Jumaat, 16 Oktober 2009

NANGKA DAN WANITA???

BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM"...."Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

Sambil makan jagung manis kesukaan ana sebiji-sebiji yang ana beli dekat Pasar malam ptg tadi..kepala ana ligat berfikir mengenai buah nangka yg telah dikopak isinya dan dipaking serta dijual dengan harga RM 3...bila ana tengok nangka tuu, nafsu makan ana membuak-buak menampakkan nangka itu sangat sdap dan teringin nak beli.kawan ana pun cakap kenapa tak beli kalo dah ngidam??nanti kempunan..ana cakap laa,, xnak ikut nafsu makan sgt nati tak termakan ,dan ana dah makan minggu lepas,,,dlm pada tu ana fikirkan ana dah beli jagung manis,, ana batalkan keinginkan ana nak beli nangka...

Tapi, walaupun tak beli, ana dok terbayang-bayang lagi nangka tuu masa ana bawak JAGUH(JGH 2952)kesayangan ana..hehe.ape yang ana fikirkan???ana fikirkan macammana nak dapatkan nangka yang cantik sangat isinya??jadi ana senaraikan dalam kepala ana::

1. Biji benih yang baik maksudnya dari baka yang elok
2. Sebelum anak pokoknya disemai dekat kawasan yang dipilih, biji benih tadi disemai di dalam polibag di tempat yang khas dan dijaga sehingga anak semaian tadi sesuai untuk ditanam di tempat yang lebih luas dan dapat bersaing dengan pokok samaada dari jenis sama atau lain.
3. Dah semai tu, pokok nangka ni mestilah dijaga dengan diberi baja, air dan pencahayaan yang cukup bagi keperluannya untuk membesar..
4. Bila dah besar, dan matang, pokok nangka ni dari segi penjagaan makin kurang..
5. Si pemilik mestilah tertungu-tngu bila pokok dapat mengeluarkan buah dan hasil?
6. Jadi bila buah pertama dan seterusnya,si pemilik mesti teruja dan membalut nangka ini dari rosak diusik serangga perosak, ditebuk tupai, disentuh atau dicuri orang lain.
7. Jadi, setelah buah tu matang, dari jauh kita dapat bau samada isinya sudah ranum atau belum, tidak pun bila buahnya nampak matang, tuannya pun ambil simpan sebelum dijual atau makan.
8. Tapi walaupun dibalut cantik, dijaga dan disemai elok, tak semua buah elok dan tak semua isi boleh dimakan, ada kekurangannya.untuk dapatkan yang terbaik, nisbah kebarangkaliannya sedikit.

>>>jadi ada 8 step yang terfikir di benak kepala ana mengenai nangka..pastu tanpa sedar ana terfikirkan jika nangka itu adalah wanita????kenapa nangka dibalut cantik dan rapi??? Untuk menjaga buahnya merangkumi dari luar dan dalam..Wahai saudara muslimahku, adakah kita juga manjaga diri, kita harta seperti pemilik nangka menjaga nangkanya??Atau kita abaikan harta kita untuk ditonton, disentuh dan diambil percuma oleh orang lain??

mari kita renungkan sejenak??...

Pada hari ini ramai yang bertudung dan berpakaian tetapi seolah-olah bertelanjang. Apa tidaknya, mereka berpakaian mengikut trend dan fesyen. Bertudung tetapi berseluar ketat, bertudung baju ketat, bertudung tetapi berlengan pendek, bertudung tetapi memakai skirt singkat, bertudung tetapi berkain belah, bertudung tetapi tidak labuh menutup dada dan sengaja diselimpangkan,bertudung tetapi nampak rambut, berbaju tapi jarang, berbaju tapi ketat, berbaju tapi singkat, berseluar tetapi ketat, berseluar tapi menampakkn bentuk.....dan macam-macam gaya lagi ada..Nauzubillah.. Inilah fenomena yang berlaku pada hari ini di dalam masyarakat kita.

Fenomena yang berlaku, nabi kita Muhammad saw telah memperingatkan kepada kita sejak 1400 tahun dahulu.

Bermaksud

“Di akhir zaman akan berlaku di kalangan umatku wanita yang berpakaian seperti telanjang. Atas kepala mereka seperti bonggol unta, laknatlah mereka kerana wanita yang dilaknat”

Hadis tersebut nabi sudah menjangka akan berlaku kepada wanita-wanita dari umatNya di akhir zaman nanti, ada yang memakai pakaian tetapi tidak menutup aurat, nipis sehingga menampak kulit, ketat hingga menampak labu punggung, pinggang, bonjolan buah dada, rusuk dan lain-lain, rambut digubah mengikut fesyen semasa sehingga terjadi seperti bonggol unta yakni tinggi membonggok. Mereka dilaknati Allah di dunia dan menjadi penghuni neraka di akhirat kelak.



Subhanallah, wahai para muslimah,marilah kita sama-sama renungkan diri kita..adakah kita mnjaga harta kita??maruah diri kita?Ingin ana kongsi pengalaman tentang diri ana dulu..bukan untuk menunjuk diri, riak dan apa, tapi sekadar perkongsian untuk sama-sama kita renungkan dan fikirkan..

ana dulu pun berpakain seluar jean ketat, baju menampakkan susuk tubuh, tudung bawal yang jarang yang kalo kita perasan menampakkan leher kita dan serkup yang kita pakai didalam..Bila pakai baju kurung menampakkan lengan yang tdak dipakai sarung lengan, tidak memakai stokin walaupun kita semua mengetahui aurat wanita merangkumi seluruh dirinya melainkan tapak tangan dan muka...
Tapi ape kita buat dan anggap.. hanya tutup rambut pakai tudung stokin tak pakai dah dikira menutup aurat....sape kita nak buat dan langgar hukum Allah sebegini cara???

tidakkah kita terpikir akan azab Allah???tidak kan?walaupun terpikir mesti ayat yang salu brkumandang...tahu benda tuu aurat, tapi saya tak mampu nak berubah, tak kuat, tak dapat hidayah, tungu hidayah dari Allah..sape kita nak mengatur hukum ALLAH..
kita sebagai hambanya.jika kita sendiri tidak membantu diri kita kearah kebaikan..dan kuat untuk berubah, sape nak tolong kita??jd kita..perlulah mengabdikan diri kita hanya padaNYA untuk mendapat rahmat dariNYA..

berbalik pada kisah ana, syukur alhamdulillah, setelah ana cuba tuk berubah diri skit-sikit, ana try pakai stokin dlu, bila pakai stokin ana rase seronok sangat, pastu ana pakai tudung besar cikit dan sarung lengan, ape ana rase??makin seronok sangat ana dapat 1 nikmat, lepas tu ana pkai tudung bulat besar dan ana beli jubah dan pakai..ya Allah, seronok sangat hati ana makin tenang. ana tak perlulah malu dengan menampakkan betis ana semasa berjalan dan naik motor, tak perlulah menampakkan kai ana, menampakkan ape bntuk yang ana ada,,,



wahai para muslimah yang dikasihi,ana dah mengalami zaman kelekaan ana,dan sekarang ana bersyukur dengan keadan sekarang...tenanga dan seronok.bila tengaok rakan-rakan lain, ana terasa sedih sangat, ana yang ana mampu tegur ana tegur, dan ada yang tak ana berdoa mohon mereka diberi kesedaran dan hidayah.jika kita sendiri yang tidak embantu diri kita untuk kearah kebaikan...sape nak tolong kita, ???ana harap kaum sejenis ana peka dalam hal ini,,, majoriti kita mempunya pendidikan agama dan berpelajaran,,jadi kenapa kita masih menidakkan yang benar dan batil dan menegakkan kemungkaran????sape kita???Zaman sekarang jika kita menegur kearah kebaikan, ramai laa yang akan menghentam dan menidakkan.melindungi dan membenarkan ape yang salah, memhalalkan ape yang haram dan mengharamkan ape yang halal.Subhanallah...tidakkah kita terpikir akan bertuahnya diri kita diberi tunjuk ajar dan ditegur kearah kebaikan???fikir-fikirkanlah..



oleh itu, ana rase dah panjang ana bertinta kali ini, cuma ana hanaya harapkan ape ana tulis mengenai nangka dan wanita dapat difahami dan dambil iktibar oleh kaum sejenis ana. Ini semua adalah kasih sayang ana untuk sahabat-sahabat muslimah ana...
Sesungguhnya ape baik datang dariNYA dan yang lemah datang dari diri ana sendiri,,wallahualam..

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...

buat Mawaddah dan rakan2..

terharu sy membaca tinta yang anda tulis di atas..sy amat berharap agar dri sy juga dpat jd sperti saudari..

Mmg tidak ada baiknya berpakaian mendedahkan aurat...malah dilaknat pula..nauzubillah..

Jauh di sudut hati, sy juga mengimpikan untuk menjadi "Mawar Berduri"..Cantik dipandang namun takut untuk disentuh..

wsalam...

Tarhata Kiran berkata...

tahniah buat anti...dan semua insan2 yang berjaya bermujahadah mendidik diri dan berubah...

semoga beristiqamah pada kebaikan...

Nur Mawaddah Mahdiyah berkata...

waalaikumsalam w.b.t...

##trima ksh dkat rakan seperjuangan ana bai,,, smga kita sentiasa istiqamah dalam berjuangan menuju jalan ALLAH.

##kpd anonymous- jazakallah...selama ni byk article dari pandangan lelaki yg menegur kita, jd knpa tiada ksdran jg dr kaum hawa???knpa pndangan kaum hwa sndr rmai yg lalai??marilah sm2 kita fikirkn dan cr penyelesaian mengenai persoalan ini...

Tarhata Kiran berkata...

good gee!