Percaya atau tidak pada zaman ini bukan sahaja wanita yang didiskriminasikan malah lelaki yang lebih domonin sebagai pendiskriminasi turut mrnjadi mangsa diskriminasi. Sebagai contohyang paling ketara dapat dilihat adalah dalam bab kod etika pemakaian di tempat awam khususnya di pusat pengajian tinggi dan jabatan-jabatan kerajaan.
Saya mengambil contoh di beberapa pusat pengajian tinggi samada awam atau swasta. Pihak pengurusan universiti begitu terkenal dengan ketegasan mereka dalam memastikan pelajar mereka khususnya siswa mematuhi kod etika pakaian. Tali leher sememangnya diwajibkan bagi pelajar lelaki bahkan mereka tidak dibenarkan berurusan rasmi apatah lagi menghadiri kelas jika tidak bertali leher.
Lain pula halnya kepada siswi. Bebas berpakaian mengikut tren terkini yang rata-ratanya langsung tidak mengikut syariah islam. Kecuali UIAM yang mana mereka mewajibkan pelajar mereka bukan sahaja menutup aurat bahkan mereka diwajibkan bertudung.
Keadaan ini tidak berlaku di Universiti lain yang lebih menitik beratkan pemakaian tali leher kepada siawa berbanding pemakaian tudung dan penutupan aurat mengikut syariah kepada siswi. Tidak ketelaluan jika saya katakan antara sebab jenayah seksual meningkat adalah kerana sikap wanita-wanita hari ini dalam berpakaian yg rata-ratanya merangsang dan menarik perhatian lelaki.
Disana sini kita boleh lihat siswi begitu bebas memperagakan perbagai fesyen pakaian sambil memperagakan bentuk tubuh untuk dinilai semasa kekelas tanpa ada sebarang sekatan.
Saya juga yakin kita semua tahu menilai antara kewajipan pemakaian tali leher siswa dan penutupan aurat para siswi, yang manakah lebih utama dan releven serta akan diredoAllah. Jangan sampai kita terpaksa tanggung dosa orang lain buat di akhirat nanti kerana seksaan Allah itu sangat sedih.
Dengan ini saya menyeru semua orang sedar akan tanggungjawap dan peranan masing-masing supaya mendesak dan menegur pihak pengurusan pusat pengajian semua universiti membuat undang-undang kecil di bawah kuasa yang diperuntukan kepada mereka agar mewajibkan pemakaian menutup aurat seperti berbaju kurung,jubah dan bertudung kepala kepada siswi yang beragama islam dan pakaian sopan kepada siswi yang bukan beragama islam.
0 comments:
Catat Ulasan