- Terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau
- Kerana terhindarnya seseorang dari malapetaka
Jumaat, 20 Mei 2011
SUJUD SYUKUR
*** Bismillahirrahmanirrahim ***
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***
BACAAN ATAU ZIKIR KETIKA SUJUD SYUKUR
APA DIA SUJUD SYUKUR ITU ?
Sujud syukur ialah sujud untuk menyatakan :
Berkata DR. AL-SAYYID SHAQR, pengkaji syariah dan pensyarah di Universiti al-Azhar :
Para ulama’ menggalakkan sujud syukur apabila mendapat nikmat dari Allah s.w.t : seperti sembuh dari penyakit, atau kembalinya orang yang telah lama tidak pulang, atau mendapat zuriat, atau tertolaknya musibah
HUKUM SUJUD SYUKUR
Jumhur ulama berpendapat bahawa sujud syukur itu adalah sunat
Diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya bahawa Baginda SAW jika sampai kepada Baginda sesuatu perkara yang menggembirakannya, Baginda akan melakukan sujud.(Syarah Al-Minhaj)
WAKTU SUJUD SYUKUR
Sujud syukur di dalam mazhab Asy-Syafi‘ie tidak boleh dilakukan di dalam sembahyang. Ianya hanya sunat dilakukan di luar sembahyang ketika seseorang mendapat limpahan rahmat daripada Allah atau terhindar daripada malapetaka.
Menurut sebuah riwayat mengenai dengan peristiwa taubat Ka‘ab bin Malik bahawa dia telah melakukan sujud syukur selepas sembahyang fardhu Subuh sebelum lagi terbit matahari.
#Hadis di atas menjelaskan bahawa sujud syukur harus dilakukan pada waktu yang terlarang#.
BAGAIMANA SUJUD SYUKUR DILAKSANAKAN ?
Sujud syukur dilakukan di luar sembahyang iaitu berniat untuk melakukan sujud syukur,takbir,sujud dan juga salam.
Syarat-syarat sahnya iaitu suci dari hadas kecil dan besar, menutup aurat dan menghadap kiblat.
Begitulah cara Islam mengajarkan kita bagaimana cara mensyukuri nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau terlepas daripada bala. Di samping sunat melaksanakan sujud syukur disunatkan juga bersedekah dan melakukan sembahyang sunat syukur. (Mughni Al-Muhtaj 1/219).
Menurut Al-Khawarizmi pula, jika ia menggantikan tempat sujud itu dengan bersedekah atau sembahyang dua rakaat maka itu adalah yang lebih baik.
Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama.
Ertinya: “Telah sujud wajahku kepada (Allah,Zat) yang Menciptakannya, yang Membentuknya dan yang Membuka pendengarannya serta penglihatannya dengan daya dan kekuatanNya maka Maha berkat (serta maha tinggilah kelebihan) Allah sebaik-baik Pencipta
Maksudnya : “Ya Allah tuliskan bagi ku dengan sujud ini pahala dan jadikanlah sujud ini berharga di sisiMu dan hindarkanlah daripadaku dosa dengannya terimalah ia daripadaku sepertimana Engkau menerima sujud hambaMu Daud”
#WALAU BAGAIMANAPUN ADALAH HARUS DIBAWAKAN ZIKIR YANG BIASA DIGUNAKAN DI DALAM SUJUD SEMBAHYANG FARDHU/SUNAT#
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan