Sabtu, 12 Mac 2011
Masa berlalu laksana mimpi
*** Bismillahirrahmanirrahim ***
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***
Ada pepatah arab mengatakan bahawa masa itu adalah laksana pedang, jika engkau tidak menggunakannya untuk memancung, ia akan memancung engkau. Ini menggambarkan bertapa bertapa pantasnya waktu berlalu, tak ubahnya seperti pancungan pedang.dalam sekelip sahaja segala-galanya boleh berubah.Pada mulanya diri ingin menyerang, tapi ternyata ditikam kerana terlambat beberapa saat untuk bertindak.Waktu yang terlepas itu tidak dapat diraih semula walau apa cara yang diusahakan.Setelah kecundang dalam sesuatu hal, barulah diri sedar akan segalanya.
Seorang yang kaya, jutawan, hidup senang lenang dalam rumah mewah serta segalanya cukup, berangan-rangan akan bersuka ria sepanjang masa.Tiba-tiba dating gempa bumi pada suatu malam, meranapkan rumahnya dan semua penghuninya terbunuh.Ada pula seorang usahawan kaya yang Berjaya, terus merancang untuk membesarkan peniagaannya, tetiba sakit kronik dan seterusnya meninggal dunia serta kekayaannya.Sering kita dengar seorang pemuda harapan keluarga yg Berjaya tiba-tiba meninggal dunia dalam suatu kemalangan jalan raya.
Begitulah keadaan manusia di dunia ini, sesuatu perkara di luar perancangan manusia boleh berlaku pada bila-bila masa. Sedang mereka belum bersiap sedia menghadapi hari esok dengan bekalan yang cukup. Allah SWT berfirman maksudnya”Apakah penduduk negeri2 merasa aman dari kedatangan seksaan kami kepada mereka dimalam hari ketika mereka sedang tidur?Atau apakah penduduk negeri2 merasa aman dari kedatangan seksaan kami kepada mereka diwaktu matahari sedang naik, sedangkan mereka asyik bermain-main?”(al-A’raf ayat 97&98)
Dalam kehidupan sehari-hari, manusia telah menyaksikan tentang ajal manusia yang memang sangat ajaib dan kadang-kadang fikiran manusia sukar untuk menerimanya.Ada manusia yang sangat disanjung dan diperlukan orang ramai, tiba-tiba meninggal dunia dalam keadaan masih muda. Samada meninggal akibat bencana, kecelakaan atau sakit biasa. Ada pula yang dipanjangkan usianya sehingga badangnya lemah dan daif. Yang pasti semua akan pergi samada cepat atau lambat kerana dunia ini hanya tempat menunggu untuk pulang ke tempat yg kekal abadi iaitu alam akhirat.
Bagi orang mukmin yang telah memenuhi perjanjiannya dengan Allah, merka bersiap sedia menunggu panggilan itu dengan lapang dada.Perjanjian yang maksudkan ialah menunaikan seruhan Allah SWT dan meninggalkan segala larangannya serta berjuang sedaya upaya menyiarkan dan membela agama Allah dimuka bumi ini.Allah SWT berfirman maksudnya”Di antara orang-orang mukmin itu ada yangmenepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka diantara mereka ada yang gugur.Diantara mereka juga ada yang menunggu-nunggu dan sedikitpun tidak berubah(janjinya)”(Al-A’raf ayat 23)
Yang dimaksudkan dengan menunggu disini ialah bersiap sedia menghadapi maut, menunggu ajal.Mereka rela menanti kedatangan kematian kerana merasa diri tidakpernah mungkir janji akan janji Allah, tidak melanggar perintah Allah serta telah banyak berbuat amal soleh disamping rela mati demi mempertahankan kesucian agama Allah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan