Jumaat, 22 April 2011

Mengahwini Wanita Hamil

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***


   Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5. Perkahwinan
seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya
memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat  tahu anak pregnant  luar
nikah, cepat cepat  kahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK
SAH, maka pasangan itu  kelak hidup dalam zina sampai bila-bila...
 
   Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak  persoalan  lain
timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda  di  sini
kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum
berkahwin didapati hamil anak luar nikah? 

Jawapan 1 : Gadis itu  tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.
....................................................................................................................
Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia  mengahwini
gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
 
 Jawapan 2 :  Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu
dilahirkan.
 ....................................................................................................................
Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
 

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh
mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada
bayi yang dikandung itu.
 
 .................................................................................................................... 
Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk
memperbetulkan keadaan?
 

Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan  itu mestilah menunggu
sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak  mengandung, barulah
mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.
 .................................................................................................................... 
Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
 

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina  kerana pernikahan itu
tidak sah.
 ..................................................................................................................... 
Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
 

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk
menuntut apa-apa daripada ayahnya.
 ........................................................................................................................ 
Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada  anak
tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya
sendiri?
 

Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.
 ......................................................................................................................... 
Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau
bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang
sewajarnya?
 

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga
perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.
 .......................................................................................................................... 
Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah
saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain
sendiri?
 

Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab
anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan
keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan
tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.
 ...................................................................................................................... 

0 comments: