Jumaat, 16 Julai 2010

khamis malam jumaat

Berlatarkan surah yasin.. terasa malam aku pada kali ini..agak retro..
pergaduhan di langit..tak menggugah kan iman aku untuk terus menaip di blog ini..
barangkali sebentar lagi..damai..
aku mula menaip..
jemari laju menyusun abjad yang terpancul di skrin laptop..

Didepan ku terbaring sekujur tubuh kaku yang amat kukenali dan juga adalah idola hidup ku…”Ibnu”
Otak ku berligar mencanak ape yg nak dicoretkan. Kubuka helaian demi helaian diari abg ku ini. Tertarik
dgn satu penulisan yg cukup baik dan sempurna. Lalu ku mula mengarang mengikut apa yg tertulis didalam diari tu. Aku bingung memikir tajuk yg sesuai dgn ape yg dicoretkan. Apa ye, mungkin ini sesuai.

Muhasabah dan Istiqomah

Hampir setahun lalu, aku duduk berhampiran tingkap, memandang ke luar. Aku melihat burung-burung yang berterbangan dan awan yang biru di kaki langit. Tiba-tiba hatiku berdetik, kalau suatu hari nanti jika aku ditimpa masalah macam mana ye? Adakah kawan-kawanku akan bersama denganku? Atau mereka akan menjauhkan diri?


Hampir sejam aku memikirkan jawapannya. Dan dengan itu, hatiku berdetik, apabila aku dilanda masalah, kawan-kawanku mungkin lari, tetapi Allah sentiasa bersamaku. Dia sentiasa bersama hamba-hambanya.


"..cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung, maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) daripada Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar."
(Ali -Imran:173-174)

Ada riwayat mengatakan Rasulullah s.a.w. ada menyifatkan bahawa sakit mati itu seperti ditetak 300 bilah pedang. Macam mana tu? Aku tak tau. Sebab tak pernah rase lagi. Kalau sape yang pernah rase, bley la kongsi-kan pengalaman anda di sini.


Rasulullah s.a.w. sendiri mengalami demam panas dua minggu menjelang detik kewafatan baginda. Pada saat-saat akhir itu, rasulullah memasukkan tangan ke dalam bejana lalu dianbil air dan disapukan ke mukanya serta dilurutkan sampai ke rambutnya lalu berdoa: " Ya Allah, bantulah aku dalam menghadapi ujian kematian ini, lunakkanlah aku di atas kematian ini wahai Tuhan. "


Doa rasulullah itu didengari oleh anaknya Fatimah. Fatimah menangis lalu berkata, " Wahai ayahanda-ku Rasulullah, masakan ayahanda seorang rasul merasakan kesakitan mati. " Nabi memegang tangan Fatimah lalu bersabda: " Wahai Fatimah, ini sahaja kesakitan buat ayah, selepas ini ayah tidak akan merasakan kesakitan lagi... "


Kesakitan mati itu berlainan bagi setiap orang. Kematian orang yang taat lain rasa-nya. Kematian orang yang derhaka juga lain rasa-nya. Rasulullah s.a.w. berkata kepada Barra' bin Azib yang bermaksud, " Wahai Barra', orang yang baik itu, waktu malaikat maut mencabut nyawa-nya, malaikat akan mencabut-nya dengan lunak sekali seperti air yang jatuh dari atas mengalir ke bawah. "


Walaubagaimanapun, sakit-nya mati itu tetap terasa. Proses mencabut nyawa bermula apabila malaikat maut beada di bahagian kepala dan akan mencabut nyawa dari bahagian ubun-ubun, di-rentap lalu bergegar tubuh. Pada waktu itu dari bahagian tumit ke bawah sudah tidak bernyawa lagi. Kemudian di-tarik lagi dan ketika itu bahagian lutut ke bawah pula sudah tidak bernyawa. Dan begitulah seterus-nya. sampai nyawa di kerongkong dan ketika itulah pintu taubat ditutup (mengikut sesetengah pandangan ulama).


Nabi Muhammad s.a.w. membayangkan malaikat mencabut nyawa orang yang derhaka umpama satu guni yang penuh dengan gandum dan diletakkan satu cangkuk yang besar lalu direntap cangkuk itu sampai ke bawah lalu terburailah isi-nya. Sungguh kasar dan keras kerja malaikat maut terhadap orang yang menderhakai Allah.

Malaikat maut akan datang dengan wajah yang berbeza. Jika orang soleh, malaikat datang dengan wajah yang lembut dan indah. Dengan bau yang harum. Ketika itu orang yang hampir mati itu akan mendapat ketenangan untuk melafazkan kalimah syahadah.


Namun, bagi orang fasik, malaikat maut akan datang dengan wajah yang mengerikan. Keadaan ini akan menambah derita selain derita sakatul maut yang sedia dihadapi. Waktu itu bila ditalkinkan menyebut -LA-ILAHA-ILLALLAH- dia sibuk dengan kesakitan dan kengeriannya hingga tidak sempat memberi respons.


Mendengar pujian atau kutukan malaikat
Orang yang hendak mati akan dapat mendengar pujian atau kutukan daripada malaikat di-sisi-nya. Selama ini malaikat yang duduk di sebelah kiri dan kanan itulah yang mencatat amalan baik dan jahat. Jika amalan yang dilakukan seseorang itu baik, dia akan dipuji dengan kata-kata yang sangat menghiburkan menjelang kematian-nya.


Sebalik-nya, jika amalan-nya buruk, orang yang fasik itu akan dikutuk dengan kata-kata yang menyakitkan. bayangkan, betapa seksanya menghadapi kematian yang sangat sakit, malah ditambah pula dengan kutukan daripada malaikat.


Firman Allah: " Akan di-angkat hijab yang menutup dan kamu akan melihat dengan pandangan yang tajam. " (Surah Qaf, 50:22)


Imam Ghazali telah memuatkan satu hadis berhubung ayat di atas dalam IHYA ULUMUDDIN: " Setiap seseorang daripada kamu tidak akan meninggal dunia, sebelum dia tahu ke manakah yang bakal diduduki-nya di syurga atau di neraka! "


Godaan syaitan mempunyai tahap-tahap tertentu. Lebih kuat iman seseorang, lebih hebat dan tinggi pangkat syaitan yang datang menggoda. Waktu ini syaitan tidak lagi datang untuk menyuruh melakukan maksiat tetapi untuk menukar akidah seseorang itu. Syaitan datang dengan membawa gambaran harta, tanah, rumah, dan lain-lain lagi milik kita yang amat disayangi. Hingga dengan itu menyebabkan kita berat sungguh rasanya untuk berpisah. Juga digambarkan orang yang paling dicintai dan orang yang paling dibenci untuk menambahkan lagi derita diwaktu itu.

Orang yang hampir mati itu berasa sangat dahaga. Syaitan akan memanipulasi keadaan itu dengan menyamar sebagai sesiapa sahaja yang kita sayangi. Syaitan datang dengan membawa air tetapi jika ingin meminumnya, kita akan dipujuk untuk menukar akidah terlebih dahulu.


Ibnu Arabi, seorang ulama tasawuf dan ahli tafsir, waktu sedang sakaratul maut, orang yang datang menziarahinya semua-nya bertaraf ulama. Bila anaknya mentalkinkan -LA-ILAHA-ILLALLAH- beliau sebaliknya menjawab, " Tidak!!! Tidak!!! Tidak!!! " Kejadian itu sangatlah mengejutkan. Setelah agak lega sedikit, dia meminta air, lalu dihulurkan oleh anaknya. Anaknya bertanya, " Mengapa bapa menafikan kalimah syahadah? " Imam besar itu menjawab, " Oh, tidak anakku, aku tidak mendengarnya melainkan suara syaitan yang mengajak aku megikut agama Nasrani dan Yahudi! "


Begitulah 6 kegoncangan kematian yang akan menentukan satu antara dua jenis kematian, mati dalam husnul khatimah (kematian yang baik), atau mati dalam suul khatimah (kematian yang buruk).


Semoga anda, anda, anda, dan anda semua mendapat apa yang cuba daku sampaikan di sini. Sekadar satu peringatan untuk kita semua Maaf aku bkn penulis yg hebat dan rasanya terlalu byk cacat cela berbanding penulis sebelum ini. Apa yg penting isi kandungannya.

1 comments:

Nur Mawaddah Mahdiyah berkata...

ermm ..Subhanallah