Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w berada bersama kaum muslimin, datang seorang lelaki.
Kemudian lelaki itu bertanya kepada baginda: “Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan Iman?”
Lalu baginda bersabda: “Kamu hendaklah percaya iaitu beriman kepada Allah, para Malaikat, semua Kitab yang diturunkan, hari pertemuan denganNya, para Rasul dan percaya kepada Hari Kebangkitan.”
Lelaki itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah!
Apakah pula yang dimaksudkan dengan Islam?”
Baginda bersabda: “Islam ialah mengabdikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukanNya dengan perkara lain, mendirikan sembahyang yang telah difardukan, mengeluarkan Zakat yang diwajibkan dan berpuasa pada bulan Ramadan.”
Kemudian lelaki tersebut bertanya lagi: “Wahai Rasulullah!
Apakah makna Ihsan?”
Rasulullah s.a.w bersabda: “Engkau hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya, sekiranya engkau tidak melihatNya, maka ketahuilah bahawa Dia sentiasa memerhatikanmu.”
Lelaki tersebut bertanya lagi: “Wahai Rasulullah!
Bilakah Hari Kiamat akan berlaku?”
Rasulullah s.a.w bersabda: “Sememangnya orang yang bertanyakannya lebih mengetahui dariku. Walau bagaimanapun aku akan ceritakan kepadamu mengenai tanda-tandanya. Apabila seseorang hamba melahirkan majikannya maka itu adalah sebahagian dari tandanya. Seterusnya apabila seorang miskin menjadi pemimpin masyarakat, itu juga sebahagian dari tandanya. Selain dari itu apabila masyarakat yang pada asalnya pengembala kambing mampu bersaing dalam menghiasi bangunan-bangunan mereka, maka itu juga dikira tanda akan berlakunya Kiamat. Hanya lima perkara itulah sahaja sebahagian dari tanda-tanda yang diketahui dan selain dari itu Allah sahaja Yang Maha Mengetahuinya.
Kemudian Rasulullah s.a.w membaca Surah Luqman ayat 34 yang bermaksud: Sesungguhnya Allah lebih mengetahui bilakah akan berlaku Hari Kiamat, di samping itu Dialah juga yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim ibu yang mengandung. Tiada seorang pun yang mengetahui apakah yang akan diusahakannya pada keesokan hari iaitu samada baik atau jahat dan tiada seorang pun yang mengetahui di manakah dia akan menemui ajalnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.”
Kemudian lelaki tersebut beredar dari situ. Rasulullah s.a.w terus bersabda kepada sahabatnya: “Sila panggil orang itu kembali.”
Lalu para sahabat berkejar ke arah lelaki tersebut untuk memanggilnya kembali tetapi mereka dapati lelaki tersebut telah hilang.
Lantas Rasulullah s.a.w bersabda: “Lelaki tadi ialah Jibril a.s. Kedatangannya adalah untuk mengajar manusia tentang agama mereka.” [HR. Bukhori (48), Muslim (10)]
“Dibangun Islam itu atas lima perkara: Memberi kesaksian bahwa tiada Ilah selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berhajji ke Baitullah, dan berpuasa Ramadhan.” [HR. Bukhori dan Muslim dari Abi Abdurrahman (Abdullah) bin Umar bin Khoththob radhiyallahu 'anhuma]
Dari:Ibnu UZ
8 comments:
Assalamualaikum tuan2 dan puan2 yang dirahmati Allah S.W.T..sesungguhnya tanda kiamat kecil telah pun muncul pada zaman ini...ini bermakna masa untuk kiamat semakin hampir bagi kta....tapi kita masih mampu ketawa,berseronok dan berusaha dalam mengejar dunia yang tak kekal abadi ini....begitulah umat akhir zaman sekarang...Islam hanya pada nama,tapi perintah Allah kita endahkan dan laranganNya kita lakukan.....apakah kita terpesong begitu jauh....adakah kita bersedia menghadapi mati yang akan mejemput kita pada bila2 masa?adakah amalan dan iman yang ada pada diri kita mencukupi untuk bertemu dengan Al Khaliq(pencipta)....sedang amalan kita belum tentu dapat menyelamatkan kita dari azab kubur yang sememang amat dasyat sekali sehingga para sahabat menggeletar tubuh badan dan menangis bila Nabi SAW menggambarkan azab kubur kepada mereka...fikirkan sejenak wahai saudara Islamku....Islam bukan untuk dipakai pada namanya,tetapi untuk dipegang dengan hati ajaran Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW....
Assalamualaikum saudara zahir...penyataan anda benar islam bukan untuk dipakai pada nama,tapi dipegang dalam hati...sy pun kadang2 bingung...knp msh ada golongan yg tidak sedar adanya mati,adanya akhirat,adanya dosa dan pahala,ada neraka dan syurga...persoalanya adakah mereka sedar atau buat2 xsedar???sy pernah membaca dalam buku hadith..dimana apabila sesorang islam itu bila disuruh bersolat sebanyak 3 kali tapi tidak diturutkan maka orng itu akan jatuh kafir..dan wajib dibunuh...saya kadang2 kesian pada mereka yang masih xsedar akan islam ini penting dalam hidup...sedih..pernah satu hari sahabat bertanya kepada Rasulullah,adakah umat islam akan datang ramai?
Rasulullah menjawab bahawa umat islam akan datang ramai tapi ibarat buih di lautan,,ini bermakna islam itu banyak tp yang betol2 islam herm...saya juga insan yang lemah di mana iman saya juga senipis kulit bawang..kadang2 terbit keinsafan lalu terbit juga dalam hati untuk menasihati...wahai umat islam ingatlah dimana dizaman Rasulullah dahulu..mereka yang ingin mendapatkan islam terpaksa diseksa..sampai ada yang syahid..tapi kita ni..lahir saja islam dah ada pada kita xpayah nak berperang,diseksa dan sebagainya...knp kita nk buang islam tu? kita simpan dalam hati dan pegang sampai ke liang lahad...insyaallah dengan keredhaan Allah kita kecapi Al-jannah
Assalamualaikum.......
islam hari ini.. yang benar-benar mengamalkannya.. hanyalah segilintir kecil.. hanya sekelompok kecil.. golongan minoriti.. sememangnya seperti yang dikhabarkan nabi.. bilangan muslim itu banyak di akhir zaman.. tapi sedikit sekali yang mempunyai nilai.. bagai buih di lautan.. ombak menghempas.. melahirkan jutaan buih-buih.. namun sekadar buih yang hilang setelah seketika.. muslim hari ini.. ibarat angka kosong.. tiada nilai.. roh islam tiada dalam jasad.. hanya jasad kosong semata-mata.. jasad yang menjadi pinjaman digunkan untuk selainnya.. untuk yang lain dari yang diajarkannya.. islam hari ini terpinggir.. islam hari ini disisihkan.. islam hari ini diabaikan.. islam hari ini dihina.. islam hari ini dihitamkan.. islam hari ini dipandang serong.. mengapa?.. bagaimana ini terjadi?.. apakah salahnya?.. di manakah silap?..
islam hari ini.. kalau dilihatkan jauh sekali dari mula ia datang ke bumi.. pada mula ia disampaikan oleh para nabi dan rasulullah.. islam yang disampaikan oleh rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam adalah sangat bersih.. suci.. putih bersih.. tiada tompok hitam.. tiada yang mengotori.. tetapi.. bagaimana agama yang benar boleh jadi sedemikian rupa.. menjadi kotor.. bukan islam itu yang kotor.. tapi penganutnya yang mengotori islam.. islam itu adalah syumul suci bersih.. penganutnya yakni muslim yang mengotori diri mereka sehingga islam dipandang rendah.. dihina.. dicaci.. dikeji.. kalau dilihat ajaran nabi ibrahim.. seperti ajaran nabi ibrahim.. ketika zaman itu, umat nabi ibrahim mengikuti dengan betul segala yang disuruh oleh nabi ibrahim.. kita ambil satu syariat yang ada pada waktu itu.. tawaf.. ketika zaman nabi ibrahim.. umatnya mengikut segala apa syariat yang disuruh.. sebagai bukti.. bukti yang kita mentauhidkan Allah.. segala arahan dan suruhanNya kita buat.. kita lakukan.. tanda patuh dan akur atas segala yang diperintahkan.. kemudian.. setelah nabi ibrahim wafat.. penganut agama ini masih meneruskan syariat ini.. dengan btul.. kemudian habis satu generasi.. generasi seterus meneruskan juga syariat ni.. kemudian ditanyakan kepada saki baki generasi sebelumnya.. kenapa kita buat camni?.. perintah Allah.. baiklah.. mereka pun terus ikut.. begitulah yg berlaku untuk beberapa generasi… sampailah tiba dan muncul generasi baru.. mereka mempersoalkan syariat ni.. jawapan generasi atas mereka.. nenek moyang kami buat.. lalu mereka berpendapat.. ini perlu diubah.. tidak “best” begini kata mereka.. maka.. mereka pun menukar.. tukar sedikit sahaja pada mulanya.. diletak berhala sedikit kata mereka.. baru ade rasa kepada siapa kita tawaf ni.. kemudian.. diteruskan lg generasi seterusnya.. lalu ditukar lagi mengikut akal dan nafsu mereka.. kali ni tawaf berbogel pula.. baru ada rasa indah kecintaan itu.. baru nampak cintanya sehingga sanggup melakukan apa sahaja.. pendapat mereka begitu seolah-olahnya.. lihat bagaimana perubahan satu syariat.. yg mana.. asal terturunnya itu.. satu syariat yang mulia.. begitulah islam sekarang… syariat asal.. banyak yang telah diubah.. kalau bukan pada syariat itu sendiri pun.. pada pandangan terhadap syariat itu..
kita ambil contoh riba’.. riba’.. hari ini kita lihat biasa sahaja.. interest.. ala.. biasa la.. interest.. mane-mana ada.. tapi… kalau nak diikutkan.. pernah ditanyakan kepada sahabat atau tabi’in atau tabi’ tabi’in.. lupa siapa.. tetapi.. ditanya.. perkara apa yang paling Allah murka.. lalu dia menghabiskan tiga hari tiga malam mengkaji kitab sumuanya, al quran dan hadith disemak.. lalu.. dia berkata.. tidak ade perkara yang aku jumpa yang jika dilakukan Allah isytiharkan perang terhadap mereka melainkan riba’.. betapa beratnya riba’ itu sebenarnya.. kalau nak dilihatkan.. murtad sendiri Allah berfirman.. kalau kamu murtad.. murtad la.. Allah akan gantikan dengan satu kaum yang lain.. yang mereka mengasihi Allah.. Allah mengasihi mereka.. firman Allah,
“Hai orang-orang beriman, barang siapa diantara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan datangkan satu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang kafir, yang berjihad di jalan Allah dan yang tidak takut celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah, diberikanNya kepada siapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (pemberianNya), lagi Maha Mengetahui.”
(Surah al-Maidah [5] : 54)
beratnya dosa riba’ itu.. tapi ia seperti tidak ada apa-apa dalam masyarakat hari ini. .sehingga ada yang mempertikaikan.. kalau tidak ada riba’, macam mana bank nak buat duit?.. begitu sekali.. ketahuilah.. hukum Allah itu sempurna, dan tidak perlu dipertikaikan.. apa yang kita rasa, sekiranya matahari berada dekat dengan kita?.. kenapa matahari begitu jauh?.. pernah kita pertikaikan yang ini?.. tidak.. tapi kenapa isu tudung.. isu bank islam.. isu lain.. mengenai hukum Allah.. kita pertikaikan dan tidak mahu menerima.. kenapa kita mempersoalkan dengan logik akal dan kemahuan nafsu sahaja.. terpulanglah.. siapa yang ingin ta’at kepada Allah.. teruskan.. Allah tidak kurang sedikit pun kekayaan dan kemuliannya.. Allah tidak memerlukan kita.. tapi kita memerlukan Allah.. kita adalah fuqara’.. fakir kepada Allah..
inilah gambaran islam zaman sekarang.. rosak.. jika dibiarkan terus… tidak mustahil dia akan jadi lebih rosak dari dulunya.. rasulullah diturunkan pada zaman yg betul-betul sudah teruk kehidupannya pada masa itu.. tetapi mereka masih percaya pada Allah.. Rabb mereka.. tapi syariat mereka langsung tidak menunjukkan kepercayaan mereka.. tauhid hanya sekadar di mulut.. tauhid rubbubiyah sahaja.. tiada tauhid uluhiyyah.. dia hanya mengaku Allah itu empunya alam segalanya.. Allah yang mentadbir.. tapi tidak menyembah Allah sebagai illah.. Tuhan yang disembah.. kalau inilah pemahaman manusia.. hebat lagi iblis.. para syaitan.. yakin mereka terhadap Allah jauh lebih hebat.. cumanya mereka tidak ada tauhid uluhiyyah..
dunia sekarang ibarat kisah burung di waktu gerhana… burung.. tugasnya.. atau kita kata rutinnya.. keluar waktu siang.. waktu cahaya memancar.. sewaktu cerah mentari menyinar.. sewaktu matahari memancarkan cahayanya.. burung-burung akan mencari makan.. lalu pulang.. kemudian makan.. setelah malam tiba, mereka tidur.. pada mereka.. siang keluar.. malam tidur.. bercahaya dan cerah itu tandanya mencari makan.. gelap dan hitam itu tandanya balik ke sangkar dan tidur.. itulah kerjanya seekor burung.. itu yang haq bagi seekor burung.. baik.. tiba-tiba.. satu hari.. semuanya keluar mencari makan… tiba-tiba gerhana.. hari gelap.. kebanyakan burung semuanya balik.. mereka menyangkakan sudah malam.. tetapi.. terdapat segelintir burung yang bijak terfikir.. sekarang tidak sepatutnya malam.. aku masih lapar.. aku belum pun mula mencari makanan lagi.. takkan sudah malam.. lalu dia yakin akan cerah semula sebentar lagi..
begitulah kita.. kite di zaman islam dalam gerhana.. kita yang punyai ilmu.. tugas kita sepatutnya memberitahu.. meyakinkan kawan-kawan kita yang lainnya.. dalam analogi tadi.. burung-burung yang lain yang hendak pulang dan tidur.. yakinkan mereka bahawa islam akan kembali tertegak.. maka perbaikilah diri..
begitu juga dengan kisah bahtera penyelamat.. suatu hari dunia dilanda bah besar.. dan ada satu bahtera penyelamat.. bahtera yang cukup besar.. memuatkan ramai orang.. sehingga kapal itu sendiri bertingkat-tingkat.. dan apabila orang bawah haus.. akan diminta pada orang atas sedikit air untuk diminum… kemudian diikuti yang lain.. sampai satu ketika.. orang bawah terasa orang atas banyak melakukan kerja hanya sebab mereka.. lalu difikirkan alternatif.. kemudian mereka membuat keputusan untuk menebuk lubang bahtera.. ambil air terus dari laut.. rasanya… apa yang akan berlaku?..
ya! benar!.. akhirnya.. kapal itu karam.. tapi yang hendak dipersoalkan di sini.. adakah orang atas bersalah?.. adakah orang tengah bersalah?.. tidak! sama sekali tidak.. namun.. adakah orang atas dan orang tengah turut karam?.. ya! mereka juga karam.. jadi.. kesimpulannya.. kita mungkin kurang berbuat jahat.. insyaAllah tidak tinggal solat semuanya.. tetapi masih terdapat ramai orang yang bukan macam kita… jadi.. tugas kita untuk ambil tahu semua hal-hal seluruh yang berada dalam bahtera tersebut.. supaya kita sendiri tidak karam bersama-sama..
kemudian.. kite boleh lihat lagi.. satu lagi analogi… kalau kita lihat.. satu company.. yang orangnya semua bagus-bagus.. pekerja berkerja dgn rajin.. ikut kehendak bos.. bos kata ini dia buat ini.. kata itu.. dia buat itu.. rasenya ape yang akan terjadi dengan company ini pada masa hadapan?.. berjaya.. betul atau tidak?.. hmm.. tetapi sekarang.. bayangkan sebuah company lain.. perkerja dia bagus juga.. rajin semuanya.. tetapi semuanya membuat kerja sendiri.. buat kerje sememangnya buat.. tetapi tidak mengikut apa yang diarahkan oleh bos… dia buat kerja memang dia buat.. rajin.. kalau ada orang luar datang melawat company tersebut.. dia pasti berkata.. wah!.. bagusnya company ini.. semua rajin belaka.. cleaner siap cat semula bangunan.. kerani menaip sentiasa.. laju pula.. padahal.. bos tidak arahkan pun.. kerani sibuk menaip surat personal.. cleaner tidak ada yang menyuruh untuk menukar cat.. tetapi dia sendiri yang hendak tukar.. kita lihat ya.. semuanya buat kerja.. tetapi seorang pun tidak mengikut arahan.. rasa-rasanya.. apakah yang akan terjadi nanti?.. hancur.. rugi.. bankrupt.. betul.. itulah kesudahannya.. musnah.. sebabnya apa.. objektif tidak tercapai.. orang suruh lain dibuatnya lain..
begitu juga dengan kita.. Allah ciptakan kita kat bumi ini ada tugasnya.. dan sume orang buat tugas masing-masing.. ade yg bekerja.. ade yang belajar.. semuanya buat amanah sebagai manusia.. ada yang pergi disko.. menari2.. itu kira bekerja juga.. bekerja sebagai manusia.. tetapi adakah itu arahan Allah? bos kite dalam case ini… jadi.. kita mesti perbetulkan balik.. lihat semula.. muhasabah diri..
dan.. tiada jalan untuk bebas dari gerhana ini.. melainkan.. mengikut jalan yang Allah telah ajarkan.. iaitu.. seperti yang rasulullah lakukan sewaktu baginda diutuskan dalam zaman jahilliyah.. baginda mula dgn membina masyarakat.. membina manusia semula.. mentarbiyah semula.. membina manusia yang mana hidupnya dia dari dalam.. dirinya diisi.. penuh sarat ilmu-ilmu islam dan dipraktikkan.. umat masyrakat yang padu dan kuat.. berdasarkan islam sebagai tunjang asas.. lalu mengorak langkah mencari kuasa.. yang dengan kuasa itu dapat menjaga islam..
kita dapat lihat.. rasulullah berperang itu bukan dengan tujuan akhirnya berkehendak akan kuasa.. lebih kepada memelihara islam.. dengan kuasa, islam terpelihara.. kita lihat abu bakar as-sidiq.. setelah beliau dilantik menjadi khalifah.. abu bakar yang lembut orangnya terus berubah begitu tegas dalam isu yang haq.. sehingga sanggup memerangi orang islam sendiri.. orang yang enggan membayar zakat.. katanya.. jika pada zaman rasulullah mereka membayar unta dan talinya, tapi sekrang mereka hanya membayar unta tanpa talinya akan aku perangi mereka.. Umar yang terkenal dengan ketegasan dan garangnya juga terkejut melihat ketegasan abu bakar setelah diberi kuasa.. kita dapat lihat juga.. dengan adanya kuasa bagaimana islam tersebar.. meluas.. malah waktu yg jauh lebih singkat dari yg diusahakan di mekah..
oleh itu.. tugas mendidik semula perlu kita usahakan.. mendidik ini.. bukan mendidik akal kita.. bukan juga telinga, mata dan mulut atau yang lain-lain.. tapi mendidik hati.. apabila hati bersih.. nescaya yang lain akan ikut serta menjadi bersih.. seperti mana dalam hadith yang masyhur mengenai hati.. diriwayatkan.. mafhumnya sebegini.. ada seketul daging dalam dirimu yang jika bersih ia makan bersihlah seluruhnya dan jika rosak ia maka rosaklah seluruhnya.. itulah dia hati..
jadi.. insyaAllah kita sama-sama renungkan apa sumbangan kita untuk islam.. bagaimana sensitiviti kita terhadap islam sekarang.. jika terus dibiarkan.. pengakhirannya.. nescaya.. akan hancur dan musnah.. semoga dapat diambil manfaat dari penulisan yang tidak seberapa ni..
mcm lps geram je ibnu
waalaikummussalam wbt..
zahir, shila, ibnu...jazakallah barakallah ats komen dan pndangan yg dbrikan..
semua komen hbat2 mngalahkan posting...dah trbalik cmni...hehehe..
ana kan cba posting komen dan pndangan ke ldm entri teratak..insyaALLAH
Catat Ulasan