- WAJIB MUFARAQAH
- SUNAT MUFARAQAH
- MAKRUH MUFARAQAH
- HARUS MUFARAQAH
- HARAM MUFARAQAH
Jumaat, 20 Mei 2011
Isu solat
*** Bismillahirrahmanirrahim ***
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***
PERIHAL MUFARAQAH
Mufaraqah bermaksud keluarnya seorang makmum daripada imam ketika solat berjamaah dengan beberapa sebab yang membolehkannya.
Ada beberapa hukum berkenaan Mufaraqah:
WAJIB MUFARAQAH
Wajib sekiranya imam melakukan perkara yang membatalkan solat. Sebagai contoh pakaian imam ada najis.
Apabila makmum tahu solat imam terbatal, maka dia tidak boleh mengikut imam dan tidak boleh menghentikan solatnya tetapi hendaklah meneruskan solat tetapi berniat memisahkan diri daripada imam iaitu mufaraqah.
Jika dia tidak berniat mufaraqah maka solatnya batal walaupun dia tidak mengikut imam.
Hukum ini telah disepakati oleh ulama’ sebagaimana yang diterangkan dalam kitab al-Majmu’.
SUNAT MUFARAQAH
Jika imam meninggalkan sunat dalam solat, contohnya meninggalkan tahiyat awal atau qunut
MAKRUH MUFARAQAH
Makruh dan juga meluputkan fadilat solat berjemaah jika tidak ada sebarang keuzuran atau dengan kata lain saja-saja ingin mufaraqah.
HARUS MUFARAQAH
Jika makmum sakit, teramat mengantuk, bimbang harta hilang atau rosak, hilang kawan atau imam solat terlalu panjang atau lama.
HARAM MUFARAQAH
Haram jika solat jemaah itu adalah syiar atau jemaah itu menjadi syarat wajib seperti solat Jumaat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan