Sabtu, 23 April 2011
Apa itu iman?
*** Bismillahirrahmanirrahim ***
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***
Assallamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu,
Di sini akan di huraikan serba sedikit mengikut apa yang saya fahami tentang perkenalan iman yang sebenar nya, mungkin masih ramai lagi dari kita yang kurang kefahaman mengenainya hingga ada diantara kita merasakan tidak perlu lagi untuk mempelajari tentang ilmu ini kerana merasa diri sudah cukup ilmu atau kita merasa diri kita lebih baik atau lebih pandai daripada orang lain atau kita berpendapat bahwa ini tidak penting untuk tahu kerana kita mengaku bahwa kita sudah Islam sejak di lahirkan. Apabila adakala kita ada merasakan kelebihan diri hingga kita rasa orang lain perlu menghormati kita, maka sebenarnya kita telah lupa tentang tuntutan iman itu sendiri.
Di dalam zaman sekarang ini ada sekelumpuk manusia yang merasakan cukup bagi dirinya apabila telah mengaku beriman kepada Allah dan merasakan sudah mencukupi bagi diri nya untuk Allah terima apa yang dia lafazkan. Ada kah itu yang kita katakan yang orang ini telah beriman? Ramai para Ulama besar kita telah menghuraikan kedalam beberapa kitab tentang persoalan mengenai beberapa jenis keimanan seseorang kepada Allah Subhanaullahu Wataala, mempelajari dan memahami tentang iman belum cukup untuk kita boleh mengaku yang kita telah benar-benar beriman kepada Allah.
Apabila kita hendak mengaku kita beriman kepada Allah memang memerlukan kita kenal kepada Allah, mengenal akan segala kebesaran Nya, mengenal akan segala keupayaan Allah iaitu kekuasaan Nya terhadap segala apa yang terisi di dalam dunia yang sangat luas ini, mengenal apa yang Dia miliki, mengetahui siapa yang telah Allah ciptakan, mengenal siapa kita iaitu bagaimana kita dijadikan oleh Allah, maka akan datang lah kesedaran kepada diri kita bahwa sesungguhnya Allah lah yang memiliki segala nya.
Kita selalu lupa bahwa iman itu boleh turun naik atau juga hilang dari hati seseorang hamba Nya kerana selalunya apabila kita diberikan sedikit kelebihan dari orang lain, kadangkala kita merasa sombong, bongkak atau bangga diri
Kesedaran tentang iman yang sejati hanya boleh dimiliki dengan ilmu, kefahaman dan keinsafan diri dengan mengaku bahwa diri kita ini tidak memiliki apa-apa, tanpa punya kekuatan, tanpa punya kuasa dan tanpa punya pengetahuan jika tidak dengan kehendak Allah, iaitu dengan hanya izin Nya Allah sahaja maka baru lah semuanya boleh terjadi.
, ini lah ciri-ciri yang membuat seseorang itu hilang iman nya kepada Allah kerana ciri-ciri begini semestinya tidak boleh ada kepada apa yang digelar atau dikenali sebagai mahkluk kerana mereka bukan lah Tuhan Yang Maha Mencipta, Maha Berkuasa, Maha Mengetahui dan Maha Kekal, kita bukan seperti itu kerana kita adalah insan yang lemah yang hanya diberi sedikit kudrat iaitu keupayaan oleh Allah, supaya kita dapat menjalani kehidupan didunia ini semahu kita dengan kita diberi akal dan nafsu tetapi diperintahkan kepada kita supaya kita belajar untuk dapat mengenal siapa itu Allah dan menuruti segala perintah Nya. Allah telah menjadikan syurga dan neraka, sesungguhnya neraka itu adalah tempat bagi orang-orang yang menzalimi diri mereka sendiri kerana akibat keangkuhan dan kebodohan diri sendiri.
Kehebatan Allah dapat dirasa dengan hati kepada orang-orang yang benar-benar beriman, keinsafan akan terbentuk dengan sendirinya kerana kesedaran didalami diri akan meresap melalui amalan harian yang di jalaninya, menjalani kehidupan sebagai seorang yang beriman dengan berusaha membuat kebaikan untuk Allah, untuk dirinya dan untuk diri orang lain. Kita mesti memiliki sikap sedar diri untuk mencapai tahap orang yang boleh di katakan beriman, kesilapan diri seperti sombong dan bongkak boleh membawa kepada dirinya berada didalam kekufuran kerana dia perlu sedar bahwa diri nya itu hanya seorang manusia yang sentiasa mengharapkan belas ihsan dari Tuhan yang menjadikannya dan erti lainnya kita ini hanyalah hamba kepada Allah.
Manusia hendaklah sentiasa membuat kebaikan kerana kebaikan itulah yang akan memancarkan cahaya iman didalam hati nya. Kita mesti tahu bahwa Allah lah tempat untuk kita berserah diri, kesenangan yang kita miliki hanyalah satu ujian Allah kepada kita untuk melihat sejauh mana kita dapat berbakti kepada sesama manusia dan juga untuk ugama yang kita anuti. Kita selalu lupa bahwa harta yang kita miliki sebenarnya bukan milik kita kerana Allah lah yang punya harta tersebut, sebab kita di akhirat kelak akan dipersoalkan bagaimana kita mengunakan harta yang kita ada semasa hayat kita.
Kita kena sedarkan diri kita dengan mencari keinsafan diri supaya iman kita akan dapat kita rasakan teresap di jiwa kita, kita mesti menaruh penuh kesedaran bahwa kehidupan kita boleh diubahkan oleh Allah dengan sekelip mata sahaja, dari kaya menjadi miskin, dari yang punya pangkat jadi hina, dari yang punya kehidupan yang bagus boleh hilang tanpa terduga, maka semua ini tiada yang kekal kecuali Allah Yang Maha Besar, yang menjadikan langit dan bumi dan juga seisi nya. Minta ampun lah kepada Allah akan segala dosa-dosa yang kita lakukan dahulu dan juga minta ampunlah kita kepada Allah akan orang-orang yang telah kita aniayakan atau kepada siapa sahaja yang pernah kita membuat kesalahan, menanggis kerana merasa insaf diri, maka disini lah akan kita ketemukan dengan iman yang sejati yang kita cari yang dituntut oleh Allah SWT.
Jika tiada kita kenal apa itu iman sebenarnya, kita tidak akan mencapai tahap ihklas kepada Allah apabila kita membuat sesuatu ibadah dan bagaimana pula mutu amalan kita itu dapat kita tampilkan didalam kehidupan kita seharian? Maka kerana itu agak sukar kalau kita mahu menemukan dengan mudah orang yang baik didalam orang banyak yang pada am nya kita kenal mereka sebagai orang Islam. Keharaman sudah tidak dipentingkan lagi, perkara halal adalah perkara kecil, maka kerosakan ahlak masyarakat akan merebak terus hingga apabila peneguran untuk kebaikan akan di anggap sebagai satu perbuatan biadap kerana kita akan dikata suka menjaga tepi kain orang lain. keadaan kehidupan sekeliling kita semakin semakin jauh dari landasan yang sebenarnya yang di tuntut dalam Islam, apa yang kita takuti ialah datangnya azab Allah sebelum datang nya kiamat kepada orang-orang yang mengaku Islam hanya dibibir mereka sahaja. Nauzubillah minzalik.
Sekian
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan