Isnin, 23 Mei 2011

ANTARA WUDHUK DENGAN AZAN

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***



Masalah bertemu pada dua keadaan iaitu menjawab azan dan berwudhuk:-
  1. Apabila kamu hendak berwudhuk dan pada masa yang sama azan dilaungkan, maka hendaklah kamu tangguhkan wudhuk kamu dahulu. Dianjurkan kamu menjawab azan tesebut hingga selesai azan, berdoa, kemudian daripada itu, barulah kamu mulakan berwudhuk.
  2. Jika azan dilaungkan sedang kamu dalam berwudhuk, maka teruskan wudhuk kamu tanpa perlu menjawab azan. Selesai doa wudhuk kamu: Sekiranya azan masih berkumandang, maka jawab azan dan ditutup dengan doa azan; sekirannya azan sudah selesai berkumandang, maka hanya berdoa azan sahaja.
  3. Jika azan selesai serentak dengan selesai wudhuk, maka yang mana hendak didahulukan, doa azan atau doa wudhuk? Didahulukan doa wudhuk, kemudian barulah doa azan.
  4. Apabila azan dilaungkan, maka dianjurkan kamu tumpukan pada perkara menjawab azan tersebut. Tidak bercakap-cakap kerana bercakap sewaktu azan boleh menjadi sebab mati suul khatimah, demikian kata Imam Suyuthi. Ditangguhkan masuk bilik air atau tandas sekira-kira tidak memudharatkan. Ditangguhkan makan jika belum makan. Ditangguhkan ceramah, jika belum memberi ceramah. Ditangguhkan solat sunat tahiyatul masjid umpamanya, jika belum takbiratul ihram. Jikalau sedang membaca Al-Quran sekalipun, maka dihentikan seketika 

0 comments: