Isnin, 9 Ogos 2010

Siapa rakan anda

Rakan ketawa senang di cari tetapi rakan untuk sama-sama menangis dalam sepuluh belum tentu di temui..
Semua orang mempunyai rakan baik. Tidak kiralah lelaki ataupun perempuan apabila berjumpa yang 'satu kepala' memang boleh 'ngam' dan boleh jadi teman karib.Mempunyai teman karib bagi mereka yang berada jauh diperantauan boleh di jadikan pengubat rindu kepada keluarga di kampung halaman. Tetapi kawan juga boleh menjadi racun yang sangat berbisa seandaiannya pengertian teman ataupun sahabat disalah nilai. Mengambil kesempatan di atas kebaikan kawan adalah satu sikap yang boleh menghancurkan perhubungan itu. Makan sepinggan, tidur sebantal belum cukup untuk aku mengenalinya luar dan dalam. Apa juga yang aku ada akan dikongsi bersama dengannya. Begitu juga dia. Namun walaupun begitu batas perlu dijaga. Semua benda boleh dikongsi bersama tetapi satu perkara yang tidak boleh dikongsi iaitu CINTA tapi ada cinta blh dikongsi tapi tiada org yg berminat untuk berkongsi. Iaitu cinta pada Allah.

0 comments: