Isnin, 23 Mei 2011

PERIHAL DOA IFTITAH

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***



  1. Sunat membaca doa iftitah pada semua solat fardhu dan sunat, meninggalkannya tiada perlu kepada sujud sahwi. Tiada dibaca pada solat jenazah.
  2. Doa iftitah dibaca sejurus selepas takbiratul ihram dan sebelum dibaca taawuz (Auzubillah..) dan Al-Fatihah.
  3. Sunat berhenti sebentar (saktah) dalam keadaan diam, sekira-kira tempoh masa minimum mengucapkan subhanAllah, antara takbiratul ihram dan doa iftitah dan antara doa iftitah dan taawuz.
  4. Terlanjur membaca taawuz atau Al-Fatihah sejurus selepas takbiratul ihram, maknanya luput kesunnahan membaca doa iftitah. Maka, teruskan sahaja dengan apa yang dibaca tanpa perlu berhenti untuk kembali kepada doa iftitah.
  5. Luput juga kesunnahan membaca doa iftitah bagi makmum masbuk yang selepas takbiratulihram terus duduk mengikut imam tahiyat samada tahiyat awal atau tahiyat akhir.
  6. Bagi makmum masbuk yang meyakini tiada cukup waktu membaca Al-Fatihah bersama imam, maka teruskan sahaja membaca Al-Fatihah selepas takbiratul ihram tanpa perlu kepada doa iftitah. Ini kerana keutamaannya dalam suasana ini adalah pada yang fardhu. 

0 comments: