Jumaat, 20 Mei 2011

PENGULANGAN SOLAT (I’ADAH)

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***


Dibenarkan untuk anda mengulangi solat fardhu anda dalam keadaan berikut:

1. Sebaik anda selesai solat sendirian, kemudian datang seorang mengajak anda menemaninya melakukan solat jemaah.

2. Sebaik anda selesai solat sendirian, kemudian datang beberapa orang melakukan solat jemaah.

3. Sebaik anda selesai solat berjemaah, kemudian datang seorang mengajak anda menemaninya melakukan solat jemaah.

KAEDAH MELAKUKANNYA:

  1. Sekiranya anda sudah selesai sempurnakan solat fardhu dengan yakin, secara sendirian atau secara jemaah, kemudian hendak mengulangi solat maka solat kedua anda itu hendaklah dilakukan secara jemaah dan mestilah anda kekal dalam jemaah itu daripada awal takbiratulihram hingga salam.
  2. Niat untuk solat kedua anda itu tidak berubah iaitu mestilah sama dengan niat solat pertama.
  3. Tiada pengulangan solat untuk yang ketiga kalinya
PERINGATAN

Bagi anda yang sedang solat fardhu sendirian, dan mendapati ada jemaah didirikan; maka dibolehkan anda meringkaskan solat anda bagi mendapatkan jemaah tersebut. Diniatkan solat anda itu sebagai solat sunat sahaja
.
Terdapat dalil larangan mengerjakan solat fardhu dua kali dengan niat yang sama TANPA ADA 
SEBAB DAN TUJUAN

Diriwayatkan daripada Sulaiman Bin Yasar maula Maimunah, ia berkata: Aku menemui Ibnu ‘Umar di Bilath, ketika itu mereka sedang mengerjakan solat. Aku berkata kepadanya: “ Tidakkah engkau solat bersama mereka? Ibnu ‘Umar menjawab: ‘Aku sudah mengerjakan solat, sesungguhnya aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “ Janganlah kamu mengerjakan solat fardhu dua kali dalam sehari””. (HR Abu Daud, an-Nasa’i- Hadis Hasan)

0 comments: