Khamis, 2 Jun 2011

Soaljawab agama

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***



Soalan:

assalamualaikum...
ustaz.dh banyak soalan begini saya hantar tapi tiada jawapan.
diharap ustaz dapat menjawab kali ini untuk saya mengubah apa yang tidak betul.
apakah hukumnya memakai sarung lengan yang seperti sarung kaki itu.
biasanya apabila memakai baju berlengan pendek atau 3suku,
sarung lengan itu akan dipakai bagi menutup aurat lengan yang selebihnya.
soalan saya,adakah boleh memakainya kerana sarung lengan itu memang ketat.
seperti sarung kaki , menutupi kulit tetapi masih menunjukkan bentuk lengan kita.
mohon penjelasan dari ustaz...
wassalam

Jawapan: 
w.salam
Saya memohon kemaafan diatas kelewatan menjawab soalan2 yang telah dihantar. ini adalah kerana jadual kuliyah dan ceramah yang terlampau ketat. InsyaAllah saya akan cuba menyegerakan memberi jawapan agar semua penanya berpuas hati dan sesiapa yang masih belum dijawab saoalannya diharap bersabar.
Diantara syarat menutup aurat bagi wanita ialah menutup dengan suatu yang menghalang dari nampak tubuh badan dan pakaian tersebut tidak ketat sehingga nampak bentuk tubuh badannya.
Oleh itu jika seorang wanita memakai baju lengan pendek dan memakai sarung lengan sampai ke pergelangan tangannya maka hukumnya masih dikira tidak menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak.Ini adalah kerana bentuk aurat yaitu tangannya masih kelihatan melainkan sarung lengan yang dipakai itu longgar sekira2 tidak kelihatan bentuk lengannya.
Adapun jika wanita tersebut memakai baju lengan panjang (mcm baju kurung, jubah atau t-shirt muslimah - pada pandangan MysDear) dan memakai pula sarung lengan maka apabila ia mengangkat tangannya sebab mengambil barang yang tinggi tempatnya lalu kelihatan lengannya yang memakai sarung itu hukumnya dimaaf pada syarak.
wallahua'lam

oleh: Ustaz Azhar Idrus

0 comments: