Rabu, 25 Ogos 2010

AKTIFKAN DIRIMU DENGAN DOA

Ringkasan dari SOLUSI ISU 22..

Satu hari…ana dipersoal oleh salah seorang anak buah, Chik Ana kenapa kena baca doa makan?kena baca doa tdo?semua ada doa?Terkedu ana akan soalan yg tdak dijangkakan ditanya oleh insan kecil ini…dlm fikiran ana , apa jawapan yg terbaik agar anak kecil ini memahami ape itu doa dan peranan doa……
Apa itu DOA? Kenapa kita perlu berdoa???? Berdoa bukanlah untuk kita memberitahu Allah SWT apa yg kita pinta, kerana tanpa diberitahu pun Allah SWT sedia mengetahui….Allah SWT Maha mengetahui segala sesuatu samada yang kita zahirkan atau yang kita smbunyikan….Allah SWT dlm surah Ali- Imran ayat 29  telah berfirman:
Katakanlah: "Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah mengetahui." Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Namun dengan berdoa sebenarnya adalah satu tugas pengabdian. Dengan berdoa kita mengakui kelemahan, kemiskinan, kehinaan, kejahilan dan lain2 sifat kehambaan kita disisi-NYA. Doa adalah untuk membuktikan sifat kehambaan kita di hadapan Allah SWT lebih daripada segala-galanya dlm hidup ini. Dan sebagai hamba kita wajib memuliakan Allah SWT setiap masa. Ini adalah hakikat doa..
Dan Allah berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina". (Surah Al-Mu’min ayat 60)
Jika orang tdak berdoa, boleh dkira sbagai sombong terhadap Allah SWT kerana secara lansung mnunjukkan tdak mengakui sifat2 kehambaannya yg rendah, miskin, hina dan jahil..Hal ini krana mersakan dri pandai, gagah, mulia dan tdk memerlukan Allah SWT lagi dalam kehdpan ini.

Mengapa doa itu PENTING????
1. Mengekalkan hubungan dgn Allah SWT setiap masa
Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat Kami kepadamu) Kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan menyucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al-Hikmah (As Sunah), serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui. Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku. (Surah Al-Baqarah Ayat 151-152)
2. Keupayaan Melakukan perubahan kearah kebaikan secara berterusan
3. Didampingi oleh masyarakat dan menghalau syaitan
Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah Al-A’raaf ayat 200)
4. Membentangkan masalah dgn jelas dan tuntas
5. Melahirkan rasa berkongsi menghadapi sebarang kebuntuan
6. Mengaktifkan diri berusaha
Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (Surah Al-Baqarah ayat 153)
7. Menghindar daripada penyakit Fizikal

Marilah sm2 kita aktifkan dri kita dgn berdoa..yg pasti, kita tdak bersendrian dlm mengharungi liku2 hdp . Ada yg sntiasa mndengarnya…Wallahualam…
P/S: Syukran jazilan pd insan yg telah memberikan ana majalah Solusi Isu 22 ini…tidak lupa kpd insane yg telah membntu ana untuk mempostkan article ini di teratak…moga Allah merahmati….

0 comments: