***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***
1.0 Pengertian Sosial Menurut Islam Perkataan sosial bererti setiap aktiviti atau kegiatan manusia dalam masyarakat. Istilah ini juga apabila dihubungkaitkan dengan manusia membawa pengertian kepada sebarang kelakuan atau sikap yang dipengaruhi oleh pengalaman pengalaman dan tingkah laku orang lain yang telah lalu dan semasa, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung.
Manusia sejak dahulu hingga hari ini mewujudkan kehidupan masyarakat mereka menurut berbagai bagai teori sosial. Islam sebagai al Din yang bersifat rabbani meletakkan alas asas utama kehidupan sosial yang bersih daripada sebarang keterlaluan dan ketidakseimbangan.
Masyarakat atau society menurut Islam adalah satu panggabungan manusia yang diwujudkan melalui ikatan undang undang rabbani bagi mencapai tujuan kehidupan kemasyarakatan yang harmoni dan aman damai. Ia merupakan satu peraturan hidup yang berdasarkan kepada TauhiduLlah dan kepatuhan terhadap Illayiyyah Nya. Sistem sosial Islam merangkumi keseluruhan hubungan kemasyarakatan yang saling kait mengait di antara satu sama lain dan kekuatannya terletak pada undangundang yang mengendalikan sistem tersebut.
Dalam peraturan sosial Islam, undang undang Allah mendahului masyarakat dan menguasainya. Peraturan peraturan sosial yang selainnya yang tidak didahului oleh undang undang dan peraturan peraturan Allah digubal untuk memenuhi kepentingan kepentingan yang menurut tanggapan 'aqal dan hawa nafsu manusia. Undang undang kepada sistemsistem bukan Islam berubah menurut perubahan masyarakat, sedangkan undang undang rabbani tetap dan tidak membenarkan perjalanan masyarakat menyimpang daripada apa yang ditetapkan oleh Allah.
2.0 Asas asas Sistem Sosial Islam Al Qur'an dan al Sunnah telah menggariskan beberapa asas utama kehidupan sosial bagi manusia, di antaranya:
2.1 Bekerjasama Untuk Kebaikan Bekerjasama antara satu sama lain untuk melaksanakan kebajikan dan tidak bekerjasama untuk dosa dan kezaliman. Firman Allah yang mafhumnya:
"Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan janganlah tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran." (Al Ma'idah: 2)
"Dan orang orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah daripada yang mungkar, mendirikan salat, menunaikan zakat, dan mereka ta'at kepada Allah dan Rasul Nya...' (At Taubah: 71)
2.2 Hubungan Sesama Manusia adalah Satu 'lbadah Segala bentuk perhubungan di antara manusia, adalah dengan tujuan untuk melaksanakan keta'atan kepada Allah. Firman Allah yang mafhumnya:
"Mereka diliputi kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (al Din) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia." (Ali 'Imran: 112)
"Hai orang orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah sebenarbenar taqwa kepada Nya; dan janganlah sekali kali kamu mati melainkan dalam keadaan sebagai muslim. Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (al Din) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai." (Ali 'Imran: 102-103)
Menjaga perjanjian dengan manusia dan bersatu padu di dalam masyarakat adalah perintah perintah Allah. Menta'ati perintah Allah adalah 'ibadah kepada Nya.
2.3 Tujuan Membina Masyarakat ialah untuk Menegakkan 'Aqidah Tauhid Dasar kehidupan bermasyarakat adalah untuk menegakkan kepemimpinan Islam yang menyeru dan menegakkan asas asas 'aqidah tauhid kepada seluruh masyarakat. Firman Allah yang mafhumnya:
"(Iaitu) orang orang yang jdca Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan salat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan kepada Allah kembali segala urusan." (Al Hajj: 41)
2.4 Tidak Merosakkan dan Tidak Membantu dalam Merosakkan Masyarakat Dasar kehidupan bermasyarakat ialah untuk menghindarkan sebarang kerosakan terhadap sesiapa di dalam masyarakat sama ada dari segi i'tiqad, jiwa, 'aqal, keturunan dan harta benda. Firman Allah yang mafhumnya: "Jangan kamu berbuat kejahatan di permukaan bumi sesudah ia menjadi baik." (A1 A'raf: 56)
3.0 Ciri ciri Sistem Sosial Islam
3.1 Persamaan di Kalangan Umat Manusia Sistem sosial Islam melihat perbezaan bangsa, warna kulit, bahasa dan kewarganegaraan sebagai perkara tabi'i dalam pertumbuhan dan perkembangan tamaddun manusia. Islam tidak bertujuan untuk melenyapkan perbezaan perbezaan seperti ini ataupun mengetepikannya memandangkan kebaikan kebaikan yang terdapat dalamnya dapat memudahkan manusia mengenal di antara satu sama lain.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang laki Iaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu bangsa bangsa dan bersuku suku supaya kamu sating kenai mengenal...'' (Al Huj urat: 13)
Namun demikian Islam menolak sikap membeza bezakan darjat ketinggian sesuatu kumpulan manusia di atas dasar bangsa, wama kulit, bahasa, kewarganegaraan dan seumpamanya. Islam menetapkan bahawa menentukan darjat manusia semata mata di atas alasan alasan tersebut sebagai satu manifestasi jahiliyyah yang menyesatkan. Ini kerana bumi ini sejak dahulu. hingga ke akhir tamaddun kemanusiaan adalah berasal daripada asal keturunan yang satu. Oleh kerana itu mereka adalah bersaudara dalam status sebagai manusia.
Semua manusia, tanpa mengira wama kulit atau bahasa mereka di dalam sistem sosial Islam adalah sama. Warna kulit dan bahasa tidak dapat mengurangkan status kemanusiaan mereka. Hanya 'aqidah dan keimanan sahaja yang boleh membezakan manusia sebagaimana yang ditegaskan oleh al Qur' an.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu." (Al Hujurat: 13)
Oleh itu, masyarakat Islam tegak di atas dasar 'aqidah. Sesiapa yang menganut 'aqidah ini maka ia menjadi anggota kepada masyarakat tersebut dan mempunyai hak yang sama dengan sesiapa sahaja tidak menganut 'aqidah Islam, mereka tetap diberikan hak hak dan dapat tinggal di bawah naungan masyarakat Islam di atas dasar persamaan daripada segi kemanusiaan.
3.2 Pemeliharaan Kemuliaan Akhlak Di antara ciri ciri yang tertonjol di dalam sistem sosial Islam ialah ketegasannya dalam memelihara akhlak setiap anggota dalam masyarakat. Pentingnya pemeliharaan akhlak yang mulia ialah kerana memandangkan sesebuah masyarakat yang bersih dan suci daripada sebarang kejahatan dan kekejian akan dapat membangunkan anggota anggota yang bersih pemikirannya, balk percakapannya dan sempurna perbuatannya.
Di atas dasar inilah institusi pertama dan terpenting dalam sistem sosial Islam ialah rumah tangga, Islam menetapkan bahawa hubungan yang sah di antara laki laki dan perempuan hanyalah dengan ikatan perkahwinan. Melalui ikatan rumah tangga kesucian laki laki dan perempuan terjamin dan melalui jamman ini sesuatu rumah tangga itu akan memainkan peranan membina masayarakat kecil mereka sendiri, iaitu sebuah keluarga, dengan rasa penuh tanggungjawab. Suasana tanggungjawab dalam membina keluarga ini merupakan salah satu daripada sistem kawalan yang terbaik dalam sistem sosial Islam. la dikatakan sebagai sistem kawalan kerana melaluinya anak anak yang bakal mendirikan satu generasi baru dididik dan dilatih dengan akhlak dan nilai nilai yang ditetapkan oleh Islam. Kepincangan sistem sistem sosial yang selain daripada Islam banyak terletak kepada pengabaiannya terhadap peranan ibu bapa dan rumah tangga dalam mendidik dan melatih anak anak dengan nilai nilai yang baik.
Di samping itu, sistem sosial Islam pula menetapkan beberapa peraturan yang berteraskan kepada akhlak bagi menentukan hubungan hubungan di antara manusia di dalam masyarakat. Sifat sifat yang baik dinyatakan sejelas jelasnya, sementara sifat sifat yang buruk dikeji sekeras kerasnya agar sifat sifat yang buruk itu dibenci oleh anggota masyarakat. Untuk mengukuhkan ketegasan Islam terhadap sifat sifat yang buruk ini, maka di dalam masyarakat Islam sebahagian daripada perbuatan perbuatan yang terbit daripada sifat sifat yang buruk ini dianggap sebagai jenayah dan dikenakan hukuman hukuman hudud dan ta'zir.
Peraturan peraturan dan hukuman hukuman yang ditetapkan dalam sistem bermasyakarakat dan bernegara secara Islam adalah dengan tujuan untuk memelihara keluhuran akhlak anggota anggota masyarakatnya.
3.3 Menegakkan Keadilan Sosial Seluruh kehidupan dalam masyarakat dapat dibahagikan secara kasar kepada dua bahagian utama, iaitu politik dan ekonomi. Sistem sosial Islam menegakkan keadilan sosial dengan menetapkan sistem sistem ekonomi dan politik yang seimbang dan lurus bertepatan dengan undang undang yang bersifat rabbani.
Islam sebagai al Din yang syumul, tidak seperti agama agama lain, mengendalikan keperluan masyarakat, cara cara untuk mendapat mata pencarian, cara cara menambahkan pendapatan serta menggunakannya. Dalam mengendalikan perkara perkara ini pula, Islam menetapkan sistem ekonomi yang tegak di atas dasar akhlak yang mulia. Semua kegiatan ekonomi dalam Islam berdasarkan kepada sikap ini, sistem ekonomi Islam membersihkan manusia daripada penyakit tamak dan haloba yang menjadi punca kepada segala masalah sosial yang berkaitan dengan harta dan kebendaan.
Keadilan sosial yang dijamin oleh sistem ekonomi Islam menetapkan tidak ada sesiapa pun dalam masyarakat yang mempunyai peluang sepenuh penuhnya untuk menghimpun kekayaan dengan mengabaikan dan merampas hak hak anggota lain di dalam masyarakat. Ke'adilan sosial ini menekankan kekayaan tidak hanya boleh berlegar di kalangan orang orang kaya sahaja, tetapi sebaliknya ia hendaklah dimanfa'atkan oleh semua anggota di dalam masyarakat melalui perniagaan dan jual bell.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Supaya harta itu hanya beredar di antara orang orang kaya sahaja di antara kamu." (Al Hasyr: 7)
"Hai orang orang yang beri.man, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu." (An Nisa': 29)
Keadilan sosial dalam bidang ekonomi yang dijamin oleh sistem sosial Islam menetapkan pembahagian yang saksama terhadap peluang untuk mendapatkan kekayaan di kalangan semua anggota masyarakat. Dengan cara ini semua manusia yang dianugerahkan bakat dan kebolehan oleh Allah dapat menggunakannya untuk mendapatkan pendapatannya masingmasing. Mereka yang lebih berkeupayaan akan mendapat lebih dan mereka yang kurang berkemampuan akan mendapat kurang. Namun demikian tidak ada sesiapa pun yang dizalimi kerana masing masing diberi peluang yang sama terhadap bahan bahan dan sumber sumber yang boleh mereka usahakan. Di atas hakikat berbezanya daya kebolehan dan kemampuan manusia inilah, sistem sosial Islam menetapkan bahawa orang orang berkemampuan mengeluarkan zakat dan sedekah bagi mencukupkan dan membantu kehidupan orang orang yang kurang bernasib baik. Dengan ini keadilan sosial dalam bidang ekonomi yang direncanakan oleh sistem sosial Islam memastikan bahawa kekayaan mesti digunakan dan dimanfa'atkan untuk tujuan tujuan yang baik dan pada jalan yang ma'ruf, bukannya untuk kemungkaran atau hanya dihimpunkan kepada beberapa orang tertentu sahaja.
Bidang keadilan sosial yang menyangkut dengan politik pula berkisar di sekitar prinsip samaratanya semua manusia di sisi undang undang. Dalam sistem politik Islam tidak ada sesiapa yang duduk di atas undang undang. Pemerintah atau orang orang yang diperintah, sama ada muslim atau bukan muslim semuanya tertakluk kepada undang undang selagi mana ia menyangkut dengan kepentingan sosial.
Keadilan sosial dalam bidang politik juga memastikan bahawa pemerintahan bukan milik sesuatu golongan atau kumpulan dalam masyarakat. Pemerintahan tidak boleh diwariskan dan tidak pula boleh diwarisi oleh sesiapa. Tetapi pemerintahan adalah satu amanah orangorang Islam yang hanya diberikan kepada orang yang paling layak di atas dasar taqwa, ke'ilmuan dan kemampuan untuk memikulnya. Di atas dasar inilah setiap anggota masyarakat yang Islam berhak untuk memilih pemimpin mereka, menasihatinya dan menegur kekurangankekurangannya.
3.4 Melindungi Kebebasan Manusia Kebebasan merupakan salah satu daripada hak hak asasi manusia. Kebebasan kebebasan yang dilindungi oleh sistem sosial Islam ialah kebebasan manusia beragama, kebebasan bersuara, kebebasan untuk mendapat pendidikan, dan kebebasan mencari dan memilih pekerjaan. Namun demikian dasar yang ditetapkan oleh sistem sosial Islam ialah tanggungjawab dan tugas menjaga keselamatan sosial lebih didahulukan daripada menuntut hak dan memenuhi kebebasan. Dasar ini ditetapkan agar segala penyelewengan terhadap kebebasan yang disalahertikan oleh mana mana anggota masyarakat yang boleh menggugat kepentingan awam serta keselamatan masyarakat dapat dihindarkan. Melalui dasar ini, sesuai dengan tujuan tertegakkan sebuah masyarakat Islam, setiap individu di dalam masyarakat diharapkan mempunyai kesedaran yang penuh untuk mendahulukan kepentingan negara dan masyarakat daripada mementingkan kepentingan peribadi.
4.0 Metodologi Islam dalam Membangunkan Masyarakat
Dasar dasar yang ditetapkan oleh sistem sosial Islam bertujuan untuk membangunkan sel)uah masyarakat yang baik dan sejahtera. Malah bukan setakat itu sahaja, sistem sosial juga berhasrat untuk mengekalkan secara berterusan kebaikan dan kesejahteraan di dalam sesebuah masyarakat. Untuk tujuan ini, Islam mempunyai caranya yang tersendiri dalam membangunkan dan mengekalkan sebuah masyarakat yang baik. Cara tersebut digariskan sebagai:
1. Membina Unit unit Keluarga yang Salih Pembinaan unit unit keluarga yang salih adalah asas pertama bagi sistem sosial Islam. Islam menganggap bahawa ketenteraman jiwa dan hidup yang rukun dan damai bermula daripada kehidupan seorang laki laki dan wanita sebagai pasangan suami isteri di dalam sebuah rumah tangga.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Di antara tanda tanda (kebesaran) Allah ialah la menciptakan untuk kamu pasangan (isteri isteri) daripada Oenis) kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dyadikan Nya di antaramu rasa kasih dan sayang." (Ar-Rum: 21)
Hajat manusia terhadap keberkekalan zuriat menjadikan rumah tangga sebagai asas binaan yang terpenting dalam kehidupan mereka. Firman Allah yang mafhumnya:
"Dan Allah telah menjadikan bagi kamu isteri isteri daripada diri Uenis) kamu sendiri, dan la menjadikan bagi kamu dari isteri isteri kamu itu anak anak dan cucu cucu. " (An- Nahl: 72)
Hajat manusia terhadap kebaikan zuriat ini dirakamkan oleh alQur'an sebagai yang mafhumnya:
"Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami iman bagi orang orang yang bertaqwa" (Al-Furqan: 7)
Rumah tangga juga merupakan pusat. kasih sayang dan keinsafan anak anak terhadap kesusahan dan pengorbanan ibu bapa mereka.
Finnan Allah yang mafhumnya:
"Dan Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya mengandungkannya dengan susah payah, dan melahirkannya juga dengan susah payah, mengandungkannya dan menyusukannya tigapuluh bulan." (Al Ahqaf: 15)
Ibunya mengandungkannya dengan menderita kelemahan demi kelemahan dan menyusukannya selama dua tahun." Luqman: 14
Sebuah keluarga yang ditegakkan di atas dasar keimanan akan dipenuhi dengan kasih sayang dan dihiasi pula dengan 'amal 'amal yang salih. Suasana rumah tangga yang salih merupakan asas utama bagi perkembangan segala unsur unsur kebaikan bagi suami, isteri dan anak anak. Perkembangan ini melibatkan segala bidang kehidupan manusia sama ada ia bersifat kerohanian, akhlak, disiplin, ke'azaman bekerja untuk menambahkan sumber rezeki dan seterusnya.
Rumah tangga merupakan markaz pendidikan pertama bagi anakanak yang akan menjadi pewaria generasi akan datang. Rumah tangga yang saleh juga merupakan pusat pelancaran aktiviti bagi setiap mu'min dan mu'minah ke dalam masyarakatnya.
2. Melahirkan Anggota anggota Masyarakat yang Bertaqwa Bermula dari rumah tangga yang salih dalam sistem sosial Islam akan muncullah individu individu yang bertaqwa. Mereka menyederi segala tanggungjawab mereka terhadap ahli ahli lain di dalam rumah tangga mereka sendiri, mengenal hak hak kaum kerabat dan demikian juga menghormati hak hak jiran tetangga mereka.
Melalui proses pembentukan yang dilakukan di dalam unit unit rumah tangga, sistem sosial Islam bertujuan untuk melahirkan anggota anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Sifat tanggungjawab yang diingini oleh Islam adalah di atas dasar taqwa kerana tidak ada neraca kebaikan yang lebih tepat selain daripada taqwa menurut perkiraan Islam.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah iatah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. " (Al-Hujurat: 13)
Dengan taqwa sebagai dasar, sikap bertanggungjawab anggotaanggota masyarakat tidak terbatas hanya kepada kaum kerabat dan jiran jirannya yang tertentu, tetapi lebih luas daripada itu. Sikap tanggungjawab seseorang muslim akan menjadikannya bersungguhsungguh untuk menolong sesiapa sahaja di dalam masyarakatnya. Dia memahami, Islam menganjurkan bahawa di mana mana sahaja tempat yang masih terdapat seseorang yang lapar, maka penduduknya tidak termasuk di bawah naungan Allah. Sikap sebegini menjadikan mereka sebagai anggota anggota masyarakat yang saling bekerjasama dalam mengendalikan urusan mereka bersama.
Dengan wujudnya sifat taqwa dan tanggungjawab ini maka wujudlah keamanan dan kedamaian dalam masyarakat. Terhindarlah masyarakat daripada kejahatan dan pencerobohan dan timbullah kasih sayang di antara satu sama lain.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Tidak ada kebaikan pada kebanyakan pertemuan pertemuan mereka kecuali daripada orang yang menyuruh (manusia) member' sedekah, atau berbuat ma'ruf, atau mengadakan perdumaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar." (An-Nisa': 114)
3. Menegakkan Pemerintahan yang Melaksanakan Amanah Ma'aruf tidak dapat berkembang dan mungkar tidak dapat dibenteras tanpa adanya pemerintahan. Demikian juga sebuah masyarakat Islam yang sejati tidak mungkin dapat wujud untuk mendaulatkan seluruh syari'at Islam tanpa adanya kekuasaan. Pemerintahan Islam pula tidak dapat kekal sekiranya ia tidak melaksanakan amanah undang undang syari'at yang ditetapkan Allah.
Anggota anggota masyarakat yang bertanggungj awab dan bertaqwa pasti akan memilih pemimpin pemimpin yang bertanggungjawab dan taqwa pula. Di atas dasar inilah peranan pemerintahan Islam adalah untuk menjaga kepentingan rakyat yang memilihnya.
Dengan wujudnya pemerintahan yang melaksanakan amanah maka tegaklah sebuah masyarakat dan negara yang mengikuti seluruh sistem sistem Islam dan hukum hukumnya yang berhubung dengan urusan politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan seterusnya. Dengan wujudnya juga pemerintahan yang melaksanakan amanah maka akan terus berkembang luaslah kebaikan yang terdapat pada diri manusia. Melaluinya juga seluruh manusia akan dapat meni'mati keamanan dan ke'adilan yang sebenarnya.
0 comments:
Catat Ulasan