Jumaat, 20 Mei 2011

MELEWATKAN SOLAT DISEBABKAN URUSAN KERJA

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***


Harus melewatkan solat hingga ke akhir waktu berdasarkan sabda Rasulullah saw:
“Solat pada awal waktu adalah mendapat keredhaan Allah swt dan pada akhir waktu mendapat kemaafan Allah”.
Jika kita tidak mengharuskan solat itu dilewatkan, nescaya keadaan tersebut boleh munyusahkan orang ramai. Oleh itu mereka dibenarkan melewatkan solat. Namun demikian, jika seseorang itu sengaja melewatkan solat sehingga waktunya terkeluar walhal dia sedang mengerjakan solat, maka dia berdosa tetapi solat yang dilakukan adalah sah.
#Menurut pendapat ulama’ Syafi’i disunatkan menyegerakan sembahyang pada awal waktu#
(Dr Wahbah al-Zuhaili; Fiqh & Perundangan Islam Jilid 1 m/s532-533)
PERINGATAN
  1. Sebenarnya sikap suka / sengaja melewatkan solat tidak melambangkan keperibadian seorang Muslim sebenar.
  2. Ini adalah sikap seorang Munafiq. 
Sabda Nabi s.aw- Riwayat Imam Muslim:
            “Itulah solat orang Munafiq. Dia duduk menunggu matahari hinggalah apabila matahari berada diantara dua tanduk syaitan lalu dia bangun bersolat 4 rakaat dengan cepat. Dia tidak ingat kepada Allah melainkan sedikit sahaja”.

1 comments:

Astro Punk berkata...

Salam.mengapa harus pulak ya?setahu saya haram melewatkan solat.mana hadis mengatakan harus?