Khamis, 19 Ogos 2010

Kebenaran


Ini Kisah benar yang dialami sendiri seorang pesakit kronik semasa dalam keadaan koma selepas menjalani pembedahan dibahagian kepala kira-kira sebulan yang lalu. Seorang lelaki yang masih bujang yang berusia 30tahun yang mempunyai perniagaan sendiri yang agak berjaya dalam kerjaya beliau. Tetapi malangnya beliau diduga dengan dugaan yang begitu berat apabila disahkan mengidap penyakit cronik yang serius.



Walaubagaimanapun beliau agak tabah dan kuat mengharungi sisa-sisa kehidupan dan terus beriktiar mencari jalan penyelesaian dan rungkaian pada penyakit beliau. Sehingga berhijrah beberapa Negara untuk mengubati penyakit beliau. Hanya satu impian beliau iaitu sembuh dan menyunting orang yang beliau sayang secepat mungkin untuk melengkapkan diri beliau sebagai pemimpin yang berlunaskan Al Quran dan Hadis. Beliau seorang yang begitu taat pada perintah agama dan sentiasa menghabiskan sisa-sisa malam dengan solat,zikir dan alunan ayat-ayat uci Al Quran. Kira-kira sebulan yang lalu beliau telah menjalali pembedahan pada bahagian kepala dan selepas pembedahan beliau tidak sedarkan diri selama kira-kira sebulan.


Sewaktu beliau koma beliau telah didatangi oleh malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebinggungan ketika itu.


Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah orang yang sangat menyayangi beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga seorang sahabat karib beliau yang menenunggu pesakit di luar wad dan adik beliau yang saban hari berjaga malam mendoakan beliau dangan berlinang air mata..


Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya , ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka dan mereka adalah golongan orang-orang yang hanya beriman sewaktu susah dan lalai sewaktu senang serta mementingkan duniawi semata-mata.


Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.


Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawab Malaikat “Ya:. Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Beliau bertanya, siapakah orang-orang itu.


Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan berserta perbagai lagi bantuan dan syarikat anda terus menerus menyara rumah anak yatim itu sehingga kini..


Mereka telah terdengar berita dari saudara anda tentang keadaan anda sekarang dan dzohor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya malaikat itu berkata akan datang berjumpa dengannya pada 1syawal nanti selepas itu ghaib dan tepat 1.45 petang beliau tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.


Sahabat beliau dan adik beliau yang ada di sisinya turut menanggis . Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya.


Setelah beberapa ketika beliau menceritakan pada adik beliau dan sahabat beliau seterusnya mengarang cerita ini untuk tatapan anda sekelian.


Allah masih sayang pada beliau ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini. Apa yang berlaku mungkin boleh memberi pengajaran pada kita semua dan sesungguhnya beliau sekarang masih dalam keadaan tidak stabil. Apa yang difikirkan adakah 1 syawal adalah penamat segala kedukaan dan penderitaan beliau yang hampir mencecah usia 2 tahun ini. Usia pertunangan yg begitu lama.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat, sentiasalah berwuduk, gerakkanlah bibir dgn zikir bukan dengan irama lagu hit terkini, sentiasalah bersolat malam dgn penuh keiklasan. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi…Apa yang penting teruskan mencari cinta ilahi dan hidup lah berpandukan Al Quran dan sunnah.


Coretan ibnu dan sesungguhnya ini adalah cerita yang benar-benar berlaku. Jangan lupa bertandang ke rumah Allah. Ingatlah dari Allah kita datang ,sudah tentu kita akan kembali kepadanya.

0 comments: