya sudah tiada lagi, lalu dia menemui doktor dengan menerima keputusan bahawa penyakitnya sudah sembuh.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dibersihkan dadanya dengan air zamzam bagi menguatkan Baginda melihat Malakut langit dan bumi, syurga dan neraka. Dengan ini, ada keistimewaan dalam air zamzam itu iaitu menguatkan hati dan menghilangkan ketakutan. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: "Dibukalah atap rumahku ketika aku berada di Makkah. Lalu turun Jibril membelah dadaku, kemudian dicucinya dengan air zamzam. Setelah itu dia (Jibril) membawa mangkuk besar dari emas yang penuh dengan hikmat dan keimanan, lalu ditumpahkannya ke dalam dadaku kemudian ditutupnya kembali dadaku. Setelah itu dia menarik tanganku lalu membawaku naik ke langit dunia (dimi‘irajkan)."

Adab Meminum Air Zamzam

Adab ketika minum air zamzam itu sebagaimana yang disebutkan oleh sebahagian Fuqaha adalah termasuk dalam hukum sunat, antaranya:

1. Menghadap kiblat.
2. Menyebut nama Allah Subhanahu wa Ta‘ala sebelum minum.
3. Bernafas sebanyak tiga kali ketika minum dan ketika bernafas itu hendaklah di luar bekas atau gelas itu (yakni tidak minum dengan sekali teguk sehingga habis, bahkan minum dengan berhenti sebanyak tiga kali).
4. Minum sehingga kenyang, kerana orang munafiq tidak meminumnya sehingga kenyang.
5. Mengucapkan syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala setelah selesai minum. Sebagaimana disebutkan oleh Ibnu Majah:

Maksudnya: "Daripada Muhammad bin ‘Abdurrahman bin Abu Bakr katanya: "Ketika aku duduk di sisi Ibnu ‘Abbas datang seorang lelaki kepadanya, lalu berkata Ibnu ‘Abbas: "Dari mana engkau datang?"

Lelaki itu berkata: "Dari perigi zamzam."
Ibnu ‘Abbas berkata: "Apakah engkau minum dari perigi itu sebagaimana yang sepatutnya."
Lelaki itu berkata: "Bagaimana?"

Ibnu ‘Abbas berkata: "Apabila engkau minum air zamzam, maka menghadaplah ke kiblat, sebut nama Allah dan bernafaslah tiga kali (waktu minum). Minumlah air zamzam sehingga kenyang dan jika sudah selesai maka pujilah Allah ‘azza wajalla. Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya tanda yang membezakan antara kita dengan orang-orang munafiq, sesungguhnya mereka tidak minum air zamzam itu sehingga kenyang." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Antara adabnya lagi:


6. Setiap kali mengambil nafas ketika minum air zamzam, melihat ke arah Kaabah.
7. Sunat masuk ke tempat perigi zamzam dan melihatnya. Kemudian menggunakan timba yang ada di sana lalu meminumnya serta memercikkan air zamzam itu ke kepala, muka dan dada.
8. Memperbanyakkan doa ketika minum dan mengharapkan kebaikan di dunia dan akhirat.

Sunat dibaca seperti di bawah ini:

Ertinya: "Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya telah sampai kepadaku NabiMu Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Air zamzam itu diminum untuk keperluan apa saja." Dan aku meminumnya supaya…………."

Sesudah membaca seperti di atas, berdoalah lagi untuk memohon kebaikan di dunia dan akhirat, kemudian membaca bismillah, lalu minum dan mengambil nafas sebanyak tiga kali. ‘Abdullah bin ‘Abbas Radhiallallahu ‘anhuma berdoa ketika minum air zamzam:
Ertinya: "Ya Allah Ya Tuhanku, aku mohon padaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan sembuh daripada segala penyakit."

Untuk memohon keampunan atau kesembuhan daripada penyakit, bacalah doa seperti di bawah:

Ertinya: "Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya telah sampai kepadaku bahawa RasulMu Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Air zamzam itu diminum untuk keperluan apa saja." Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku meminumnya supaya Engkau ampuni dosaku, Ya Allah ampunilah aku. Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku meminumnya supaya Engkau sembuhkan sakitku, Ya Allah sembuhkanlah aku."

Selain berdoa untuk kepentingan diri sendiri bagi memohon kebaikan di dunia dan akhirat, memohon juga untuk orang lain seperti anak atau sanak saudara misalnya, akan tercapai permohonan itu juga jika dia meminum air zamzam tersebut dengan niat yang betul.

Memindahkan Air Zamzam

Memindahkan air zamzam daripada Makkah atau tanah haram kepada tanah halal atau keluar daripada Makkah adalah harus. Daripada ‘Urwah bin Az-Zubair katanya:

Maksudnya: "Sesungguhnya ‘Aisyah membawa air zamzam dan dikhabarkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan yang demikian itu." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

Penggunaan Air Zamzam Selain Untuk Diminum

Beristinja’ (bersuci daripada dua jalan qubul dan dubur), menurut Al-Khatib dan Ibnu Hajar, makruh beristinja’ dengan menggunakan air zamzam. Sementara pendapat Syaikhuna adalah khilaful Awla (bertentangan dengan yang lebih utama). Kerana air zamzam itu mempunyai kehormatan. Menurut Al-Bulqini, air zamzam itu lebih afdhal daripada air Kawtsar.

Termasuklah dalam hukum makruh dan khilaful awla di atas, air yang keluar daripada jari-jari Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, air Kawtsar dan air yang dirampas.

Dikatakan juga, sesiapa beristinja’ dengan air zamzam, nescaya dia akan mewarisi penyakit bawasir. Jika dia beristinja’ juga dengan air zamzam tersebut, maka dengan air itu dia suci (dia dapat membersihkan najisnya).

Harus menggunakan air zamzam itu untuk mandi dan berwudhu. Adapun menggunakan air zamzam bagi memandikan mayat hendaklah dielakkan.

Berjual Beli Dengan Air Zamzam

Setakat ini kita belum jumpa keterangan khusus mengenai hukum jual beli air zamzam itu. Bagaimanapun berdasarkan kaedah:

Ertinya: "Asal suatu perkara itu adalah harus, sehingga ada dalil syara‘ yang mengharamkannya."

Maka berdasarkan kaedah ini, harus air zamzam itu diperdagangkan atau dijual dan dibeli.

Demikianlah beberapa penjelasan mengenai air zamzam dan kelebihannya, rahsia serta manfaat yang boleh kita perolehi. Di samping itu juga, ia adalah sebagai tanda kebesaran Allah di mana air zamzam itu masih dapat kita nikmati dan tidak kering sehingga zaman ini.

Sumber: Ibnu muslim

Rabu, 17 Februari 2010

ISU PEMBUANGAN BAYI

Mengejutkan, sedih serta bingung apabila melihat kekejaman kes pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi di negara ketika ini. Manusia seolah-olah sudah tidak punya perasaan belas kasihan apabila bayi yang masih kecil, dibunuh dan dibuang sesuka hati. Apakah dosa bayi itu sehingga mereka diperlakukan sebegitu? Sungguh, manusia yang sanggup memperlakukan sebegitu, bukan lagi manusia, tetapi lebih teruk daripada haiwan.

Minggu lepas sahaja, beberapa kes pembunuhan dan pembuangan bayi berlaku. Kes pertama berlaku di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Mayat seorang bayi perempuan ditemui tertanam. Kes kedua pula berlaku di Alor Setar, Kedah. Seorang bayi perempuan telah ditemui masih hidup. Kes ketiga pula berlaku di Masjid Jamek Permatang Duyong, Melaka. Mayat seorang bayi perempuan ditemui dipenuhi semut di pintu pagar masjid. Dan yang terakhir berlaku di Kuala Krai. Mayat seorang bayi lelaki ditemui terbakar dalam tong.

Tabiat buruk membuang bayi ini adalah membimbangkan. Tabiat ini boleh menyebabkan pertambahan masalah sosial di kalangan masyarakat. Selain itu, ia boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan. Ia juga boleh memberi impak negatif dari segi psikologi terhadap mereka yang terlibat dengan tabiat ini.

Sekiranya tabiat buruk ini terus berleluasa, tidak hairan suatu hari nanti kita boleh menemui mayat-mayat bayi yang dibuang seperti sampah dimerata-rata tempat. Perkara ini akan menjadi semakin serius sekiranya tidak dibendung.

Peningkatan kes pembuangan bayi menunjukkan ramai anggota masyarakat kini mengalami tekanan hidup dan mereka tidak tahu menanganinya dengan bijak. Ini menyebabkan mereka mengambil jalan mudah dengan membuang bayi yang tidak berdosa.

Mereka yang melakukan perbuatan sebegini adalah mereka yang terlibat dengan pergaulan bebas sehingga melahirkan anak luar nikah. Mereka ini terdesak dan hilang pertimbangan kerana merasa malu dengan apa yang telah mereka lakukan. Oleh itu, mereka mengambil jalan mudah dengan membuang bayi setelah melahirkannya. Mereka sudah tidak memikirkan haram halal sesuatu perbuatan itu. Mereka ini tidak ada panduan dalam soal agama sehingga tergamak membuang amanah Allah atau membiarkan bayi itu mati. Apa yang mereka tahu, mereka dapat menutupi kesalahan yang telah mereka lakukan. Sebenarnya mereka silap. Tindakan yang mereka ambil ini sebenarnya hanya menambahkan lagi masalah mereka. Tindakan sebegini akan menyebabkan seluruh rakyat di negara ini dapat menghidu perbuatan yang telah mereka lakukan. Ini akan membuatkan mereka lebih tertekan.

Selain itu, institusi keluarga yang semakin lemah akibat kesibukan mengejar kejayaan juga mendorong pertambahan kes pembuangan bayi ini. Remaja-remaja yang bermasalah tidak mempunyai tempat untuk mengadu. Mereka tidak dapat mencari penyelesaian di atas segala masalah yang mereka hadapi. Sekiranya institusi keluarga memainkan peranan penting dalam mendidik dan membimbing keluarga masing-masing, perkara sebegini dapat dielakkan.

Stigma masyarakat yang memandang serong ibu yang membesarkan bayi tanpa ikatan perkahwinan juga mendorong pembuangan bayi. Masyarakat seharusnya membantu dan membimbing mereka yang terlibat dengan perbuatan ini agar mereka kembali ke jalan yang benar dan tidak mengulanginya lagi. Mereka tidak seharusnya dihukum, sebaliknya mereka perlu diberi kaunseling dan bimbingan. Mungkin mereka telah tersalah langkah sehingga melahirkan anak luar nikah, tetapi ini bukan bermakna mereka harus disisih dan dipandang serong. Mungkin benar ada pendapat mengatakan sekiranya, perbuatan sebegitu masih diberikan layanan dengan baik, tidak mustahil ramai lagi yang akan terlibat dengan perzinaan dan melahirkan anak luar nikah. Tetapi kita harus ingat, sekiranya kita membantu mereka, masalah pembuangan bayi ini dapat dikurangkan. Dengan ini kita dapat menyelesaikan satu masalah.

Tanggungjawab bagi membendung gejala pembuangan bayi ini tidak hanya terletak dibahu kerajaan. Seluruh masyarakat harus berganding bahu untuk sama-sama berusaha mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah ini. Isu ini bukan kesalahan ibu semata-mata, tetapi semua pihak harus turut merasa bersalah. Apabila pendekatan sebegini dapat dipraktikkan, masyarakat akan lebih bersikap terbuka dan bertanggungjawab dalam mengatasi masalah sebegini. Masyarakat akan lebih prihatin dan berusaha bagi mencegah kejadian seperti ini berulang.

Masyarakat perlu mengambil pengajaran daripada kes-kes yang berlaku dengan meningkatkan pengawasan ke atas anak remaja. Anak remaja tidak boleh dibiarkan lepas bebas untuk bergaul tanpa pengawasan. Ibu bapa harus sentiasa mengambil berat mengenai pergaulan anak remaja mereka. Elakkan anak remaja mereka dari bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan. Pergaulan bebas ini sebenarnya yang mendorong berlakunya pembuangan bayi. Kerana mahu menutupi malu setelah mereka melakukan hubungan diluar perkahwinan, mereka mengambil jalan pintas dengan membuang bayi yang dilahirkan.

Ibu bapa juga harus memberikan didikan agama yang terbaik dan menggunakan pendekatan psikologi yang berkesan dalam mendidik anak-anak.

Anak-anak adalah harta yang paling berharga. Mereka adalah amanah yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita. Oleh itu, kita harus menjaga dan mendidik anak-anak dengan sebaiknya. Membuang bayi adalah satu dosa yang besar kerana kita telah mengkhianati amanah yang telah diberikan kepada kita. Sekiranya kita malu untuk membesarkan bayi yang kita kandung diluar nikah, banyak lagi cara lain yang boleh kita gunakan untuk menutupi rasa malu itu. Ingatlah, masih ramai lagi orang diluar sana yang bersusah payah berusaha untuk mendapatkan anak, tetapi kita dengan mudah membuangnya. Mudah-mudahan kita dijauhkan dari perbuatan keji ini. Nauzubillah.

Dari:RP

Selasa, 16 Februari 2010

MAKNA dan PERANAN AQIDAH dalam ISLAM


Aqidah secara etimologi dari asal kata ’aqada – ya’qidu yang bermakna mengikat sesuatu, jika seseorang mengatakan (aku ber’itiqad begini) artinya saya mengikat hati dan dhamir terhadap hal tersebut. Dengan demikian kata aqidah secara terminologi bermakna : sesuatu yang diyakini sesorang, diimaninya dan dibenarkan dengan hatinya baik hak ataupun batil.

Sedangkan makna aqidah ditinjau dari pengertian syariat Islam adalah beriman kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab dan rasul-rasul-Nya beriman kepada hari akhir dan taqdir (ketentuan) Allah yang baik maupun buruk.

Allah berfirman yang artinya:
”Wahai orang-orang yang beriman, berimanlah kamu kepada Allah, Rasul-Nya dan kitab yang diturunkan kepda Rasul-Nya dan kitab yang diturunkan sebelum itu, dan barangsiapa yang kufur kepada Allah, dan malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari akhir benar-benar ia telah sesat dengan kesetan yang jauh.” (QS. An-Nisa’ 136)

Adapun mengenai takdir, Allah berfirman yang artinya:
”Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ketentuan” (QS. Al-Qamar: 49)
“Yang kepunyaan-Nya-lah kerajaan langit dan bumi, dan Dia tidak mempunyai anak, dan tidak ada sekutu bagi-Nya dalam kekuasaan (Nya), dan Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya.” (QS. Al-Furqon: 2)

Apa yang disebutkan diatas dari pengertian aqidah secara syar’i merupakan pokok-pokok aqidah Islam yang dinamakan dengan Arkanul Iman (rukun-rukun iman) atau Al-Ushulusittah (dasar-dasar keimanan yang enam). Dari keenam pokok keimanan inilah akan bercabang semua masalah aqidah lainnya yang wajib diimani oleh setiap muslim baik berkaitan dengan hak-hak Allah, urusan akhirat maupun masalah-masalah ghaib lainnya.

Kedudukan dan Peran Aqidah dalam Islam

Aqidah merupakan misi pertama yang dibawa para rasul Allah.

Allah berfirman yang artinya:
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu” (QS. An-Nahl: 36)

Manusia diciptakan dengan tujuan beribadah kepada Allah.

Allah berfirman yang artinya:
”Dan tidaklah aku menciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembah-Ku”. (QS. Adz-Dzariyat: 56)

Dan bahwasanya amal ibadah seseorang tidak diterima kecuali jika bersumber dari aqidah yang benar.

Allah berfirman yang artinya:
“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir lalu mengerjakan amal kebajikan maka bagi mereka pahala di sisi Tuhan mereka.” (QS. Al-Baqarah: 62)

”Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan (pada nabi) sebelum kamu jika kamu berbuat ke syirikan niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi” (QS. Az-Zumar: 65)

Dan Rasulullah Shollallohu ‘alaihi wasallam bersabda yang artinya:
”Barangsiapa mengada-ngada dalam urusan agama ini sesuatu yang baru yang bukan darinya maka hal itu tertolak.” (HR. Bukhari)

Aqidah yang benar dibebankan kepada setiap mukallaf.

Nabi Shollallohu ‘alaihi wasallam bersabda yang artinya :
”Aku diperintahkan untuk memerangi manusia hingga mereka bersaksi bahwasanya tiada sesembahan yang sebenarnya selain Allah dan bahwasanya Muhammad adalah rasul utusan Allah.” (Muttafaq ‘alaih)

Berpengang kepada aqidah yang benar merupakan kewajiban manusia seumur hidup.

Allah berfirman yang artinya:
”Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan Tuhan kami ialah Allah kemudian merkea beristiqomah (teguh dalam pendirian mereka) maka para malaikat akan turun kepada mereka (seraya berkata) : “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang dijanjikan Allah kepadamu.”(QS. Fushilat: 30)

Dan Nabi Shollallohu ‘alaihi wasallam bersabda yang artinya:
”katakanlah: Aku beriman kepada Allah kemudian beristiqomah-lah (berlaku lurus-lah) kamu.” (HR. Muslim dan lainnya)

Aqidah merupakan akhir kewajiban seseorang sebelum meninggalkan dunia yang fana ini.

Nabi Shollallohu ‘alaihi wasallam bersabda yang artinya:
“Barangsiapa yang akhir ucapannya “Tiada sesembahan yang berhak disembah selain Allah niscaya dia akan masuk surga”. (HSR. Al-Hakim dan lainnya)

Aqidah yang benar telah mampu menciptakan generasi terbaik dalam sejarah umat manusia, yaitu generasi sahabat dan dua generasi sesusah mereka.

Allah berfirman yang artinya:
”Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah.” (QS. Ali-Imran: 110)

Dan Rasulullah Shollallohu ‘alaihi wasallam bersabda yang artinya:
”Sebaik-baiknya manusia adalah generasiku (yaitu para sahabat) kemudian yang berikutnya (yaitu generasi tabi’in) kemudian berikutnya (yaitu generasi tabi’ut-tabi’in).” (HR. Bukhari, Muslim dan lainnya).

Kebutuhan manusia akan aqidah yang benar melebihi segala kebutuhan lainnya karena ia merupakan sumber kehidupan, ketenangan dan kenikmatan hati seseorang. Dan semakin sempurna pengenalan serta pengetahuan seorang hamba terhadap Allah semakin sempurna pula dalam mengagungkan Allah dan mengikuti syari’at-Nya.

Nabi Shollallohu ‘alaihi wasallam bersabda yang artinya:
”Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah dan paling mengetahui-Nya diantara kamu sekalian adalah aku.” (HR. Bukhari)

Sumber Aqidah Islam

Aqidah adalah sesuatu yang harus berdasarkan wahyu, oleh sebab itu sumber aqidah Islam adalah Al-Qur’an Al-karim dan sunnah Nabi saw yang shahih sesuai dengan apa yang difahami oleh para sahabat Nabi saw, karena mereka telah diridhai oleh Allah ta’ala.

Allah berfirman yang artinya:
“Adapun jika datang kepada kamu sekalian petunjuk dari-Ku, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka.” (QS. Thaha: 132)

Dalam menafsirkan ayat tersebut diatas Abdullah bin Abbas ra berkata yang artinya:
”Allah menjamin siapa saja yang membaca Al-Qur’an dan mengamalkan kandungannya bahwa dia tidak akan sesat di dunia dan tidak akan celaka di akhirat kelak” (Dikeluarkan oleh ibnu Abi Syaihah, Al-Hakim dan dishahihkannya)

Allah berfirman tentang ucapan-ucapan Rasulullah Shollallohu ‘alaihi wasallam yang artinya :
”Dan tidaklah dia (Muhammad) berkata menurut kemauan hawa nafsunya. Perkataannya itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.” (QS. An-Najm: 3-4)

Allah berfirman yang artinya:
”Dialah yang mengutus kepada kaum yang ummi seorang rasul yang diantara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka kita (Al-Qur’an) dan hikmah (As-Sunnah) dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata.” (QS. Al-Jumu’ah: 2)

Adapun pengukuhan Allah akan kebenaran para sahabat nabi saw di dalam aqidah, ibadah dan akhlaq/muamalah mereka serta orang-orang yang mengikuti jejak mereka dalam banyak ayat-ayat Al-Qur’an, diantaranya artinya:
”Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam diantara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya. Mereke kekal didalamnya selama-lamanya itulah kemenangan yang besar.” (QS. At-Taubah: 100)

Dan ketika Rasulullah Shollallohu ‘alaihi wasallam ditanya tentang kelompok yang selamat beliau menjawab:
”Mereka adalah orang-orang yang berada di atas sesuatu seperti yang aku dan para sahabatku berada di atasnya pada hari ini”. (HR. Ahmad)

Kesimpulan:

Dari uraian diatas berserta dalil-dalilnya yang bersumber dari Al-Qur’an dan sunnah Rasulullah Shollallohu ‘alaihi wasallam, kita mengetahui betapa pentingnya Aqidah yang benar dalam membentuk manusia baik secara individu maupun sebagai komunitas.

Wallahualam

Dr:UZ

Ahad, 14 Februari 2010

APABILA KITA BERTANYA KENAPA????

n
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

AL-QURAN MENJAWAB : “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3).

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
AL-QURAN MENJAWAB: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” ( Surah Al-Baqarah, ayat 216).

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
AL-QURAN MENJAWAB : “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah, ayat 286).
KITA BERTANYA : KENAPA RASA TERTEKAN (FRUST)?

AL-QURAN MENJAWAB : “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Al-Imran, ayat 139).

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
AL-QURAN MENJAWAB : “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” ( Surah Al-Baqarah, ayat 45).
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

AL-QURAN MENJAWAB : “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… ? (Surah At-Taubah, ayat 111).
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
AL-QURAN MENJAWAB : “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah At-Taubah, ayat 129).

KITA BERKATA : AKU TIDAK DAPAT TAHAN!!!

AL-QURAN MENJAWAB : “… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 12).

Dari: IBNU

p/s: ana br smpai dr perjalanan 12jam dr rawang slangor...alhamdulillah slamat smpai...kepenatan mengalahkan ana yg driver..namun kerana ana terlalu indukan dan sygkan teratak an-nisaa ni....ana onn jugak laptop ni...dlm kpla ana ..knapa aku terlalu indukan dan sygkan blog ni???krna ini antra pusat pengumpulan ilmu ana dan bukan tuk ana seorng shja ttpi untuk semua yg memerlukannya...nur mawaddah mahdiyah...cahaya cinta kasih yang memperoleh hidayah...di dalam ini terdapat khazanah tersembunyi yg amat bguna bkan hnya tuk ana..ok time too sleep skng dah kul 3 td smpai kul 2..mta ana dah trkebil2 kpnatan...hanya ini dpt ana sjikan kpda pra tetamu yg ana kasihi semua...carilah titik hijau pda stiap kli kta ingin memulakan hari kita..apa itu ttik hijau???nantikan ...ana tdo dlu..huhu...trsa bhgia bila smpai kpg tgk mak ayah tersenyum meleret tgk anak2nya pulang .ni br 3 anak2nya blik.klo 7 lg blik n kmpul..cmner tah.....alhamdulillah dpt cium mak ayah yg drindui..trsa hilang sgla kekusutan mslah blaja ....wallahualam...


Sabtu, 13 Februari 2010

BUKAN MACAM-MACAM AZNIL


Assalamualaikum wbt..

sebarnya post kali ni xde kaitan dgn macam-macam Aznil ...hnya perkongsian perjalanan ana sbgai perantau..

Khmis 11/2:Brtolak dri JB-Shah Alam...perjalanan yg bgtu memberi pngajran pd ana..Ya Allah ampunkanlah dosa hambaMU yg hina ini...kalo bleyy akan ana elakkn bli tket bas yang bukan2 slps ini selain dari TRAN...slma perjalanan ana..tran adalah the best perhidmatan...walaupun ada ms sstengh condtion bas adalh tak elok sgt..krna apa..??krna ana ska skap pemandunya..yg mngutamakan solat..ada tuu siap...kjut..bgn2 solat subuh jgn tak solat...brmalam di umah abg ana di usj dan bsma Muhammad Aqil..anak buah yg nmanya ana yg berikan..:P

Jumaat 12/2: Seharian di UITM shah alam..bsma kak Fadilah..insan yg mnolong ana dlm projek akhir ana..msk uitm shah alam...bgtu busy n jem kt dlm tuu,,bgnan bgtu pdt...ana sdkt pusing kpla krna ana tdak ska akan kesesakan pda sesuatu tmpat..ana sukakan kehijauan dan ketenangan....*kredit pd kak fadilah..syukran jazilan atas sgla ilmu yg akak crahkan..baru sya tahu apa itu modelling for water....len kali bleyy bnja sy mkn lg..hehe..***pengajaran die cpat2 laa kn ciapkan projek air..semua bnda yang ana yak faham kak fadilah dah ckp dan ciap bg reference lg....terharu jgk insan yg br knal xsmpai sblan bgtu ikhlas tlng ana ...

Malam tuuu ana bsma adik ana Firdaus yg sedia mnemani akaknya dan jd bosyguard akaknya ni dr pg snggah Maidin USJ..spa kta dunia ni kecik..?dunia tak kcik mnusia yg kecik...tanpa sngka ana jumpa rumate ana yg dah hmpr 4thn tak ketemu....thg jln2 ttba ada insan pggl...Mekkkkkk...sapa tuu???nma gelaran ana msa matrik dlu...huhu..tkjut jgk dpt jumpaa...xpercya..kami btkar2 no tpon krna kata ayahnya sng nati anak nak kwin jemput pakcik....pndai ayahnya mngusik ana....kawin pkcik???InsyaALLAH..jdoh pertemuan Allah yg menentukan kita hnya merancang.,.kwn ana ckp die xpercya dpt jmpa sbb tak prcya yg die tgk adlah ana..ktnya ana dah byk brubah dan ska tgk ,,ktnya cntik brpakaian mcm ana...bg ana pujian tuu tdk perlu, krna apa ana buat krna tlah tmaktud di dlm al- Quran dan hadis cra2 bpkaian sbnar..jwpan ana pdnya.."Syaaa semua org akan cntik, sopan dan mntp aurat jka bpkaian dgn btoll..Syaa pun cantik klo pkai cmni"...huhu...

Tgh malam akak ana, kakta 1 family dr kpg datang brcuti jln2 dkt KL..dtgnya dtemani shabat baik abg ipar ana bsma fmlynya....ana dpt jmpa manusia yg slalu abg ipar ana crta ms ana kcil2 dlu...mngenai kwnnya MR X dan istrinya kak putri brsma anak2 mreka...sikap keserdahanaan ana dpt tgk dlm famly MR X yg btugas sbgai seorang doctor di HUKM..walaupun ana dfhamkan MR X dr kluarga yg trnama...soalan yg buat ana nak trgelak dr kak putri..."ini adik kakta jugak ker??tgh buat apa skrng??stlah dbrthu. kak putri dan Mr X tak prcya akan umur ana yg tak spdan dgn tuannya"...nak tergelak golek2 aser...adeyhhh mcm dak skloh ker ana ni??bleyy dcakapnya umur mcm ana ni klo kwin anak dah rmai..adeyyhhh tua sgt ker ana skng???ngehngeh..:P ***kak seri mcmner ni kak??hehe org ckp umr mcm kta dah kn kwin.huhu
sabtu 13/2: perjalanan bsma adik ana menaiki kemuter ke rawang...ana xbiasa + xreti nk naik bas di pusat bndar dan naik komuter, LRT atau seangkatan dgnnya...huhu...nsb laaa adik ana biasa...bg ana kpadatan populasi pendudk migrasi dr ngra luar sprti mcm indon dan sengangkatan bgtu tngi smpaikan ana rsa ana brda di ngra mreka...ana rsa kalo di KLCC hari ni akan pnuh dgn kelompok mereka...INSYALLAH ptg ni ana btlak balik ke kpg..bajet blik esk..tp mak pksa kami blik harni jgk..nak tak endak..mak cakap kn laa kami btlak blik harni..lgpan ana dah indu nak jmpa mak ayah dan anak2 buah...dan pling xsbar nak mkn sayur keladi msk ayam +ikan kukus goreng+budu,,,,nyamnyam...JUM blik kpg.....hati2 dijalan rya..jdlah pmandu brhemah...doakan ana slmat smpai rumah...Wallahualam...

****hnya mnungu insan yg bgtu ana nk temui..mga Allah makbulkan doa ana untuk mnemuinya dan skligus mnjadikan impian dan prncangan brsma jd kenyataan yg realiti btol2 jadi..Setia menanti....InsyaALLAH...****