Ahad, 15 Ogos 2010

“Hidayah”

“Hidayah”

 
Dipagi kedinginan subuh ini aku bangun membersihkan diri dan terus bersahur bersama isteri. Seterusnya aku pergi ke masjid berdekatan dengan rumah kediaman aku. Selepas bersolat berjemaah aku pun mencapai kitab Al- Quran dan membacanya, itulah rutin kerja harian aku. Memastikan diri aku sentiasa mendekatkan diri pada Allah. Sentiasa mendampingi kitab Al-Quran

Yang diwariskan Rasulullah sebagai petunjuk kepada umat akhir zaman untuk menjalani kehidupan duniawi yang sementara tanpa lalai sedikit pun amanah yang diberikan pencipta pada hambanya.



Selepas menghabiskan beberapa helaian surah dalam Al-Quran aku pun menutupnya dan menyandarkan diri aku pada dinding masjid. Aku termenung sejenak memikirkan kehidupan aku dimasa lampau dengan yang penuh dengan dosa-dosa yang bukan datang dari kejahilan tapi datang dari kelalaian ku sendiri.

Tetiba berlenang air mata aku memikirkan dosa silam itu. Aku teringat perbualan aku dengan seorang wanita yang bernama Mira(bukan nama sebenar) beberapa hari dulu. Mira adalah seorang gadis lincah yang belajar disebuah universiti di selatan tanah air. Dia begitu aktif dalam persatuan terutama pakaian beruniform.

Aku juga aktif sepertinya dulu, menyebabkan aku tahu serba sedikit apa yang sedang beliau taksubkan.



Dalam perbualan yang mengambil masa kira-kira sejam sehingga menghabiskan kredit telefon aku begitu banyak, banyak yang kami perdebatkan. Dari soal pemakaian sehingga soal akidah. Mira bukan berseorangan berdebat dengan aku yg begitu cetek ilmu agama ini. Setiap apa yang diutarakan dibalas dengan sepontan. Terdengar rakan-rakannya memberi sokongan dibelakang. Mulanya aku persoalkan tentang pakaian wanita yang ketat dan menjolok mata, kemudian pakaian mandi wanita yang dipakai semasa belajar berenang dan pergaulan bebas lelaki dan wanita bukan muhrim termasuklah mengadakan majlis yang bersertakan muzik dan nyanyian serta tarian pada pengunjung. Semua diperdebatkan.



Setelah lama berdebat akhirnya kemenangan berpihak kepada aku walaupun banyak hadis yang dipesongkan maksudnya oleh mereka Alhamdulillah hasil sentiasa dan rajin membaca kitab-kitab aku dapat membetulkan dan membalas hujah-hujah mereka. Tiba-tiba Mira bersuara “kami belum dapat hidayah untuk berubah seperti senior kami puan _ _ _ _ _ _ _ _ _ _(maaf nama perlu dirahsiakan). Jadi die dah dapat hidayah jangan nyusahkan orang sehingga menjatuhkan maruah orang lain.” Begitu lah bunyinya dan perbualan itu tamat setakat itu sahaja.



Aku terpikirkan tentang “hidayah” yang dimaksudkan dan aku bertanya pada rakan-rakan sekerja aku ape itu “hidayah” dan jawapan mereka “hidayah” adalah petunjuk. Apa itu petunjuk? dan persoalan itu mati setakat itu sahaja. Aku balik kerumah dan buka laptop abg aku mencari tentang hidayah tapi nasib tidak memihak kepada aku kerana karangannya terkantung separuh jalan menjadikan aku lebih buntu. Aku pun pergi berjumpa dengan Ustaz Mohd Amirul Bin Abd Rahman dan berbincang dengannya. Die tersenyum dan menjawap dengan selamber hidayah itu adalah petunjuk dan petunjuk tu sudah tentu lah kitap Al-Quran yang diwariskan nabi kepada kita sebagai pedoman dan rujukan. Aku tersenyun sendiri dengan kebodohan aku.



Sesiapa yang menunggu hidayah untuk berubah nescaya die tidak akan mendapatkannya kerana hidayah tidak akan datang malah akan meninggalkan kita jika kita tidak beriman padanya. Itu lah sebabnya kita kena rajin membaca Al-Quran setiap detik dan saat dan setiap hari dan membaca maksudnya untuk kita mendapatkan hidayah(petunjuk). Jadi jika kita nak berubah menunggu hidayah atau petunjuk nescaya kita tidak akan dapat sampai bila-bila pun. Itu lah penerangan ringkas Ustaz Amirul kepada ku dan die cakap cuba kita buka Al-Quran dan baca ayat mula-mula ape die terangkan jadi aku pun buka dan baca seta lihat maknanya.



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. " Alif, Laam, Miim. " Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; "" Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. "" Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab 'Al-Quran' yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). "" Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya. "


"Al-Baqarah" ayat 1~5



Permulaan Ayat dah jelas menerangkan bahawa hidayah itu adalah petunjuk dan petunjuk itu adalah kitab Al-Quran. Jadi jika kita nak berubah kita perlulah membaca Al-Quran berserta maknanya sekali, barulah kita kan peroleh hidayah yang kita tunggu-tunggu selama ini. Jika tidak sampai bila kita tidak akan mendapatkannya. Jadilah kita tidak banyak bezanya dengan orang-orang kafir.



" Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. "" (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar. " “Dan di antara manusia ada yang berkata: 'Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat'; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. "" Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. "" Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). "" Dan apabila dikatakan kepada mereka: 'Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi', mereka menjawab: ' Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan'. "" Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya. "" Dan apabila dikatakan kepada mereka: 'Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman'. Mereka menjawab: 'Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?' Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). "" Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: ' Kami telah beriman ', dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:' Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)'. "" Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu). "" Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah. "" Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun). ""Al-Baqarah" ayat 6~17



Jadi kepada Mira dan kawan-kawannya serta semua yang membaca Jangn lah tunggu hidayah tapi kita kena mencarinya, mendampinginya, membacanya dan mengetahui maksudnya serta mengamalnya kerana hidayah Allah akan tarik bila-bila sahaja kerana sesungguhnya hidayah itu adalah petunjuk dan petunjuk itu adalah kitap Al-Quran. Jangan kita menjadi penunggu seperti menunggu bulan jatuh keriba. Adakah pakaian kita memenuhi tuntutan islam. Adakah kehidupan kita berdasarkan Al-quran dan hadis atau undang-undang dan peraturan yang diciptakan manusia untuk keseronokan manusia itu sendiri. Adakah pakaian renang itu mengikut kehendak islam. Adakah uniform yg dikenakan mengikut kehendak islam. Adakah pergaulan kita mengikut kehendak islam. Adakah majlis yang kita anjurkan diredoi Allah atau dilaknati Allah.



" Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran). "" Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu. "" Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. "" Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. "" Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). "" Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. "" Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir. "" Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: 'Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu'; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya. "" Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: 'Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?' (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik; "" (Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi. "" Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan). "" Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. ""Al-Baqarah" ayat 18~29



Jadi renungkan lah, carilah jalan penyelesaian dan istikhomahlah sesungguhnya kita telah pun berada di dunia akhir zaman. Lihatlah sekeliling kita dan renungi diri kita dimana kedudukan kita.



Wallahuallam.
Coretan zahir

1 comments:

Nur Mawaddah Mahdiyah berkata...

subhanallah...article yg bgtu mmbri ksan pd dri ana ...