Rabu, 24 November 2010

Adab Ketika Marah

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***


Rasullullah S.A.W pernah menasihatkan seorang lelaki: "Jangan marah." (Riwayat al-Bukahri). Menurut al-Khattabi, maksud larangan tersebut adalah menjauhi sebab-sebab yang mencetuskan marah dan jangan melakukan sesuatu yang mengarahkan kepadanya. Mari perhatikan adab-adab ketika marah seperti berikut:
  • Jangan Marah Kecuali Kerana Allah : Sebuah hadis Rasullullah S.A.W yang bermaksud " Demi Allah, Baginda tidak pernah marah kerana urusan peribadi yang beliau hadapi kecuali apabila urusan larangan Allah dilanggar, maka beliau akan marah kerana Allah" (Riwayat al-Bukhari)
  • Ingat kekuasaan dan Keagunan Allah ketika marah
  • Menahan Marah : Allah menyukai orang yang menahan marah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : "..dan orang yang menahan marahnya dan memberi maaf kepada orang lain dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan.' (Surah Ali 'Imran 3:134)
  • Berlindung kepada Allah ketika marah : Rasullullah S.A.W bersabda yang bermaksud : " Jika Seseorang yang marah mengucapkan 'A'uzubillah' (Akan berlindung kepada Allah), nescaya akan reda kemarahanya. " (Riwayat Ibn 'Adi)
  • Diam : Daripada Imam Ahmad, Maksud sabda Rasullullah S.A.W : " Ajarilah, permudahkanlah dah jangan menyusahkan. Apabila salah seorang daripada kalian marah, hendaklah dia diam."
  • Mengubah Posisi : Sabda Rasullullah S.A.W, Maksudnya :" Jika salah seorang daripada kamu marah ketika berdiri,maka hendaklah ia duduk. Apabila marahnya tidak hilang juga,maka hendaklah ia berbaring." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah)
  • Berwuduk : Marah itu api syaitan. Oleh sebab itu, Sejukkan marah dengan berwuduk.
  • Bersabar dan memaafkan : Sebaik-baik orang yang marah, memaafkan orang yang memarahinya. Maksud firman Allah :" Dan jika mereka marah,mereka memberi maaf." (Surah al-Syura 42:37)
  • Jangan berdendam : Allah berfirman yang bermaksud " Dan jika kamu memberi balasan, maka balaslah dengan balsan yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepadamu. Jika kamu bersabar,sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang sabar." (Surah al-Nahl 16: 126)

0 comments: