Khamis, 10 Mac 2011
SOLAT JEMAAH
*** Bismillahirrahmanirrahim ***
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***
Solat jemaah adalah warisan agung Rasulullah S.A.W. Ia menjadi amalan utama para sahabat, tabiin dan sekalian orang-orang soleh sejak dahulu sehingga sekarang diserata dunia. Pahala solat jemaah sangat besar, Sebagaimana sabda Rasululllah S.A.W maksudnya: “Solat jemaah itu lebih utama daripada solat sendirian, dengan memperolehi pahala sehingga dua puluh tujuh darjat”(Muttafaq Alaih)
Dalam hadis lain disebutkan pahalanya sehingga dua puluh tujuh darjat. Sedang kalau sendirian hanya satu darjat sahaja. Tentang hukumnya pula, Dikalanya mazhab Syafie berpendapat ia fardu kifayah. Sedang dalam mazhab lain ada yang berpendapat ia fardu Ain. Apa yang jelas, Rasulullah S.A.W tidak pernah meninggalkan solatjemaah sekalipun berada dalam keadaan sakit sehingga dipapah oleh dua orang sahabat. Salafus-saleh ada yang menyedekahkan sebidang tanah kerana tertinggal satu kali solat jemaah.
Ada riayat yang menyatakan bahawa barang siapa yang mengerjakan solat jemaah selama empat puluh hari dengan tetap sempat mengikut Takbiratul Ihram beserta imam, Ia memperolehi dua kebebasan. Pertama bebas dari sifat nifak dan kedua bebas dari api neraka.
KalauKalau ketika sibuk bekerja dan masih muda sukar untuk berjemaah terus menerus selama empat puluh hari, maka ketika tua tapi masih bertenaga pastikan diri untuk melaksanakannya. Ramai yang menyatakan bahawa apabila seseorang telah Berjaya menjalani solat jemaah 40 hari terus menerus itu, dia akan merasa ringan untuk solat jemaah seterusnya. Dan merasa kerugian besar bila tertinggal walau satu rakaat.
Khusus mengenai solat jemaah subuh pula, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan solat isyak berjemaah(pahalanya) seperti mengerjakan ibadah setengah malam dan barang siapa mengerjakan solat subuh berjemaah(pahalanya) sama seperti mengerjakan ibadah sepanjang malam” (H.R.Abu Daut dan At Tirmidzi)
Di sebalik fadilahnya yang sangat besar, Solat subuh berjemaah juga besar bahayanya bagi orang-orang yang meninggalkannya. Rasulullah S.AW bersabda yang bermaksud:”Tidak ada solat yang paling berat bagi orang-orang munafik selain solat subuh dan solat isyak. Seandai mereka mengetahui pahalanya, nescaya mereka mendatanginya walau dalam keadaan merangkak” (H.R.Imam Bukhari).
Abdullah bin Mas’ud berkata, “Barang siapa yang ingin berjumpa dengan Allah dalam keadaan selamat kelak di hari kiamat, Hendaklah die menjaga solat lima waktu di tempat azan dikumandangkan(dengan berjemaah). Sebab lima waktu dengan berjemaah itu adalah sebahagian daripadaNYA. Seandainya engkau meninggalkan jemaah(lalu solat dirumah), maka bererti engkau meninggalkan sunnah nabi mu, nescaya kamu akan sesat. Sesungguhnya telah kita saksikan, tidak ada yang meninggalkan jemaah melainkan orang-orang munafik yang telah diketahui munafiknya atau orang sakit. Sesungguhnya seorang lelaki (uzur) telah didatangkan. Lalu berjalan di antara dua orang yang memapahnya sehingga didirikan di saf”(HR Imam Muslim)
Umat islam di perintahkan mengerjakan solat jemaah bukan di kala aman dan damai sahaja, malah ketika sedang berperangpun masih disuruh berjemaah. Rasulullah S.A.W pernah mengancam akan membakar rumah-rumah yang penghuninya tidak keluar megerjakan solat berjemaah. Ini semua menunjukkan betapa pentingnya amalan solat jemaah itu.
Mungkin terdapat dikalangan muslimin ketika masih aktif bekerja atau masih muda banyak mencuaikan solat jemaah, mereka telah kerugian besar. Ketika berada di usia tua dan masih dating ke surau atau masjid adalah sangat tidakpatut kalau tidak menjaga solat jemaah sebaik mungkin. Terdapat dikalangan salafus Saleh yang selama empat puluh tahun berterusan telah hadir di masjid sebelum azan dikumandangkan.
Rajin mengerjakan solat jemaah bererti sentiasa hadir di masjid dan sering beriktikaf. Diantara orang soleh ada yang yang ingin mati ketika sedang solat jemaah di masjid. Bila lagi kah kita akan meniru jejak langkah Salafus Soleh yang selalu rindu masjid kalau bukan sekarang?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan