Ahad, 14 November 2010

Solat sunat

 *** Bismillahirrahmanirrahim ***
 ***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”: Sesungguhnya tidak ada suatu sembahyang sunat pun yang begitu dijaga oleh baginda daripada sembahyang dua rakaat sebelum subuh..”
Riwayat Muslim





Huraian

i) Solat dari segi bahasa ertinya doa. Dari segi syarak pula ia bermaksud beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam, mengikut syarat-syarat yang tertentu.

ii) Sunat Rawatib ialah solat sunat yang mengiringi solat fardhu. Terdapat dua jenis sunat rawatibiaitu : Sunat "Qabliyah" iaitu solat rawatib yang dikerjakan sebelum solat wajib, dan waktu-waktunya ialah: 2 rakaat sebelum solat Subuh, 2 rakaat sebelum solat Zuhur, 2 atau 4 rakaat sebelum solat Asar, dan 2 rakaat sebelum solat Isya'; dan Sunat "Ba’diyyah" iaitu solat rawatib yang dikerjakan setelah solat fardhu, dan waktu-waktunya ialah: 2 atau 4 rakaat sesudah solat Zuhur, 2 rakaat sesudah solat Maghrib dan 2 rakaat sesudah solat Isya'.

iii) Solat sunat boleh didirikan dimana-mana sahaja asalkan tempat tersebut suci menurut syarak dan dilakukan dengan mengadap kiblat. Tetapi tempat yang lebih afdhal untuk mengerjakan solat sunat (kecuali solat tahiyatul masjid) ialah dirumah sendiri. Antara hikmahnya ialah supaya seseorang ketua keluarga itu boleh mengajak semua ahli keluarganya beribadah di samping boleh mengelak daripada sifat riya' (menunjuk-nunjuk) atau ujub.

0 comments: