Selasa, 2 Mac 2010

MENCERDASKAN HAWA NAFSU


Assalamualaikum wbt....

Semenjak 2 menjak nie, ana banyak baca pasal hawa nafsu, article dan buku berkaitan hawa nafsu..Bermula semasa ana berada di hospitl tempoh hari, seorang sahabat ana bawakan buku yang kecil namun isinya cukup padat bertajuk "mencerdaskan hawa nafsu". Selepas tuu ana baca mengenai article dari blog junior course ana yang membicarakan mengenai kisah sedih dimana 1 keluarga dirompak sekumpulan 8 lelaki India yang mana istri pemilik rumah diperkosa di depan suami dan anak-anaknya secara bergilir-gilir...nauzubillah...Bila nafsu menguasai diri tidak kira jantina atau agama, maka musnahlah kita... Firman Allah SWT dalam surah al-Furqan ayat 43.

Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya? (surah al-Furqan ayat 43)

Apa itu hawa nafsu???istilah ini banyak digunakan di dalam al-Quran dan Sunah. Namun, kita msih tdak tahu untuk mengawal nafsu kita mngikut lunas Islam tetapkan..Firman Allah swt dalam surah an-Nisaa'ayat 135 iaitu...


Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biar pun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya atau pun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.

Ayat diatas melarang keras kita dari mengikut hawa nafsu hanya semata-mata ingin menyimpanga atau lari kerana kebenaran.Contohnya kita dapat lihat sekarang manusia lebih mementingkan duniawi walaupun mereka mengetahui dunia hanya sementara ....Sejak akhir- akhir ini kita disajikan dengan kisah yang di luar norma manusia, dimana kisah kekejaman terhadap kanak-kanak, isteri, suami, ibu bapa, wanita dan sebagainya begitu banyak berlaku..Kerana apa?? kerana nafsu yang tdak berlandaskan akal dan iman yang kukuh dalam diri menyebabkan manusia bertndak di luar batasan...

Saidina Ali as pernah berkata: "Sesungguhnya yg paling aku kuartirkan atas kalian adalah dua hal, yaitu ketamakan kepada hawa nafsu dan angan-angan yang panjang".

Sama-samalah kita mencerdaskan hawa nafsu kita berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Akal dan iman memainkan peranan yang penting dalam dri kita bagi mengendalikan hawa nafsu...Sesungguhnya firman Allah swt dalam surah an-Nisaa' ayat 134 iaitu...
"Barang siapa yang menghendaki pahala di dunia saja (maka ia merugi), karena di sisi Allah ada pahala dunia dan akhirat. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha ."


Wallahualam....

P/S: terharu bila tgk seorang shabat ana cakap nak berubah..mula pkai stokin, pkai baju labuh..bca dan pnjam buku2 agama...moga beliau istiqomah dan ikhlas kerana Allah SWT..

0 comments: