Isnin, 23 Mei 2011

PERIHAL MAKMUN BERSEORANGAN DALAM SAF

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***



  1. Bagi seorang yang datang lewat kepada jemaah, hendaklah dia mengisi ruang kosong pada saf yang ada.
  2. Makruh baginya memulakan saf baru di belakang saf yang masih ada ruang kosong untuk diisi makmum.
  3. Jika ruang sudah penuh,hendaklah dia berusaha mencari celah yang cukup untuk dirinya masuk ke dalam saf.
  4.  Jika tidak ada, bolehlah dia memulakan saf baru dengan bertakbiratul ihram, kemudian memberi isyarat  (dengan sentuhan) kepada salah seorang di saf hadapan untuk undur ke belakang bersamanya .
  5. Orang yang diberikan isyarat tadi hendaklah berlembut hati dan sedia undur  ke belakang dan dia mendapat ganjaran pahala ke atas kebaikan hatinya.
  6. Jika dia solat berseorangan di belakang, solatnya sah tetapi makruh baginya serta kuranglah kesempurnaan jemaah baginya menurut mazhab Syafi’i.
  7. Sebahagian ulama’ ada yang mengatakan tidak sah solat seseorang yang dilakukan bersendirian di belakang saf dan sebahagian yang lain mengatakan makruh sahaja.
Sahabat Wabisah Ibn Ma’bad r.a meriwayatkan: “Bahawa Rasulullah saw melihat seorang lelaki solat bersendirian di belakang saf, kemudian Baginda menyuruhnya untuk mengulangi kembali solatnya itu”. (HR Imam Abu Daud, Imam Tirmizi menghasankannya dan Imam Ibnu Majah)
Dr Yusuf al-Qardhawi; Kitab Fiqh Awlawiyyat (Terj) m/s 171-172)

0 comments: