Khamis, 17 Disember 2009
Maal Hijrah 1431 H
Assalamualaikum wbt..
Sedar atau tidak esok brmulanya tahun baru 1Muharram 1431H..kesempatan ini ana mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru Hijrah 1431 kepada semua pengunjung teratak An-Nisaa' dan seluruh umat islam semua.
Hari ini..dapat dilihat makhluk bergelar manusia atau org yg menjadi isi dunia begitu leka...dan mengejar dunia..tanpa sedar dunia semakin tua sdah tdak mampu menanggung seksa akibat daripada kealpaan manusia dlm menunaikan tangjawab sebagai hamba ALLAH..esk bermulanya tahun baru menggantikan fasa masa yang hari kehari menghampiri ke penghujungnya iaitu hari kiamat...namun seperti termaktub dalam al-Quran ayat 1 surah AL ANBYAA' iaitu
Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya).(AL ANBYAA':ayat 1)
Semakin menghampiri dunia ke penghujung...maka manusia jga smkin hanyut dan hanyut dibawa arus gelombang dunia yang melalaikan dan melekakan..kehidupan dunia lebih diutamakan dan membuatkan nafsu mengusai diri..Firman ALLAH S.W.T iaitu:
Maka adapun orang yang melampaui batas dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggalnya. Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari (keinginan) hawa nafsu, maka sesungguhnya, syurgalah tempat tinggalnya.(Surah An Naziat:ayat 37 - 41)..
Pertambahan masa dari saat ke tahun bkn sahaja memberi kesan kepada usia dunia..tetapi diri kita juga..adakah kita sedar msa yang kita gunakan dgunakan sebaiknya untuk memperhambakan diri sebagai hamba ALLAH atau mangsa hasutan syaitan, kuncu-kuncunya dan bala tenteranya???Di hari pembalasan kita akan ditanya mengenai setiap detik yg kita lakukan ....
"Tidak akan berganjak dua kaki seorang hamba Allah (dari tempat hisab di padang mahsyar) sebelum ia ditanya berkenaan: Umurnya (yakni masa-masa di sepanjang umurnya), bagaimana ia habiskannya? Ilmunya, bagaimana ia amalkannya? Hartanya, dari mana ia perolehi dan cara mana ia belanjakannya? Tubuh-badannya, bagaimana ia gunakannya?(Hadis riwayat Imam at-Tirmizi dari Abi Barzah Nadhlah ibn Abid al-Aslami)
Di bulan Hijrah ini..marilah kita sama-sama bermunasabah diri dan melakukan perubahan dan pengorbanan dalam mengabdikan diri padaNYA..agar diri kita adalah salah seorang yang mnjadi penghuni syurga yg abadi kelak...jgnlah hanya mengejar dan mengamalkan yg sunat tapi yg wajib kita abaikan dan tdak sempurna..jgn hnya mnymbut bln muharam tanpa kita lakukan prubahan pd dri dan berada di takuk lama yg hnyut dan mkin hnyut dibawa arus dunia yg hanya seketika...Semoga tahun baru memberi erti yang bermakna pada diri kita dalam mempertingkatkan lagi tahap ketakwaan kita dalam mencari redha YANG ESA...Wallahualam...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan