Jumaat, 20 Mei 2011

TERLUPA TAHIYYAT AWAL

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***


  1. Jika sudah bangun berdiri betul, maka teruskan sahaja membaca fatihah tanpa perlu duduk kembali. Haram lagi batal duduk kembali untuk tahiyat awal. Ditampung kelupaannya itu dengan sujud sahwi pada sebelum salam nanti.
  2. Jika baru bangun sedikit sekira-kira belum sampai kadar rukuk atau separuh berdiri, boleh duduk kembali dan tidak perlu sujud sahwi.
3.      Jika sudah bangun melampaui kadar rukuk atau separuh berdiri tetapi belum sampai tahap berdiri betul, boleh duduk kembali dan ditampung dengan sujud sahwi pada sebelum salam nanti.
SOALAN:
Bagaimana jika seorang mengikut imam, kemudian makmum bangun daripada sujud terus berdiri kerana terlupa sedangkan imam tahiyat awal?

JAWAPAN:
Wajib bagi makmum duduk kembali mengikut imam duduk tahiyat awal dan tidak perlu sujud sahwi, biarpun sudah berdiri betul
SOALAN:
Bagaimana jika seorang mengikut imam, kemudian imam bangun daripada sujud terus berdiri tanpa tahiyat awal?

JAWAPAN:
Wajib bagi makmum berdiri mengikut imam dan tidak perlu makmum duduk tahiyat awal. Imam menampung kelupaannya dengan sujud sahwi dan wajib bagi makmum mengikut imam sujud sahwi. Jika imam tidak sujud sahwi, makmum sujud sahwi selepas salam imam, dan sebelum salam makmum
SOALAN:
Bagaimana pula jika imam bila bangun terus tanpa tahiyat awal, maka apa kedudukannya bila diingatkan makmum dengan lafaz subhanaAllah?
JAWAPAN:
Maka imam itu sama seperti kedudukan orang yang solat seorang diri, jika sudah berdiri betul, maka tidak perlu duduk lagi, makmum mengikut imam berdiri juga.

Jika belum berdiri betul, maka duduk kembali dan makmum turut sama duduknya. Sekiranya belum berdiri melebihi kadar rukuk, tidak perlu sujud sahwi sebelum salam. Sekiranya sudah melebihi kadar rukuk, maka perlu kepada sujud sahwi sebelum salam.
PERGERAKAN DALAM SOLAT
Benarkah pergerakan 3 kali dalam solat secara berterusan boleh membatalkan solat?
Sebenarnya tiada nas yang menyatakan jumlah pergerakan tersebut. Sebaliknya apa yang dibincangkan oleh para ulama’ ialah sama ada pergerakan yang dilakukan itu boleh menyebabkan orang lain yang memandang membuat persepsi, orang itu tidak berada dalam solat, maka ketika itulah terbatal solat yang dilakukan.
Imam Nawawi menjelaskan, perbuatan yang tidak termasuk dalam perbuatan solat, sekiranya banyak, maka perbuatan itu membatalkan solat. Justeru ia kembali kepada uruf @ adat masyarakat setempat yang melihat sama ada perbuatan itu difahami sebagai membatalkan solat atau tidak.
Contoh:
Melakukan pergerakan melangkah sedikit demi sedikit, kemudian berhenti, hatta mencecah 100 langkah, itu tidak membatalkan solat . Tetapi pergerakan yang dilakukan secara melangkah berterusan, ia membatalkan solat. Manakala pergerakan yang sedikit di dalam solat seperti menggaru gatal, walaupun berterusan tidak membatalkan solat.

0 comments: