Rabu, 25 Ogos 2010

Siapa yang ikut baca al-Quran?


"Allah berfirman bermaksud: "Barang siapa berharap akan menemui Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal salih dan jangan mempersekutukan dalam menyembah Tuhannya dengan suatu apa pun. ... Kemudian dihadapkan pula seorang yang alim, dia mengajar ramai manusia dan banyak membaca al-Quran. Allah SWT bertanya ?Apakah yang engkau telah lakukan dengan nikmat-ku itu? Ia berkata ?Aku belajar ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain dan banyak membaca al-Quran demi keredaan-Mu. ..."

INI cerita pengalaman seorang sahabat. Ia berlaku lama dahulu ketika dia masih menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi terkemuka di Selangor.Setiap kali tiba Ramadan dan berkumpul untuk berbuka bersama, pasti cerita ini akan meniti di bibir rakan-rakan yang pernah tinggal sebilik dengannya.Entahkan ujian atau gurauan alam, dua kali Ramadan di kampus tersebut, dia mengalami perkara yang sama.Sahabat ini, biar dinamakan Aida sahaja, memang gemar mengaji al-Quran. Ada waktu terluang, pasti kitab suci itu yang akan menjadi temannya.

Menjadi amalan rutin selepas bersolat tarawih di masjid berhampiran, Aida akan meluangkan masa kira-kira sejam untuk membaca al-Quran.Suatu malam, seperti biasa, Aida duduk di satu sudut di dalam masjid.Sudah bertahun, semenjak semester pertama lagi, tempat itu menjadi kegemarannya.Jauh daripada laluan orang ramai dan agak sunyi untuknya menghayati ayat-ayat suci tersebut tanpa gangguan.Setelah beberapa minit membaca, Aida perasan ada seseorang yang duduk di belakangnya.


Dia sendiri tidak sedar sudah berapa lama wanita berbaju putih itu duduk betul-betul di belakangnya.Tanpa mempedulikan wanita yang memakai tudung seperti wanita Arab itu, Aida meneruskan bacaan.

Apa yang pasti, wanita itu hanya menunduk setiap kali Aida mengerling ke arahnya.Cuma, cerita Aida, dia terasa pelik kerana wanita itu mengikut bacaannya dalam nada perlahan namun masih jelas di telinga Aida.

Dibiarkan saja wanita itu begitu. Lagipun, getus hati Aida, suaranya cukup merdu. Tapi apabila ada bacaan Aida yang tidak kena, wanita itu akan menegur.Imbas Aida, wanita itu akan membaca semula ayat yang salah tadi dan membetulkannya tetapi dalam nada tegas.


Meskipun hairan, Aida mengikut sahaja bacaan seperti yang dibetulkan oleh wanita itu.Aida sendiri langsung tidak terasa hendak menoleh ke belakang lagi.Setelah hampir satu jam lebih dan bacaan juzuk itu berakhir, Aida menutup al-Quran dan berpaling untuk berterima kasih pada wanita itu.Alangkah terkejutnya dia kerana tiada sesiapa pun di belakangnya. Apa yang tinggal hanya bauan wangi di tempat duduk wanita itu.Setahun berlalu dan Ramadan kembali. Aida masih dengan rutinnya membaca al-Quran sementelah tahun tersebut, dia mengambil beberapa subjek berkaitan pengajian dan tafsir al-Quran.


Hinggalah satu malam, dia seolah-olah dikejutkan untuk bangun bersolat malam dan bertahajud.Mula-mula Aida menganggap ada rakan sebilik yang menarik ibu jari kaki kanan atau berbisik di telinganya agar dia bangun pada pukul 3.30 pagi.Anggapannya meleset kerana apabila ditanya, tiada seorang pun rakan yang mengaku mengejutkan Aida.Sejak itu, dia merupakan orang yang paling awal bangun sama ada untuk bersahur atau solat Subuh.Ujar Aida, mahu memikirkan hantu, ia hanya berlaku pada bulan Ramadan, yang lazimnya hantu, iblis dan syaitan didakwa dibelenggu pada bulan mulia itu.Bagi menyedapkan hati, Aida menganggap wanita yang mengaji bersamanya itu adalah jin Islam yang sama-sama mahu menghayati kalam suci itu.Kali terakhir penulis berjumpa Aida, dia masih ditemani wanita tersebut pada waktu tertentu sepanjang bulan Ramadan.

kredit : kosmo.com.my

3 comments:

Ady berkata...

Dulu saya malas mengaji tapi rajin dgr org baca kitab. Dalam satu majlis tu ustaz berpesan selalu mendampingi Al Quran dan membacanya, nescaya kita kan dapat keberkatan walaupun bacaan kita xsempurna. Bila saya amalkan saya alami apa seperti yg diceritakan itu. Sewaktu tgh mlm emasa saya mengaji bila berlaku kesalahan ade suara yg menengur sehingga pada mulanya saya demam. Yang penting keiklasan melakukannya.

Nur Mawaddah Mahdiyah berkata...

alhamdulillah ...
stu prkongsian yg mnrik..syukran ady..mg kta semua sm2 ikhls dlm mncr CINTA ILLAHI....

Noorhayati berkata...

Assalamualaikum....
Btl dan saya percaya apa yg dialami oleh Ady. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Dulu saya hanya setakat blh mengaji sahaja tanpa mengira idram,dengung dan sebagainya. Setelah saya mula mengaji selepas kecewa dan lalai dgn keseronokan dunia, saya mula rasa satu ketenangan dan sudah hampir setahun saya mengaji bergurukan kehadiran beberapa wanita misteri dalam blk solat saya setiap malam dan wanita mesteri itu juga menjadi makmum pada slt malam yang saya kerjakan. Walaupun saya uzur dan tidak bersolat,wanita2 ini menggantikan saya mengaji setiap malam sehingga jiran2 merasa pelik kerana sentiasa mendengar org mengaji walaupun ketika itu saya tiada kerana pulang ke kampung.Cuma apa yg lbh baik dan menurut kata ulama yg saya hadiri majlis mereka,kita akan sempurna dan mengaji dgn metol apabila kita belajar bahasa dan cara percakapan arab. Percayalah jika rumah kita sentiasa memperdengarkan ayat2 suci AL Quran malaikat akan sentiasa melindungi kita dan syaitan kan menjauhi kita.