Selasa, 10 Ogos 2010

Wanita Terlanjur, Rasa Diri Jijik

Wanita Terlanjur, Rasa Diri Jijik

& Diterimakah Taubat?

SOALAN
Salam, saya pernah terlanjur dengan boyfriend tapi itu bukan atas kerelaan saya. Saya dipaksa melakukannya. Dalam hati, tidak sedikit pun terlintas perasaan itu. Saya menolak tapi dia tetap memaksa. Sekarang saya ingin tahu adakah Allah akan menerima taubat saya setelah saya terlanjur? Saya berasa sangat sedih, jijik dengan diri dan hidup saya sudah tidak tenteram. Hati saya selalu tidak tenang. Saya merasakan Allah tidak akan menerima taubat saya. Tolonglah bantu saya.

- Soalan melalui ruangan komen di artikel lepas-

JAWAPAN
Pertamanya, saya ucapkan syabas kerana saudari masih mempunyai iman dan punyai ilmu tentang haramnya tindakan itu, kerana itulah timbul perasaan takut, kesal, tidak tenang dan takut. Sekiranya perasaan itu makin menghilang, ia tanda iman juga semakin meluntur dengan sangat teruknya.

Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW :

من سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فذلك الْمُؤْمِنُ

Ertinya "Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )

Apa yang perlu dilakukan kini adalah meneruskan taubat. Taubat sebenar yang akan diterima Allah adalah dimulai dengan rasa penyesalan amat sangat dan diturut dengan beberapa amalan di bawah. Antara package dalam taubat di dalam Islam adalah seperti berikut :-

1) Bertaubat dengan sungguh-sungguh.

Kesal dan menangisi dosa yang dilakuakn dengan azam untuk TIDAK mengulanginya.

2) Tidak berjumpa teman lelaki atau 'dating' berdua-duaan dengannya.

Jika jumpa sekalipun, perlu diajak ahli kelurga yang tegas dalam soal hukum Islam bersama ( Jika tidak tegas, ia sama seperti tiada). Jika tiada abang, hanya berjumpa di rumah saudari dengan kehadiran ibu bapa (yang juga dari kalangan yang prihatin dan mesti mereka sentiasa bersama). Jika tidak mampu juga,Maaf !. Saudari tiada pilihan lain kecuali mesti mencari jalan untuk mampu melakukannya.

Jika tidak, saudari pasti akan terus mengulangi zina pada satu hari nanti. Selepas itu, segala pintu iman akan semakin tertutup rapat buat saudari, peluang menjadi celaka dan melahirkan zuriat yang celaka juga semakin membesar. Awas!

Syahwat seksual dan zina adalah sama seperti dadah dan kegilaan harta material, ia boleh membawa seseorang menjadi mabuk dan lupa segala-galanya. Sebagaimana hadis yang telah saya bawakan dahulu iaitu :-



لو كان لابن آدَمَ وَادِيَانِ من مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا ولا يَمْلَأُ جَوْفَ بن آدَمَ إلا التُّرَابُ

Ertinya : Sekiranya anak Adam itu punyai dua lembah dipenuhi emas, nescaya sudah tentu mereka akan inginkan yang ketiga, dan tidak disumbatkan ke dalam perutnya kecuali tanah (mati)( Riwayat al-Bukhari , 5/2364 )

Demikian juga perihalnya dengan nafsu syahwat seksual. Ia merupakan satu penyakit dalaman yang serius serta amat sukar dirawati. Ia sama sekali tidak boleh dipuaskan jika tidak dikawal dengan iman.

3) Mencari rakan wanita yang solehah di sekitar saudari.

Ini adalah satu tindakan yang baik, kerana dalam keadaan demikian, saudari memerlukan kaunseling berterusan dan kerap. Ia tidak akan diperolehi jika saudari berkawan dengan rakan yang seperti tingkah laku saudari sekarang. Jika susah untuk mendapatinya, sertailah kumpulan dan NGO yang mengumpulkan wanita-wanta baik dan berprogram bersama mereka seperti. Antara contohnya, sertai NISA', ABIM, JIM, ISMA dan lain-lainnya.

Ia adalah saranan Nabi s.a.w :-

إنما مثل الجليس الصالح والجليس السوء كحامل المسك ونافخ الكير فحامل المسك إما أن يحذيك وإما أن تبتاع منه وإما أن تجد منه ريحا طيبة ونافخ الكير إما أن يحرق ثيابك وإما أن تجد ريحا خبيثة

Ertinya : Sesungguhnya perumpaan rakan yang baik dan yang jahat itu, ibarat rakan pembawa minyak wangian dan tukang besi peniup api ; adapun rakan baik adalah seperti pembawa wangian, ia (membawa kesan kebaikan) iaitu samada ia akan menghadiahkanmu wangian, atau kamu membeli darinya ataupun kamu akan dapat bauan wanginya juga. Manakala rakan buruk seperti tukang besi penyala api, samada ia akan membakar bajumu atau akan mendapati bauannya (peluh) yang tidak enak" ( Riwayat Muslim, no 4762 )

Hasilnya, wajiblah mencari rakan yang baik. Termasuk mencari teman lelaki yang baik. Antara tanda lelaki itu baik adalah dia TIDAK AKAN PERNAH MEMBICARAKAN SOAL SEKS ATAU YANG MENAIKKAN SYAWAT denganmu sama ada melalui sms, telefon atau berdepan, SELAGIMANA DIA belum bernikah denganmu. Mana-mana lelaki yang membicarakannya atau meminta sebelum bernikah adalah lelaki jahat dan tidak layak dijadikan suami atau itulah bakal suami penzina, kecuali apabila mereka juga bertaubat.

4) Berkenaan ayat dan surah tertentu.

Ada yang bertanya ayat tertentu untuk bacaan harian agar terjauh dari zina. Hakikatnya dalam Islam, sekadar mengalakan ayat tertentu tanpa menghayati ertinya, masih tidak mampu menjamin terjauh dari zina serta membawa kesan dan perubahan ke arah yang lebih baik. Pun begitu, jika masih ingin amalkan ayat tertentu,maka baca dan fahamilah ayat berkenaan dosa zina banyak-banyak, moga ia dapat menghindarkan diri darinya.

Ayatnya adalah firman Allah:-

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ

Ertinya : "Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman" ( Surah An-Nur : 2)

5) Memperbaiki solat dan memperbanyakkan amalan.

Saudari mengatakan saudari solat tetapi masih gagal mengawal nafsu, Ini bererti solat saudari perlu diperbaiki kerana solat merupakan antibodi terkuat dalam Islam untuk mengawal nafsu.

Allah swt mengarahkan mereka yang bertauat untuk mengriigi dosanya dengan memperbanyakkan amalan soleh, dengan harapan rahmat dan belas Allah akan melebihi murkanya.

KESIMPULAN

Saudari menyatakan saudari ‘tidak rela' , ada dua perkara di sini :-

Pertama : kerelaan untuk berzina tu bukan semestinya dalam bentuk kita setuju semasa kejadian tu sahaja, tetapi berdua-duaan dan berada dalam keadaan yang membolehkan zina itu berlaku itu sendiri adalah TANDA KERELAAN SEBENARNYA. Kiranya saudari tidak keluar atau berdua-duaan dengannya, pasti dia pun TIDAK boleh memaksa.

Maka puncanya tetap dari kesalahan saudari juga. Justeru, putuskan hubungan dengannya sama sekali dan jangan ulangi keluar dengan lelaki asing berdua-duaan, khususnya di tempat yang membolehkan berlakunya zina atau rogol. janganlah beralasan bahawa 'terlalu cintakannya' , 'terlalu sayangkan dia' sehingga tidak mampu untuk berenggang dan putus darinya. Semua itu hanyalah nafsu dan bukan cinta dan sayang yang suci, ia adalah 'ibarat cinta dan sayang seorang penagih dadah kepada dadah' sehingga sukar berpisah darinya. Memang sukar, namun perlukan azam kuat dan menempuh tembok syaitan dan nafsu yang besar.

Kedua : Dari sudut undang-undang dunia pula, jika itu berlaku saudari sudah dikira dirogol. Tatkala wajiblah saudari melaporkan kepada polis dan bukan hanya bertanya kepada mana-mana ustaz sahaja tanpa tindakan undang-undang. Tindakan membiarkan ia berlalu tanpa laporan adalah antara seburuk-buruk perlakuan seseorang mangsa rogol, walaupun mungkin dia sedang menderita, trauma, malu , sedih dan sebagainya, namun perlu ada ahli keluarga membantu untuk memastikan laporan dibuat. Laporan itu perlu bagi menyekat si ‘jantan' meneruskan aktiviti dosanya.

Akhir sekali, sentiasalah bersangka baik Allah akan menerima taubat setelah kita berusaha bersungguh-sungguh membuktikan penyesalan kita. Allah ada menyebut bahawa Allah bersama sangkaan hambaNya. Jika kita yakin Allah meneirmanya, maka Allah dengan sifat maha pengampunNya akan mengampun hambanya yang benar-benar ikhlas dan bersungguh. Semoga berjaya mendapat keampunannya.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

13 comments:

ikin berkata...

Menarik dan amat berguna. Saya nak tanya pemilik teratak jika kita melakukan Aktiviti gerko yg memerlukan kita berpakaian renang blh kah kite memakainya dan btlkah ada pakaian renang yuntuk muslimah. Blhkah kite menghadiri sesuatu parti yg dianjurkan. Saya amat keliru dgn apa saya alami sekarang dan berharap pemilik teratak tapat menghuraikan kekeriruan ini. Bila saya ajukan pada yg berkenaan tiada jawapan yg diperolehi. Yang ada kalau aktiviti ini tidak blh dah lama dibantah oleh kementerian pertahanan.

Nur Mawaddah Mahdiyah berkata...

syukran jazilan pd saudari yg bertanya...(^_^)

sebenarnya pakaian bukan menunjukkan imej tapi mengkut pemakaian muslimah sebenar itu yg wjib dan penting..bukan semua manusia ilmu penuh didada tapi Allah swt dah beri panduan untuk umatnya membuat penilaian,,,

Persolannya, apakah kita tlh menutup aurat kerana memenuhi tuntutan Islam sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah di dalam al-Quran atau sekadar fesyen atau meniru atau sekadar melepas batuk ditangga?

oleh itu berbalik pada persoalan saudari...adkah saudari mersakan pkaian renng itu mentup aurat atau urat???sdngkan ianya mnampkkn bntuk bdan kta shngga org lain bleh mngtahui saiz bdn kta?sdngkan al-quran dan hadis telah mnyatakan cra berpakaian yg sbnarnya...isu mngenai aurat telah dibncangkan bgtu byk skali dlm article2 sblm ini...

Firman Allah dalam Surah Al Ahzab ayat 59: Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan dan isteri-isteri orang mukmin (yang benar-benar beriman), hendaklah mereka menghulurkan jilbab-jilbab mereka keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih dikenali, kerana mereka tidak diganggu, dan Allah maha pengampun lagi maha Penyayang.

sama2 kita istiqomah dan dlm mngejar cinta Illahi...dan mnjdikan al-quran dan hadis sbgai pnduan yg hakiki..
Wassalam..

Nur Mawaddah Mahdiyah berkata...

untuk rjukan saudari an atelah linkkn
mngenai article2 yg berkaitan aurat yg telah dipostkan sblm ini..mga inyanya mmbri pnduan dan mnfaat yg berguna pd kita semua...

http://nurmawaddahmahdiyah.blogspot.com/2010/01/wanita-aurat-kerjaya-suami-nusyuz.html

http://nurmawaddahmahdiyah.blogspot.com/2010/01/tak-mahu-hipokrit-akhirnya-bertambah.html

http://nurmawaddahmahdiyah.blogspot.com/2010/06/dua-belas-aurat-wanita.html

http://nurmawaddahmahdiyah.blogspot.com/2010/05/pakaian-bersukan-muslimah.html

http://nurmawaddahmahdiyah.blogspot.com/2009/07/isu-aurat-part-1.html

http://nurmawaddahmahdiyah.blogspot.com/2009/07/isu-aurat-part-2-benarkah-menutup-aurat.html

http://nurmawaddahmahdiyah.blogspot.com/2009/07/isu-khas-dan-menarik-untuk-wanita-aurat.html

http://nurmawaddahmahdiyah.blogspot.com/2009/07/isu-aurat-part-8-dont-judge-book-by-its.html

http://nurmawaddahmahdiyah.blogspot.com/2009/07/isu-aurat-part-7-tujuan-tuntutan.html

ikin berkata...

Alhamdulillah.... tq

mira berkata...

Ikin... saya kenal kamu dan saya rasa kamu yg ajukan soalan di kolam renang hari tu. Kita berjumpa k, kalau dah xblh nak bawak jgn cari sebarang alasan, keluar je senang. Jgn menyusahkan sesape mcm ade minah sorang dulu tu.Kite dah maju jadi kite perlu ikut peredaran zaman. Jgn ketinggalan zaman.

Dilla berkata...

Assalamualaikum,

Islam tak pernah dah tak akan pernah ketinggalan zaman.

Noorhayati_80 berkata...

Assalamualaikum... Maaf jika saya mencelah dlm situasi yg panas ni. Dalam menjalani kehidupan ada garis panduan yg telah ditetapkan untuk kepentingan dan keselamatan kita sentiri. Jika kita lihat,baca dan fhm dalam kitap Al Quran yg diwarisi menunjukkan ia blh digunapakai sehingga bila2 pun. Tiada istilah menyatakan akan ia ketinggalan zaman. Terlalu sempurna. Dalam kes ini apa yg saya lihat kejahilan diri telah memerangkap diri kita sendiri. Ini berpunca cara hidup yg kita lalui tidak lansung merujuk pada kitap Al Quran dan Sunnah.

zahir berkata...

Assalamualaikum
Btl kata pemilik teratak dan noorhayati_80 tu. Jika ade kemuskilan email zahir_naga@yahoo.com. Ini saya tujukan terus pada mira kerana cik mira kita selalu menimbulkan kontroversi. Kita blh berbincang dan mengeluarkan pendapat serta berdebat sekali.

ikin berkata...

kepada pemilik teratak saya minta ampun dan maaf kerana mengusutkan keadaan. Tiada niat dihati,hanya bertanya dan meminta pendapat. Saya diminta merujuk pada teratak ini untuk mencari jalan penyelesaian

zahir berkata...

Nampaknya isu seperti ini mendapat sambutan. Akak krna keluarkan blk tuk tatapan umum kak. Mcm sentiasa dipantau jer kan kak. Bila kena kat btg hidug sendiri trs melenting

Nur Mawaddah Mahdiyah berkata...

dilla, zahir, kakyati: syukran atas pndangan yg dbrikn..
...npknya.wanita sndri ska maruahnya dpermainkn...dan dimanipulasikn ...

ikin...
blog ini dtubuhkn untuk brkongsi ilmu bg mnmpung ilmu yg ada dlm dri..pnjung bebas untuk brtnya dan mmbri pndangan...yg mn brtujuan agar sm2 untuk brkongsi ilmu yg ada dan mmbri pndpt...kami warga teratak insyaAllah akn mnjwb sgl persoaln yg drikn...smga semua mmperoleh mnfaat brguna..utk dbw bekal pd pnghujung dunia...

wassalam

siakap berkata...

Assalamualaikum wmhbkth.... kepada sahabat2 ana, ana rasa xperlulah antum semua pertikaikan hukum Allah. Telah jelas Al Quran menerangkan bagaimana aurat seorang perempuan dan aurat seorang lelaki. Bagaimana pergaulan seorang perempuan dan pergaulan seorang lelaki. Disini jelas kite sesama mahram pun ada batas aurat dan pergaulan perlu kite jaga. Batas aurat dan pergaulan yg bebas hanya dengan muhrim sahaja. Kite tgk lah zaman sekarang, Kerana tidak menjaga pergaulan dan bts aurat selain muhrim telah berlaku byk perkaya mengaibkan seperti adik rogol kakak yg terbaru dan byk kes hubungan sek sesama mahram. Bayangkan aurat sesama perempuan bukan islam pun kite kene jaga ini pula aurat lelaki dan perempuan. Ape yg penting ape yg dimaksudkan dgn aurat tu kena tahu kerana zaman sekarang ramai org berpendapat tidak nampak kulit dikira menutup aurat. Itu sebabnya begitu ramai wanita hari ini berseluar ketat, bertudung singkat dan berbaju ketat tapi menutup kulit

Noorhayati berkata...

Zaman ini telah jauh dari landasan islam sebenarnya. Jika kita lihat dgn tajuk sebenarnya ini hanya satu kes dari beribu kes. Zaman hari ini dgn teknologi serba canggih lelaki hanya memiliki cinta nafsu menjadikan kebodohan,kesetiaan dan kejahilan seorang perempuan sebagai mangsa. Berapa ramai org yg berpengetahuan agama tapi bila bercuple dgn alasan syg melakukan pengzinaan,Berpegangngan tangan, Ringan2, berpelukan dan tampa rasa segan silu berjalan berdua duaan sambil bergurau dikhalayat ramai mengalahkan suami isteri. Memang sesetengannya ada mempunyai sifat bertanggungjawab bercuple sehingga ke alam perkahwinan. Tapi sedarkah kite bahawa apa yg kite buat adalah salah disisi islam dan biasanya dosa kite tersebut akan berulang dgn anak kite akan mengikut jejak langkah kita apabila dewasa kelak. Saya menyeru kepada para muda mudi terutama yg bercuple, jalanilah hidup berpandukan Al Quran dan sunnah. Janganlah kite mendatangkan kemurkaan Allah dimukabumi ini. Jadikan perhubungan kite dgn pasangan kite penuh dgn keberkatan dan diredhoi Allah bukan diiringin dgn hawa nafsu dan didampingi oleh syaitan.