Rabu, 28 Oktober 2009
AL-QURAN
Firman Allah SWT..
1. "Kalaulah Al-Qur'an kami turunkan kepada sebuah gunung , sudah tentu engkau akan melihat gunung itu tunduk dan terpecah belah kerana takutnya kepada Allah. Itulah perumpamaan yang Kami buat untuk manusia, supaya mereka memikirkannya".(Al-Hasyr:21)
Sabda Rasulullah SAW...
1. Jangan jadikan Al-Qur'an sebagai bantal
"Wahai ahli-ahli Al Qur'an, janganlah gunakan Al Qur'an sebagai bantal, tetapi hendaklah kamu membacanya dengan teratur siang dan malam, bukalah kitab suci itu, bacalah dengan suara yang baik dan fikirkanlah kandungan-kandungannya, dengan demikian kamu akan memperoleh kejayaan. Janganlah kamu gunakannya untuk mendapatkan ganjaran darinya didunia ini, kerana ianya mempunyai ganjaran yang paling besar diakhirat nanti".(HR.Baihaqi)
2. Hati yang kosong dari Al-Qur'an
"Seseorang yang tidak ada sebahagian pun Al-Qur'an di dalam hatinya adalah seumpama rumah yang telah ditinggalkan kosong".(HR. Al-Hakim)
3. Ibu bapa yang beruntung
" Barangsiapa yang membaca Al-Qur'an dan beramal dengan apa yang terkandung didalamnya, kedua ibu bapanya akan dipakaikan dengan mahkota pada hari kiamat yang sinarnya akan melebihi daripada cahaya matahari jika sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia. jadi bayangkan bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya".(HR .Ahmad dan Abu Hakim).
4. Suara yang paling suka didengari oleh Allah
" Allah Yang Maha Kuasa mendengar dengan penuh minat kepada suara pembaca Al-Qur'an lebih daripada seorang tuan yang mendengar suara hamba perempuan yang menyanyi".(HR.Ibnu Majah)
Sumber:Buku 111 Wasiat Rasulullah SAW untuk Wanita Solehah(Drs Kasmuri Selamat)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan