Isnin, 11 April 2011

BERSEDIAKAH KITA MENINGGALKAN DUNIA INI ?

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***

Bersediakah kita sekiranya kita diuji dengan kehilangan nyawa sendiri atau orang yang disayangi ?

Allah SWT berfirman dalam Surah Ali Imraan, ayat 185 yang bermaksud:
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada Hari Kiamat  sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya ia sudah berjaya. Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.”

Orang yang bersabar menghadapi kematian adalah orang yang sentiasa berada di bawah perlindungan Allah.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 156-157 yang bermaksud:
“Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya. Dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayahNya.”

Buat kita yang masih hidup, kematian sepatutnya menjadi iktibar untuk kita
sentiasa beringat mengenai kehidupan yang sementara, cuma tiada apa yang dibanggakan dengan kehidupan dunia, sebaliknya ibadah dan takwa juga yang merencanakan kebahagiaan di akhirat sana. Sering saya berdoa semoga tidak diuji dengan sesuatu perkara yang tidak mampu saya hadapinya lebih-lebih lagi dalam keadaan sakit ini....emosi seringkali terganggu pabila menerima berita2x yg menyayat hati. Moga Allah beri kekuatan kepada semua insan yg pernah merasai erti sebuah KEHILANGAN.

0 comments: