Isnin, 15 Mac 2010

BERTUNANG DAN NIKAH???


Soalan

Saya telah bertunang dengan seorang gadis. Beliau tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan mengikut adat istiadat orang Melayu seperti bersanding, berinai dan bertukar-tukar pakaian. Beliau hanya ingin bernikah dan mengadakan jamuan kecil buat saudara dan kenalan terdekat sahaja. Saya tidak mengerti mengapa beliau berkeras tidak mahu berinai dan bersanding atas alasan tidak mahu dirinya ditayangkan dikahalayak ramai. Saya rasa pendirian beliau tidak munasabah kerana beliau bertudung dan terdapat khidmat Mak Andam yang menyediakan pakaian menutup aurat. Keluarga saya juga tidak bersetuju dengan beliau. Ibu saya merasakan bahawa majlis akan hilang serinya tanpa mempelai di atas pelaamin dan dia kecewa kerana tidak dapat melihat anak bongsunya bersanding seperti anak-anaknya yang lain. Saya dan tunang saya sering berselisih faham tentang perkara ini. Malah dia menolak dengan baik tawaran saya untuk menanggung kos perbelanjaan Mak Andam kerana dia menyifatkannya sebagai satu pembaziran? Apakah pandangan Islam tentang keputusan tunang saya?

Jawapan

Menganjurkan jamuan pernikahan adalah satu perkara yang dianjurkan oleh agama. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Adakanlah walimah (jamuan pernikahan) walau dengan seekor kambing sahaja.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Mengikuti adat masyarakat Melayu dalam menganjurkan jamuan pernikahan dibenarkan sekiranya adat berkenaan tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Tidak semua adat Melayu yang bercanggah dengan Islam dan tidak semua pula yang boleh diikuti. Adat yang tidak boleh diikuti kerana bercanggah dengan Islam ada yang boleh diubah suai, sehingga dapat memenuhi tuntutan Islam. Ruang ini tidak mampu untuk menghuraikan apakah adat yang bercanggah dengan Islam berkaitan perkahwinan dalam masyarakat Melayu.

Oleh itu, sebaiknya anda merujuk perkara ini secara langsung kepada seorang ustaz bagi huraian yang mendalam atau membaca buku mengenai pandangan Islam terhadap amalan adat dan budaya Melayu yang terdapat di kedai-kedai buku. Oleh kerana anda menyebut berkaitan bersanding, berinai dan bertukar pakaian, saya hanya memberi ulasan pada perkara ini sahaja.


Bersanding hanya dibenarkan dalam Islam jika persandingan itu hanya dilakukan bagi mahram kedua belah pihak bukan untuk tontotan ramai. Ini adalah bagi menjaga perintah hijab ke atas pengantin perempuan. Perlulah difahami bahawa hijab bagi wanita dalam Islam bukanlah hanya dengan memakai tudung atau menutup aurat. Wanita yang memakai tudung dan menutup aurat tetap tidak boleh dipertontonkan kepada ramai secara sedar apatah lagi dalam keadaan bersolek dan berhias.

Islam juga menetapkan walau pun seorang wanita telah menutup aurat, tidak bermakna lelaki yang bukan mahram boleh melihatnya dengan sengaja. Allah taala berfirman yang bermaksud “Dan katakana kepada orang-orang beriman hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka.” (An-Nur : 30)


Berinai untuk pengantin perempuan adalah satu perkara yang dibenarkan dengan syarat ia tidak disertai jampi-jampi yang menyesatkan atau upacara yang bercanggah dengan Islam. Bertukar-tukar pakaian bukan satu perkara yang dilarang pada asalnya. Sekiranya saudara ingin melakukan persandingan, berinai dan bertukar pakaian, pastikanlah saudara melakukannya mengikut adab yang diajarkan oleh Islam. Namun dalam melakukan perkara di atas khususnya bersanding dan bertukar pakaian, perkiraan bukan hanya dilihat samada ia dapat dilaksanakan mengikut adab Islam tetapi juga dilihat pada keperluan terhadap amalan sedemikian kerana dalam kehidupan sekarang ini, untuk melakukan persandingan dan bertukar-tukar pakaian memerlukan kos yang bukan murah, walau pun jika seseorang itu berkemampuan.

Yang nyata bersanding dan bertukar pakaian bukanlah satu syarat bagi mensahkan nikah. Dalam banyak hal ia bukan satu keperluan. Bahkan ramai yang melakukannya hanya semata-mata kerana mengikut emosi seperti malu dengan saudara mara, ingin menunjukan sesuatu kepada orang lain, untuk berseronok dan mengembirakan hati sahaja dan kesemua itu mungkin adalah dorongan nafsu belaka.


Persoalannya bukanlah kerana kita mampu tetapi apabila seseorang itu membelanjakan hartanya bukan atas dasar keperluan dan hanya mengikut nafsu maka besarlah kemungkinan akan terjatuh dalam pembaziran. Sedangkan Allah taala berfirman yang bermaksud “Sesungguhnya mereka yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan.” (Al-Isra’ : 27).

Maka melakukan sedemikian, sehingga menyebabkan berhutang adalah lebih dicela dalam Islam.
Alangkah lebih jika wang yang diperuntukkan untuk berbelanja bagi upacara bersanding, menyewa pakaian, menyewa deejay dan alat hiburan yang tidak diperlukan bagi sebuah majlis pernikahan disalurkan untuk membiayai kerja-kerja kebajikan seperti mewakafkan sesuatu untuk masjid atau madrasah yang hendak dibina atau menanggung biaya kehidupan anak yatim yang dikendalikan oleh pelbagai agensi bantuan kemanusian Islam.

Inisiatif seperti ini bukan hanya memberi manfaat kepada masyarakat tetapi juga akan menambah keberkatan rumahtangga yang baru dibina. Sebaliknya membelanjakan wang untuk tujuan sedemikian hanya memenuhi hasrat peribadi. Tersilap langkah, akan tercebur pula dalam perkara yang dilarang oleh Islam sehingga menghalang keberkatan rumahtangga yang baru dibina.
Hari ini, masyarakat Islam Singapura dan umat Islam sedunia memerlukan dana yang banyak bagi membantu mereka yang susah dan membangun umat Islam yang ketinggalan dari bangsa-bangsa lain.

Adalah malang jika kelebihan harta yang Allah kurniakan dibelanja semata-mata bagi memenuhi rasa hati atau mengikut emosi.
Jika kita anggarkan perbelanjaan majlis perkahwinan hari ini pada purata $10,000 bagi satu majlis, kita akan dapati masyarakat Islam membelanjakan jutaan dolar setahun bagi membiayai majlis-majlis perkahwinan yang kebanyakannya melibatkan kos-kos yang tidak perlu dan penting. Sedangkan pada waktu yang sama madrasah-madrasah dan pelbagai institusi masyrakat Islam miskin dan tidak dapat membangun sebagaimana sepatutnya kerana ketiadaan dana. Pendirian tunang saudara adalah wajar dan benar dalam Islam. Saudara seharusnya bersyukur kerana mempunyai tunang yang faham akan agamanya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Berkahwinlah dengan wanita yang memiliki agama, nescaya selamatlah diri kamu.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)


Dari: Ibnu

6 comments:

IAMSERI berkata...

Assalamualaikum...
huuu..tula..da try bg hint2 da zai..tp still macam x phm...hehe..ker akak sendiri yg x reti nk explain..maka, terpaksa ler copy artikel ni kt blog akak eh :D

Nur Mawaddah Mahdiyah berkata...

aiii bg hint apa kak?nk bg kt spa????amboiii mcm dah xlma jer ni..ehem ehem..aiii npknya zai mcm nk dpt mkn nsi myak jer ni..xpun nsi lomak pun jd laa kak..haha

IAMSERI berkata...

aihhhh...zai nih..buat2 lupe ker sengaja melupakan diri eh?:p

ermm..mungkin lama lagik..mungkin x lama lagik..anything can happen right? insyaAllah...zai doa2kan smg xder dugaan2 berat yg dtg melanda dan smg segalanya dipermudahkan Allah swt. amiin.

nasik minyak...nasik lemak..nasik ayam..nasik himpit..nasik kerabu...segala jenis nasik kak seri buleh belajar anytime demi utk bg zai makan..ngeh3...:p (sodap ko x sodap tu lain citer ler k)hahaha..

zai pulak cmner? meh ler sambung story yg tergendala aritu tuh..hahaha:p

Nur Mawaddah Mahdiyah berkata...

adeyhh akak ni zai mmg lupa..jap sdng mngngatkan dr ini..ker yg ayah crkan kak?atau ada cter yg zai xth ni...hehehe...

aiii npk skng mkin mntap msk kak..hehe mmg sah ni dah xlm ni nk jd mama kichen...hahhaa..ingt tak dlu kita close sbb dok kngsi sal msk2..haha..adeyhh trngt blik klakor plak aittt..

aii akak ni..zai ni seorg pujaangga cnta..cinta pd Yang Esa..haha..ayt xthn...zai ni kak setia mnanti yg tristmewa kt hati ni...

papepun perancangan, yg dbuat mcmner sklpun yg mnntukan bkn kita kan kak..smada jd xjd..ermm..kta kn usha, doa dan tawakal,..wallahualam

IAMSERI berkata...

hehe..org yg sama jg dgn yg dulu2 tu zai..xde org len pn..yg zai siap ym2 lagik tuh.insyaAllah..zai terlebih tahu kot tuh :p

hahahaha...mama kitchen? adeh zai..kak belum lg capai tahap cenggitu lagi nih. sesekali masuk kitchen tu buleh ler. hari2 nk memasak tu adeh lah..malas yg amek nih..sekadar ikut resepi tu buleh la zai..cam bese la..buat nye ok jer..tp rasa dia..rupa dia mesti ler x sama dgn org len yg buat..=))

yup..dats rite..usaha, tawakal dan doa itu yg utama.

Nur Mawaddah Mahdiyah berkata...

haha..klo akak buat nk kn try ni..ala msk asal ada rsa ok jer kak..jgn tawar jer laa..yg pnting msk..hehe buleh oter kak..

amboi dgn yg tuu mne....mne zai th...huhu...mga jd kak..hehe..aminnn..