Rabu, 24 November 2010

5 Golongan Yang Menempuh Gagal

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***


By : Dr. Irfan Khairi

1. Pembuang Masa.
Golongan ini memang" favourite" antara kita . Malah kita sendiri mungkin juga kadangkala termasuk dalam golongan ini, Nauzubillah!. Mereka yang sering membuang masa, padahal bermacam-macam perkara berfaedah yang boleh dilakukan.Golongan ini digelar 'Curi tulang' ketika berkerja,melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti membaca akhbar, berchatting online dan bersembang kosong. Jauhkan diri dari golongan ini kerana ia paling mudah untuk dijangkiti! Mudah sahaja kita terikut-ikut turut menyertai mereka. Untuk berjaya, fokuskan usaha,tenaga dan masa kita pada perkara yang berfaedah dan memberi peluang kepada diri kita, keluarga dan agama. Masa jauh lebih beharga daripada emas kerana masa yang berlalu tidak mungkin kita jumpa kembali.

2. Pemberi Alasan
Golongan ini juga mudah untuk kita sertai. Mereka ini sering mudah memberi alssan daripada memikul tanggungjawab. Teringat saya pada kata-kata guru saya, Dr. Fadzilah Kamsah. "Orang lain buat duit,kita buat alsaan" yang amat dalam maknanya. 1001 lagi alasan boleh diberikan. Lebih teruk lagi,sekiranya sudah mempunyai alsan standard atau template untuk digunakan pada bila-bila masa sahaja. Memberi alasan  memang mudah. Memikul tanggungjawab adalah susah. Manusia secara tabiatnya akan melakukan perkara yang mudah yang mudah dahulu sebelum melakukan yang susah. Kunci Kejayaan terletak pada pilihan yang kita lakukan.Samada untuk memikul tanggungjawab ataupun tidak, adalah pilihan kita.

3. Sering Menyalahkan Orang Lain
Golongan ini sering menyalahkan orang atau persekitarannya sebagai penyebab mereka tidak berjaya. Ketika kegawatan ekonomi tidak lama dahulu, ramai usahawan merungut, " Susah nak cari pelanggan! Economy Down!" benarkah ekonomi yang salah? Ataupun kita yang tidak pandai mencari peluang lain ketika ekonomi kurang stabil itu? Ataupun kita tidak menggandakan usaha ketika ekonomi memerlukan kita agar lebih berusaha? Ataupun kita tidak bersedia merancang pelan B sekiranya sesuatu yang tidak dijangka berlaku pada perniagaan? Untuk berjaya 100% tanggungjawab perlu dipikul oleh diri sendiri. Sesuatu yang hebat berlaku pada diri kita adalah usaha kita. Sesuatu yagn tidak diingini berlaku,juga salah diri kita.

4. Berfikiran Negatif
Memang lumrah manusia mudah berfikiran eigatif berbanding positif. Yang menjadi masalahnya adalah mereka menyuarakan fikiran negatif tersebut,seterusnya menyebarkan fikiran negatif tersebut. Tidak cukup dengan diri kita, ditambah lagi dengan keadaan di mana terdapat suara-suara negatif disekeliling kita. Sebagai contoh,apabila kita hendak memulakan perniagaan, mungkin keyakinan kita agak ragu-ragu. Sering kali perasaan takut atau negatif intu terpantul ke dalam fikiran kita. Keadaan ini membuatkan kita lemah semangat. Lebih buruk lagi, pada masa yang sama ada pula kawan-kawan yang juga menyuarakan pemikiran negatif. Pastinya akan menghentikan langkah kita. Cara terbaik ialah dengan mencari lawan kepada golongan ini - iaitu golongan orang berfikiran positif. Bercampur dengan mereka yang berfikiran positif, akan membuatkan kita juga berfikiran positif untuk mencapai apa jua matlamat.

5.Tidak Berusaha Menambah Ilmu
Ilmu boleh didapati di mana-mana melalui pengamatan sekeliling, daripada bacaan buku dan majalah, melayari internet, menghadiri majlis ilmu ataupun dapatkan daripada mereka yang lebih berilmu. Dalam Al-quran disebut perkataan ilmu sebanyak lebih daripada 700 kali, menunjukkan berapa pentingnya ilmu. Golongan yang tidak berusaha mencari dan menanbah ilmu umpama tidak menyayangi diri sendirikerana tidak mahu membaiki diri sendiri. Golongan ini adalah golongan yang paling rugi. Namun, ada juga golongan yang lebih rugi lagi, iaitu mereka yang mempunyai ilmu tetapi tidak mengamalkan ilmu yang dipelajari.

***Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam kelompok manusia di atas. Sama-sama la kita beringat untuk mencapai kejayaan didunia mahupun dia akhirat kelak. INSYAALLAH

Sumber : Majalah Solusi Isu 25

0 comments: